My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Tuesday, December 28, 2010

“Prestasi perlu di ukur,kecerahan juga perlu di ukur..dan…”


“Prestasi perlu di ukur,kecerahan juga perlu di ukur..dan…”

Arahan kepada ‘calon’: “Sila sambung ayat di atas….Tinggalkan jawapan anda selepas membaca tulisan ini..(cuba membayangkan kalau cita-cita menjadi seorang guru terlaksana..tinggal kenangan..fisioterapi jadi pegangan..insyaAllah..^_^)

“PADAMU KU MEMOHON..YA ALLAH..JARI-JARI YANG MENULIS NOTA HATI INI AKAN MENJADI SAKSI UNTUKKU DI AKHIRAT KELAK..AKU BERLINDUNG DARI WAJAH MUNAFIQ YANG BERTOPENGKAN KETAATAN..~”

Tertarik pula dengan iklan Garnier,Fahrin Ahmad..tup2,ada idea nk post psl perkara ni..tapi ini hanyalah lahir dari insan yang masih lagi merangkak mencari ilmu yang sebenar..x layak utk berbicara soal ilmu tasawuf,feqah,sirah dan macam2 lagi..tapi itu bukan halangan untuk kita..(sengaja guna font yang besar,supaya lebih jelas mungkin)

BIMBING AKU SAHABAT..aku masih lemah..

Berjuang dalam pentas dunia ni,memerlukan skrip-skrip yang bagus dan juga berkesan.Penghujung pada sebuah kisah kehidupan..

Dan pastinya skrip itu ialah petunjuk dan panduan dari Allah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah..dan pengarah terbaik jatuh kepada ‘Keimanan’..mengarah kita untuk menundukkan hawa nafsu sendiri.ah,nafsu..bicaramu sungguh mengasyikkan seperti layunya jiwa pemuda diserang virus cinta a.k.a virus merah jambu..

Dimanakah iman itu wujud apabila jiwa berasa gentar dengan peringatan jelas dariNYA??

“Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang di usahakan untuk hari esok(hari Kiamat)”(Al-Hasyr:18)

Pastinya hati tempat cinta bertamu.tempat dimana iman itu mampu untuk kita tawan.Cinta pertama bagi insan..jiwa seorang mukmin pasti gementar..masih ingat lagu Cinta Pertama oleh kumpulan Timur Jauh@Jauh Timur ataupun lebih dikenali dan popular FarEast..=)

“Hadirlah cinta,cinta pertama..

Hadirlah cinta,cinta utama..

Sayangi diri ini cinta,cinta pertama..

Hati ini.cinta..cinta utama..”

8 kali di sebut cinta pada bait-bait lirik di atas..(one of my fevret songs,promoter bertauliah..majulah nasyid untuk ummah!!)Hmm..apa kata kita ubah ‘cinta’ kepada ‘iman’~

Subhanallah…boleh la tuh..Iman yang utama..=)

Tanpa iman,pastinya kita tidak menghiraukan peringatan jelas,terang lagi bersuluh seperti firman Allah SWT di atas..

Analogi sebelum ini ada menyentuh berkaitan ‘JAM TANGAN’..fikirku,arus perubahan hidup akan berpusing,berpusing dan terus berpusing mengikut panduan syariat yang menbataskan..susah nk cari jam yang ikut pusingan berlawanan..

Wujud persoalan dari fikiran..

“saudari,dari tadi U asyik sebut pasal iman..iman..iman..Iman??hmm..I kurang jelas la about iman..can U explain further about iman?”

*rujuk banyak buku tapi masih kurang memahami…ayat para ulama sangat2 gramatis.al-maklum,sy bukan pelajar jurusan agama apatah lagi graduan sekolah agama..maaf andai tersalah bicara.Jujur..sampai satu tahap,saya jumpa analogi ringkas tapi mudah untuk difahami dalam bicaramuslim.com.copy n paste ayat beliau..

"iman tu maksudnya percaya, yakin dan merealisasikannya dalam amalan. Iman ni sebenarnye foundation paling bawah untuk jadik seorang muslim. Orang yang muslim tak semestinya beriman,, tetapi orang yang beriman kepada rukun2 iman adalah muslim.

Analoginya begini, iman itu macam biji benih.

Muslim itu pokoknya, syariat adalah dahan2 nya.

Kalau tiada iman, nescaya tak akan tumbuh pokok itu.

tetapi harus diingati, ada kalanya, biji benih itu terdapar sedikit kecacatan padanya menyebabkan pokoknya pon tak berapa elok, apatah lagi dahan2 nya,,

ini ibarat org yang imannya tak sempurna,,

apa maksud iman yang sempurna?

iman yg sempurna adalah yakin kepada rukun2 iman dengan sebenar benar yakin,, tak ada ragu langsung,, dan kehidupan sehariannya hendaklah berasaskan keyakinan kepada perkara2 ini.. ambil rukun iman yang pertama,, kalau seorang itu mengaku beriman,, tapi dalam masa yang sama ia membuat maksiat di belakang org,, maknanya die menyangka tiada org melihatnya,, sedangkan Allah Maha melihat akan segala sesuatu "Dan tiada sehelai daun pun yg jatuh tanpa Aku ketahui",


Jadi di sini je,, die dah tak beriman kepada Allah,, maknanya dia tak percaya yg Allah nampak die,, sebab kalau die percaya , tak akan dibuatnya maksiat di hadapan penciptanya,, lagi satu apabila dia berani berbuat maksiat,, die juga tidak beriman kepada malaikat yg mencatit amalannya,, dan juga dia tidak beriman kepada hari akhirat,, kerana die dah mengetahui yang api neraka itu amat dahsyat nakarannya,, tetapi die masih berani berbuat maksit,, ini menunjukkan yang die tak kesah (tak yakin) dgn peringatan itu,, which means yg dia tak beriman kepada hari akhirat di mana semua makhluk akan di hitung dan diberi balasan sewajarnya. Ana boleh explain lagi kalau ada yg still tak jelas.. wallahualam"

mudah kan??

itulah salah satu fungsi jarum jam yang pertama..iaitu jarum keimanan..

jadi,dah boleh jawab soalan saya dekat awal2 tadi?apa yang perlu di ukur eh?prestasi?kecerahan??

Lagilagilagi >>

Sunday, December 26, 2010

ISLAM tapi TAK ISLAMIK??hmm

~gambar hiasan..~

Angka 20..tiada lagi tertangguh!

Sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh?

Sebijak Salahuddin Al-Ayubi?

Setangkas serikandi Khaulah?

Pemilik dan penyambung rantai-rantai perjuangan Islam itu..

Andai ini jalanku,aku perlu kuat..

Dulu tidak pernah aku terfikir untuk memilih jalan ini sebagai jalan hidupku..

Sambungan kisah nota cinta seorang hamba,masih dalam pembikinan..tapi rasa berkobar-kobar nak post tentang perkara ni..insyaAllah

“PADA MU KU MEMOHON YA ALLAH..JAUHILAH AKU DARI BICARA MUNAFIQ..”

Pernah atau tidak kita terfikir(berfikir sejenak,sampai keluar awan bayangan..^_^),koreksi diri sepanjang hidup kita..(kalau saya,diberi peluang bernafas selama 19 tahun,7 bulan 9 hari,insyaAllah) bagaimana seseorang itu boleh konsisten(atau lebih islamik..ISTIQAMAH)dalam melaksanakan tugas mahupun ibadah??Tapp!!

Hmm…mungkin ada yang keluar dari bisikan hati selepas arahan berfikir sejenak tadi:

Orang pertama:

“Selama hidup aku,Aku rasa aku ni,kira ok lah..hmm..sembahyang cukup,tapi x lah sharp azan terus solat..huhu.Bab study pulak,biasa2 jer..orang belajar aku belajar.Orang couple aku pun couple,fuh,malu kot kalau xde bf/gf..nnt orang fikir aku xde siapa yang minat a.k.a laku..Ada kaitan ke dengan Islam apa yang aku buat selama ni?Islam tu bab2 ibadah je kan…Alamak,cetek pulak ilmu aku..”

~alahai Kassim..Kassim..

Orang kedua:

“Hmm..I x prnh pulak nk bermuhasabah ni,opps,pernah2..terlupa pulak..masa I kem pengawas time form3 dulu..ustaz yg conduct..muda lagi taw..handsome pulak tu..tp kalau x silap I, dah lama dah..isyh,xde masa lah I nk muhasabah or koreksi.apa tu koreksi?correction dalam bahasa melayu ker,opps sorry eh..I x biasa”

~koreksi tu sejenis jenama peti ais kot….~

Orang ketiga:

“hidup aku juz belajar jer..nk kejar dekan setiap sem..x pikir pulak nak dalami ilmu agama..entahlah..x dapat hidayah lagi kot..hmm..no komen”

~Hidayah??nama akak saya tu..Noor Hidayah Arof..

Orang keempat..(atau kamu atau kita,mudah-mudahan..^_^)

“Alhamdulillah..solat?perkara asas yang perlu aku jaga.Dari titik air wudhuk yang mengalir hinggalah salam terakhir aku di atas sejadah.Sepanjang aku hidup di dunia ni,aku cuba untuk memperbaharui kualiti ibadahku..namun..aku tahu,tahap keimanan ku x selamanya di paras yang selesa..Aku takut andai keimanan itu bukan milikku..perubahan diri itulah jarum detik waktuku”

~subhanallah..sejuk perut ibu mengandung…~

Ok…back to the real world..

Apa kunci mereka dalam tenang dan istiqamah dalam beramal..Perkara basic ialah keimanan..!Betul,betul..dan betul..keimanan adalah jarum yang berpusing dalam pusingan kehidupan kita.Bicara yang mudah,jam di dinding ataupun jam tangan(bukan guna nombor..jam yg ada 3 jarum..analogi rekaan,harap mudah difahami..insyaAllah)

Jam itu sendiri adalah satu medium untuk kita tahu sekarang pukul berapa.Betul x?Sangat2 penting!!Jam tu jugak kadang2 orang bagi hadiah untuk menghargai seseorang..Dekat jam tu ada 3 jarum kan..ada jarum jam,jarum saat dan juga jarum minit..kalau jarum-jarum ni x de,jam yang mahal tu pasti tiada fungsinya..dan si pemakai tu boleh menjadi susah bila dia tidak dapat menentukan waktu yang sebenarnya,boleh kena buang kerja..aduh padahnya..mungkin ada yang cakap:

“zaman sekarang kan dah canggih,handphone kan ada…”

Ok..terima kasih..pendapat anda diterima..itu hanyalah sekadar analogi.harap maklum..(cuba mengelak)x selamanya handphone kita tu kita boleh pegang,betul x?lagi bagus guna jam tangan..^_*~

3 jarum jam tu melambangkan Islam,Iman dan juga Ihsan.manakala jam itu sendiri ialah kehidupan kita.Hidup seseorang Muslim berpaksikan 3 perkara tu..Payah untuk kita lihat perjalanan hamba tanpa panduan asas dari Sang Pencipta...

Apa itu Islam,Iman dan juga Ihsan??anda di luar sana pasti sudah menemui jawapan..polex untuk anda..=)mungkin juga tidak..

Penutup bicara:

“Engkau menyembah Allah,seakan-akan engkau melihatNya,jika pun engkau tidak melihatNya,maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu”

Hadith Riwayat Bukhari,Abu Daud dan Nasa’i

*macam dah panjang sangat pulak menulis…takut cepat bosan pulak..bersambung untuk mencari ‘hilang’ itu..~

Lagilagilagi >>

Thursday, December 23, 2010

::NOTA CINTA SEORANG HAMBA::Cacatan 2:



Pertemuan kita kerana Ilahi

Takdir yang menentukan manisnya ukhuwah itu

Kau dan aku menjadi satu

Punya azam bersama menuju cita

Pegang erat tanganku di jalan redhaNya!

Sayangi diriku kerana keimanan itu!

Udara pagi itu nyaman sekali.Redup.Pagi yang indah,nikmat kurniaan dari Allah S.W.T.Maha Suci Allah..Tidak menjadi keberatan bagi sekumpulan pelajar-pelajar aliran Sains berkumpul di dalam dewan Baitul Hikmah.Seakan ada kutub yang berbeza menarik hati mereka untuk memenuhi taman-taman syurga dunia.Tanpa dipaksa.Itulah hasil daripada tarbiyyah membenteng jiwa.Mengisi slot ceramah oleh Ustaz Ismail Zakaria,salah seorang guru Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Sekolah Menengah Islam Khulafa’ Arrasyidin(SEMIKAR).

Barisan pengawas penuh mengisi ruang dihadapan.Dedikasi perlu dijadikan pegangan agar tidak dipandang remeh oleh pelajar lain.Mantap.Aku sibuk memerhatikan gelagat mereka sambil memasukkan kemas tangan ke dalam seluar.Ada yang fokus membaca nota ringkas,mengarahkan para pelajar meluruskan barisan dan ada juga yang hanya berdiri tegak penuh kekhusyukan.Pelbagai ragam.Leka sejenak,tanpa sedar ada suara yang dari tadi memanggilku.Sahabat baru di SEMIKAR.

“Awak,awak..”jeritnya perlahan.

Aku masih dalam khayalan,tanpa menghiraukannya.Beberapa kali dia memanggilku,tanpa nama.Tidak kenal mungkin.

“Awak…awak..”suaranya agak meninggi lantas pengawas yang menjaga barisan mendekati kerana,fikirnya kami membuat bising.Barulah aku tiba di dunia realiti.

“Ha,kamu ni dah kenapa?”soalnya penuh ketegasan sambil mendekatinya.Aku memalingkan tubuh.Hairan.Dia menunjukkan ekspresi telunjuk ke hadapan kepadaku.Jarak aku dan dia agak jauh sedikit membuatkkan aku kurang mengerti.

“Ustaz Ismail dah nak sampai,tolong jangan bising.Luruskan barisan dan…”belum sempat pengawas itu menghabiskan arahannya,dia memalingkan wajahnya kepadaku kerana hairan dengan perbuatan lelaki itu yang belum aku fahami.

Lantas..

“MasyaAllah..awk,apa awak buat dekat barisan muslimat tu?!”nadanya terkejut.Sedikit meninggi dalam bicara,membuatkan muslimat bertudung labuh itu memusingkan tubuhnya ke belakang.Memandangku tepat.Lalu dia menundukkan pandangan.lafaz istighfar sayup kedengaran.Tersentak aku dibuatnya.Aku di barisan muslimat??Alamak,macam mana boleh terlepas dari barisan dengan muslimin ni.Aduh,malunya.Barulah input masuk ke dalam otak dengan arahan lelaki itu atdi.Padah tidak menumpukan perhatian.

Langkah kaki sengaja dicepatkan.Perasaan malu masih berbekas dalam diri.Lebih-lebih lagi saat terdengar ada ketawa kecil dari muslimat di hadapanku tadi.Masih menjaga peribadinya.Ayu pada pandanganku.

Pelajar-pelajar lelaki lain juga turut mengambil tempat dalam hilaian ketawa itu.Namun segera diam kerana Ustaz Ismail sudah berada di atas pentas.Lelaki tadi mula merapatiku dan memimpin tanganku di barisan yang sepatutnya.Aku masih tertunduk malu.

“Hmm..awk pelajar baru eh?Second intake?”soalnya perlahan.Takut akan mengambil perhatian pengawas2 yang bertugas.

Dengan perasaan malu yang masih bersisa,aku menjawab perlahan.

“Haah,pelajar baru.Semalam baru daftar sini”

“Ohh..patutlah..by the way,Ahlan Wasahlan akhi!”

Aku hanya mampu tersenyum.Kelat.Malu.

“Nama saya Nabil Wafiy,awk boleh panggil saya Wafiy..salam perkenalan..”Wafiy menghulurkan tangannya padaku.Aku menyambutnya biasa.

“Irham Syafiq,panggil Fiq jer.”

Genggaman salam perkenalan Wafiy begitu mesra.Seolah kami sudah lama berkenalan.

“Biasalah tu..pelajar baru..tenang ok..Dulu saya pun macam tu jugak.hehe”balas Wafiy menenangkan hati.

Pada waktu yang sama,Pengerusi Majlis memulakan bicara.Dengan rasa hormat,beliau menjemput Ustaz Ismail untuk mengendalikan majlis. “Pengenalan Konsep Tarbiyyah Islamiyyah”,itulah tajuk diberi.Puji-pujian kepada Allah SWT dan selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW menjadi halwa telinga di awal ceramahnya…Bergema jiwa saat cahaya ilmu membasahi jiwaku yang kontang.Ah,aku masih mentah untuk menerima.Ikut je lah,niat aku datang sini nak belajar,x lebih dari itu.

Tersemat erat di fikiran detik aku menjejakkan kaki di sekolah Islam ini yang sememangnya luar biasa bagi diri.Aduh,mampu ke aku..??Nampak semua macam alim semacam je.Perlu ke aku berpura-pura??Layan jelah…Sekolah dulu jauh sekali.

Anjakan paradigma!!Akan ada perubahan dalam persepsi..

Sahabat yang soleh bekalan ku nanti.Ada sinar harapan di wajah Wafiy..aku memandangnya tajam.Bersongkok hitam,wajahnya putih berseri.Khusyu’ dia mendengar ceramah Ustaz Ismail.

AKu masih mencari erti itu!!

Adakah jalan ku ni benar?Apakah episod hidupku di sini sebenarnya??

Nokhtah.aku yakin dengan keputusanku…

Bersambung…InsyaAllah…

Lagilagilagi >>

Tuesday, December 21, 2010

::NOTA CINTA SEORANG HAMBA::Catatan hati 1::

sambungan...

Hangat terasa bahu ku di sentuh.Ada suara mengiringi hangatnya sentuhan itu lantas melenyapkan lamunan ku tadi.Terhenti.Memori lama yang sengaja aku terbitkan saat kelam hati menyelubungi diri. Sentuhannya penuh rasa kasih.Titisan air mata masih lagi bersisa.Aku memalingkan wajah ke arah suara itu sambil bersembunyi mengesat airmataku.

“Eh,Abang Aysraf..”bicaraku lembut.

Lelaki berkopiah putih dan berjubah hitam itu duduk mengambil tempat di sebelahku.Tampan.Ketenangan jiwa jelas terpancar dari wajahnya.Tidak mustahil lah dia menjadi Pengerusi Rakan Musolla di sini.

“Adik ni ok ke?Abang perhatikan adik dari tadi.Termenung dekat luar tingkap je.Cuba adik tengok sekeliling,jemaah lain dah xde.Tinggal adik seorang je duduk dalam surau ni.Homesick eh??”gurau Abang Asyraf.

Ada kebenaran dari kata-katanya.Betul!aku amat rindukan rumah.Namun,aku menolak kenyataan nya lembut.Tanda egoku masih bersisa.

“Isy,xdela abang..Fiq cuma nak cari ketenangan je dengan suasana malam ni.Hehe.”lagak bicaraku.

“Hmm…seronok betul la tazkirah abang tadi berkaitan dengan redha Allah.Banyak ilmu baru yang Fiq dapat dari abang.Isi yang abang bawakan bertepatan dengan ayat Al-Quran dan Hadith Nabi yang abang selitkan.Fiq x sangka,hubungan kita dengan manusia,amat berkait rapat dengan keredhaan dan keberkatan dari Allah,lagi2 ibu dan ayah kita.Dan dari apa yang abang katakan tadi,betul-betul berbekas di hati Fiq.Mabruk ‘alaika akhi.”pujiku kepadanya.

“Segala puji-pujian hanya untuk Allah…Biasa-biasa je dik..”Abang Asyraf merendah diri.Perasaan kagum muncul di hatiku.Padanlah dia seorang pelajar aliran agama di sekolahku,Sekolah Menengah Islam Khulafa’ Arrasyidin.Pelajar Enam Atas Hidayah,bakal menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia beberapa bulan lagi.Sepanjang aku di sini,banyak ilmu berkaitan dengan Islam ku peroleh darinya.Aku beruntung,kerana punya senior sebaik Abang Asyraf yang juga merupakan naqib dalam usrohku.

“Adik nak duduk sini sampai pagi ke?Tunggu qiam?”tanya Abang Asyraf.

“Eh,xdela bang,Fiq nak balik dah ni..Jom balik sama-sama.Boleh la abang sambung tazkirah tadi”jawabku girang.Aku bingkas bangun,dan menghulurkan tanganku pada Abang Asyraf.Dengan lembut,dia membalas huluran tanganku.Kami jalan pulang bersama menuju Blok Hamzah dan meninggalkan Surau Khulafa’ Arrasyidin.Jam di tangan menunjukkan pukul 10.15 malam.Hatiku senang tika Abang Asyraf menyambut mesra pintaku tadi untuk menyambung tazkirahnya.Ilmu itu hadir.Mengisi kekosongan dalam bekas jiwaku.

Pengisiannya tadi berkaitan redha Allah membuat hatiku resah.Apakah rasa ini sebenarnya??Sepatutnya aku perlu menerima nya dengan penuh rasa syukur di hati.Namun,disebabkan itu jugalah,memori lama menjelma kembali.Inginku usir jauh,membuangnya bersama ligatnya ombak menghempas pantai.Namun ia tetap,hadir..Kenapa??Kenapa!Persoalan yang x mampu aku jawab dengan wajah keikhlasan sebagai seorang hamba..Tapi,sejujurnya bermula dari titik ini lah,kisahku bermula di sini…..

Lagilagilagi >>

::NOTA CINTA SEORANG HAMBA::Catatan hati 1::



Aku penat dengan dunia yang penuh daya..

Selama ini,aku punya tempat dalam binasanya rasa

Kekosongan hati yang memenuhi lurusnya hati

Kini,pasti..kerana..

Kisahku bermula di sini..~part 1

Sayunya malam ini,seakan berbisik rindu pada tiadanya sang bulan.Gelap.Kelam.Cahaya bulan sirna dengan pekatnya malam.Suasana malam,aku amati dengan teliti.Saat itu,hatiku sayu..mengenang akan nasib diri.Ah!Siapakah aku sebenarnya??Aku sendirian.Bertemankan sunyinya gelap hati yang rindukan keluarga di sana.Mama…Ayah..Abang,Kak Ngah dan Dik.Semua rasa jadi satu.Egoku terlalu tinggi untuk melafazkan bicara rindu pada kalian.Mendongak ke langit Ilahi..Terasa ada titisan hangat yang mengalir..Aku membiarkannya membasahi pipi.Lembut.

“Fiq,fuh..tahniah!!power la ko ni..”jerit Iqbal ke telingaku.

Aku terkedu.Tahniah??Tapi,untuk apa??

“Eh Bal,asal ko ni?Tahniah untuk apa?Ah,x faham la aku..malas nak layan.”mendatarsuaraku.Aku dan Iqbal baru sahaja keluar dari kedai makan.Melepaskan bosan cuti di rumah.Banyak cerita yang kami bualkan,termasuk cerita aku dan dia.Anis.

Riak wajah Iqbal kelat.Mungkin geram dgn respons aku padanya.Namun dia bertegas meyakinkan aku.

“Tahniah sebab buat muka tenang bak setenang air di kali.Encik Muhammad Irham Syafiq,kau dah lupa ke?Boleh pulak kau ni,Hari ni kan keputusan PMR keluar.Aih,pelik aku.Macamna kau boleh lupa tarikh penting ni.Tu lah,asyik layan Anis kau tu je.Yela,orang bercinta kan..semuanya indah..”Iqbal mengejekku.

YaAllah!Macam mana aku boleh x ingat dengan hari ini?Hari ni lah hari yang aku x nak hadapi seumur hidupku.Apa2 jua hari yang merupakan hari ‘Keputusan Peperiksaan Diumumkan’Nak x nak hari itu tiba,iaitu hari ini!

“Pergh,mati aku..tahniah kau itu buat aku sakit hati tahu x”

“Eh,asal pulak.Betul la kan?Muka kau tu tenang habis.Yang aku ni dari tadi dah seram sejuk je”pintas Iqbal.

“Hmm..”jawabku malas.Semuanya telah ditentukan.Apa aku boleh buat,keputusan itu memang dah ada.Sama ada baik atau buruk.

Tiba-tiba telefon bimbitku bordering.Lagu Starlight nyanyian Muse.Tertera di skrin,nama Anis.Berbunga hatiku untuk menjawab panggilannya.Tanpa sedar,ada senyuman manis terbit dari wajahku.Sekilas aku melihat Iqbal sebelum menjawab panggilan dari Anis,wajahnya mencebik hodoh.Mungkin hatinya berkata, ‘Huh,menyampah aku!’

Cemburu lah tu.

“Assalamu’alaikum..”nada sopan Anis memulakan bicara. Aduh,dunia ini aku yang punya!Gadis yang berjaya mencuri hatiku,Anis Syuhada nama diberi.Junior.Budak sekolah agama.Inilah realiti.Produk sekolah Islam x semestinya menghasilkan produk mengikut acuannya.Kefahaman yang wujud di hati perlu untuk diterjemahkan dalam amal.Ah,aku peduli apa.X penting saat itu bagiku.Rasa itu akan hilang bila cinta menjadi taruhan.

“Hmm..wa’alaikumussalam…”jawabku lembut. “Ada apa awak?Rindu dekat Fiq eh?usikku mengada.Kami jarang berjumpa kerana dia bersekolah asrama dan aku hanya sekolah harian biasa.Bila cuti panjang tiba,barulah kami dapat berjumpa empat mata.Saat itu,cinta itu dirasakan indah sekali.Namun kami tidak seperti pasangan lain,Islamik mungkin.Masakan tidak,hampir setiap hari,ada sahaja tazkirah ringkas dari Anis memaniskan hubungan kami.Berputik indah di tangkai hati.

“Fiq ni..”Anis diam di hujung talian.Malu dengan usikan ku.

“Anis cuma nak tanya,awak dah tengok keputusan PMR awak?

Alahai,seorang lagi menjadi remainder untuk aku.

“Belum lagi la sayang.Fiq belum tengok lagi.”

“Tapi Anis dah tahu tau..”Jawapan Anis buat aku terpana.Langkah kakiku terhenti.Iqbal yang dari tadi menjadi pendengar setia perbualanku turut memberhentikan langkahnya.Lantas dia menolak kemas lenganku dengan sikunya.Aku hanya mengerutkan kening tanda protes dengan kelakuan Iqbal,sakit.Anis masih di hujung talian.

“Anis dah tahu keputusan Fiq?Alamak..malunya pada Anis.Keputusan Fiq teruklah.Jawab main2 hari tu.Lagi2 kertas Arab.Hmm..macam mana Anis tahu ni?”jawabku menagih ingin tahu.

“Ohh..Anis yang suruh Ummi Anis tengokkan untuk Fiq.Ummi Anis kan guru dekat sekolah Fiq.Bagus tau..Bagus sgt2..Anis ucapkan tahniah untuk Fiq..Mabruk 'alaika akhi.Fiq x nak tahu Fiq dapat berapa ke?”

“Hmmm…x..x..x.nnaa..”Belum sempat aku menghabiskan bicaraku,Anis sempat memotong.

“Straight A’s!!That’s means,u got 9 A’s Fiq..!Congratez..

Saat itu aku rasa langit seakan ingin menghempapku.Perasaan terkejut menyelubungi.

Dan tiba-tiba..

“Adik…

*akan bersambung…insyaAllah..

Lagilagilagi >>

Monday, December 20, 2010

Nota cinta seorang hamba??

Ok ke..??hmm..wallahu’alam..^_^

Senyum jer..hehe..

Saat ni,idea penuh di minda,jari menulis,(salah la..menaip..huhu)membuatku berkobar-kobar bak merahnya unggun api menyala tika malam melabuhkan tirainya.

Otak ligat sedang memikirkan seorang watak yang aku fikir aku ingin mewujudkan kisah hidup dan perjalanan sepanjang bergelar seorang hamba.Bukan novel,hanyalah sebuah catatan a.k.a nota hati watak utama.Dan syukur,Alhamdulillah..aku menjumpainya..Kau!!Muhammad Irham Syafiq(ada ke nama ni di alam yang nyata..kalau ada mugkin kebetulan..*berharap)

Dialah watak utama dalam penulisan ku ini.Nota cinta seorang hamba..

Tema??kurang berkisar tentang cinta dan melebihkan erti sebuah perjuangan,nikmat,persahabatan dan yang paling penting keikhlasan dan keimanan..insyaAllah..

Kisah hidup beliau berkisar tentang sebuah kehidupan..perjalanan jauh..terbang tinggi.Bebas.Namun awas,burung-burung liar mampu menjadi ganas.Bawalah bekalan mu secukupnya.Menyusuri awan-awan kehidupan itu,akan wujudlah watak-watak manusia yang aku fikir penuh dengan 1001 rahsia.Ah!bertopengkan nama semata.Namun hatimu,jauh kau tinggalkan.Irham,hanyalah maya..moga diberikan rasa nikmat dalam penulisan ini..wallahu’alam


Lagilagilagi >>

Sunday, December 19, 2010

menulis??minat atau bakat??

di sini,aku sgt2 selesa dengan menggunakan kata ganti nama 'aku',lagi mesra saat menulis...

Hmmm...menulis??x pernah terfikir dlm fikiranku selama ini..tapi,sejak kebelakangan ini,subhanallah..banyak idea-idea yang muncul di dalam fikiranku sehinggakan andai dihitungkan,aku mampu menulis dalam 2-3 buah buku..ajaib bukan??itulah namanya kuasa Allah..wallahu'alam...aku bukanlah seorang yang bijak atau mahir dalam mengolah bicara kata sehingga orang lain mampu tertarik dengan tulisanku..(hehe,tulisan main2 jer...sbb aku yakin,orang x ziarah blog ni..huhu)

bagiku..minat utk menukis itu ada cuma aku tiada bakat..perlu di asah mungkin..
di dlam minda tika ini,aku sudah punya idea utk menulis satu cerita..mudah-mudahan ia berhasil..insyaAllah..

p/s:tulisan utk mengisi hati..
Lagilagilagi >>

Saturday, December 18, 2010

setiap kali itu,aku..


aku ingin memulakan bicara hati ini dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..(lama x menulis...T_T)

menyusuri hari2 yg indah dalam hidupku,alhamdulillah..aku masih lagi merasa indahnya CINTA..

hampir setiap minggu cuti sem ni dhabiskan dgn bercuti bsama keluarga..seronoknya..hehe


tapi..

hidupku pastinya ada saat2 dukanya..masakan tidak,aku nyaris kehilangan 'SAYAP KANAN' ku...
siapa dia 'SAYAP KANAN'ku???
kalian ingin tahu??
'dia' adalah anugerah Allah yg sgt bernilai..
aku sgt2 mencintainya kerana aku yakin 'dia' memang tercipta utkku..(saat ini,terdetik di hati:"aku ingin kita kekal bhagia bsama.."amin..)
dulu..aku tidak mengenalinya..krn bagiku,'dia' hy 'dia' yg biasa..
tak kenal maka x cinta betul x??
melalui 'perantaraan' doa yg ku pohon dari Allah..semakin aku yakin 'dia' ttp milikku jua..syukur..alhamdulillah..
dan 'SAYAP KANAN'ku itu ialah...
IMAN..
serius!!seandainya cuti ini aku tidak gunakan sebaiknya,mengemudi dgn cekap dn penuh berhikmah,tidak mustahil andai aku pulang ke 'sangkar' lama..sayap kananku patah!!lemah!!dan pastinya payah utk aku bertahan..dan bagaimana aku hendak pulang ke sangkar penuh taqwa??
bukankah taqwa itu bekalan ku nnti??
citaku satu
aku..
ingin menjadi burung yg terbang bebas..
hy bergantung pada pasrahnya ketentuan 'Tuan'ku..
terbang..terbang..dan terus terbang..
sampai satu saat..
bebasnya burung itu,pastinya tiada daya..
selama ini penuh dgn girangya bsama...
namun..
ketentuan 'Tuan'nya pasti inginkan dia terbang pulang..
itulah hidup..
manusia mmg hebat ibarat bebasnya burung terbang di udara..(yela..xde traffic jam..berlanggar dgn kayu,rumput2,batu2..hehe..^_^)
mati itu pasti..dan berharap mati dalam husnul khatimah..amin...
salam syg..
*currently at putrajaya...kenduri abg..=)

Lagilagilagi >>

Tuesday, December 7, 2010

adakah aku ikhlas???


Pentingnya ikhlas dalam beramal kepada Allah…pesanan ataupun boleh dikatakan amaran daripada Rasulullah s.a.w bagi mereka yang taat kepada Allah S.W.T.jagalah hatimu dengan riya..dan sesungguhnya kita berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam..

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Sungguh.orang yang pertama kali merasakan neraka pada hari kiamat…”Yakni,ada 3 golongan yang pertama kali dilemparkan ke neraka,siapakah mereka itu?

Pertama,kata Rasulullah, “Lelaki yang mencari syahid,maka Allah SWT memberikan padanya,dan dihadapkan kepada Allah.Lalu Allah bertanya kepadanya,

“Apa yang engkau lakukan dengan nikmat itu?”

Ia menjawab: “Aku berperang kerana Engkau sehingga aku terbunuh.”

Lalu Allah berkata: “Engkau bohong!kau berperang agar kau disebut sebagai orang yang berani,bukankah sudah disebut?”

Lalu wajahnya ditarik, dan dilemparkan ke Jahannam.Inilah kaum yang pertama kali dilemparkan ke Jahannam.

Kedua, “Lelaki yang menuntut ilmu,mengajarkannya,dan juga membaca Al-Quran,maka Allah SWT memberikan padanya, dan dia dihadapkan kepada Allah.”Kepadanya Allah bertanya,

“Apa yang kau lakukan dengan nikmat itu?”

Lalu ia menjawab: “Ya Tuhanku,aku belajar ilmu kerana Engkau,dan mengajari manusia membaca Al-Quran juga kerana Engkau.”

Allah menyanggah, “Kau bohong!Kau belajar agar disebut alim,bukankah sudaj dikatakan?Dan kau mengajarkan Al-Quran agar disebut qari,bukankah juga sudah dikatakan.”kemudian Allah memerintah,hingga wajahnya ditarik,dan dilemparkan ke Jahannam.

Dan yang ketiga, “Lelaki yang Allah lapangkan,dan Dia memberinya harta kekayaan.Lalu Allah memanggilnya, “Apa yang kau lakukan pada nikmat itu?”

Ia menjawab: “Ya Tuhanku,aku tidak tinggalkan satu jalan pun yang Engkau suka di sana dilakukan infak,kecuali aku berinfak di sana.”

Allah berkata: “Kamu bohong!kamu berinfak agar disebut dermawan,bukankah sudah dikatakan?”

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Mereka bertigalah yang pertama kali akan merasakan neraka Jahannam pada hari kiamat.”

(HR Muslim,At-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Sahabat..dalam mengerjakan amal pada Allah,Ikhlas adalah paksinya…dengan nasihat yang Rasulullah SAW berikan, bukannya untuk kita tidak menuntut ilmu,mencari syahid dengan berjihad di jalan Allah mahupun menderma!Tetapi hanyalah peringatan agar kita tidak riya..

Apa panduan kita supaya kita yakin yang kita ikhlas dalam beramal pada Allah??Para ulama telah mendefinisikan ikhlas itu dalam tiga pengertian:

Pertama:Ikhlas ialah menkhususkan tujuan semua perbuatan ataupun amalan kepada Allah semata-mata,bukan kerana tujuan yang lain.

Kedua:Ikhlas adalah melupakan pandangan manusia,sehingga kita hanya melihat Sang Pencipta sahaja.Orang yang menangis kerana takut kepada Allah,memberikan infak,atau mengerjakan solat di tengah ribuan manusia tetap akan ikhlas.Ia hanya melihat pandangan Allah semata.

Ketiga:Ikhlas ialah dengan tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang,tetapi hanya mengharapkan pandangan Allah semata.Sebagai contoh,kita tidak menginginkan agar orang menyaksikan tudung kita yang labuh sehingga orang memuji kita wara’.Na’uzubillah…

Cukuplah dengan firman Allah:

Dan cukuplah Allah sebagai saksi…”(Al-Fath:28)

…dan kerana iman itu adalah paksi kita…<3

Wallahu’alam…salam perkongsian..

Lagilagilagi >>

Wednesday, December 1, 2010

ujian..ladang tarbiyah

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah dan bacalah Al Quran.Ini kerana, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya.

Mari kita bersama merenung beberapa potongan dengan ayat-ayat quran yang saya dapat kongsikan...

Kenapa kita diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kenapa kita tak dapat apa yang kita idam-idamkan?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Kenapa ujian kita seberat ini?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Kita Rasa kecewa?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
(Surah Al-Imran ayat 139)

Bagaimana kita harus menghadapinya?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan)

(Surah Al-Imran ayat 200)


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Apa yang kita dapat daripada semua ini?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....
(Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada siapa kita berharap?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal. dicuri dari
(Surah At-Taubah ayat 129)

kita dah tak tahan lagi !

dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
(Surah Yusuf ayat 12)

Subhanallah..tengok betapa kasihNya Dia kepada kita..

Manusia bila ditanya tentang harta kekayaan yang miliki semua datang dari usaha titik peluh sendiri.Hakikatnya semuanya datang dari rahmat dan keredhaan Allah..

Bersyukurlah dengan segala apa yang diberikanNya kepada kita..Wa`allah taala`alam..
Lagilagilagi >>

Sunday, November 28, 2010

dalam sujud cintaku..:'(

malu itu pendinding ku...ketegasanku memagari rasa hati



DALAM SUJUD CINTAKU
composed, written & performed by ABD HALIM BIN AHMAD(devotees)

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku...
alhamdulillah..aku masih lagi mampu menepis 'ujian' yg menyakitkan ini...
kekuatan ini pastilah milik Allah dn akn ditarik pd bila2 masa shj...
smpai satu masa....segalanya akn dkembalikan....

Lagilagilagi >>

Friday, November 26, 2010

jaga pandangan..serius,aku jdi takut dgn kalian

lelaki acuan Al-quran..KAMU!!ssghnya kamu layak...

assalamu'alaikum..
ini adalah artikel yg ana dpt dr iluvislam.com..sma2 amik iktibar

p/s: fwd from tmn2 syurga...........bgus tuk peringatan kita....kaum hawa....sila ambil perhatian.....share la dgn yg lain..mayb ada yg pernah bc...tp bc skali lg tuk peringatan kita....




Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga..
wasalam………………….


Lagilagilagi >>

secebis kenangan...

hanya gmbr hiasan...

terkenang...hehe.
time sekolah a.k.a muda2 dulu(bkn bermksud skrg ni dh tua,al-maklum,dh nk masuk angka 20)huhu...sengaja dbesarkn supaya jelas..:D
bila fikir balik,mcm kelakar..tapi itulah namanya kenangan...
latar tempat:dlm kelas 5 aktif
latar masa:time kelas pendidikan islam(antara kelas yg sgt dminati pljr2 ats alasan ada myentuh soal2 munakahat..:D)
"ha...areen...dlm kelas ni,msti areen yg kawen dulu kn??hahahaha..."
aduh...asal la time agama islam,korg x habis2 nk usik..
malunya dpn ust...merah muka...X PATUT..X PATUT..X PATUT..
shbt,nikah kawen tu bkn mcm beli ikan dkt econsave(itulah supermarket yg terdekat time bljr dkt puncak alam nnt sbb rumah sewa dkt Fasa 3..nmpknya,beli brg dapur dkt situ jer..huhu)
ingat senang ke nk bina rumah tangga ni,bt masa skrg ni mmg indah bila kita tgk org yg dh ada keluarga,tp tnpa kita sedar kita sbnrnya terhidang dgn hal2 yg indah jer...
subhanallah..indahnya Islam mengatur umatnya...Islam myuruh kita utk menjaga diri kita sebaiknya,spy psgn kita nnt,insyaAllah melihat kita ats dasar keimanan bkn nafsu semata...
seharusnya kita perlu mmbina ketaqwaan dlm diri supaya keluarga yg kita bina nnt hidup dlm bi'ah yg solehah..amin..insyaAllah...
geram mmg geram...(-_-")
xpe2..aminkan ajer...:-)
time tu kami nk tnda kertas ujian agama Islam,tup2 dpt kelas lainnyer...MUSLIMIN punya!(sbb tgk ic no.)
hmm..mcm knl..
mata terpana sebentar...
masyaAllah!no ic ana...!no ic ana ada dkt bwh ic no dia???_)(*&^%$4567@#$%^&))
91****-**-****
"see you di ipt"
mcmna la dia tahu no ic ni...hmmm..
amin...yups!see you d ipt...dn skrg mmg kita sdg menuju cita...
cita yg lebih tinggi bkn Dean List ttp adalah DEEN list...agama pengukurnya...
dkwah dn pelajaran bkn tmpt kedua atau pertama,ttp perlu seiringan..
kejar cita dahulu baru kejar cinta!!
dn alhamdulillah...setahu ana,beliau skrg sdg ambil engineering...teruskn perjuangan shbt2ku..
wassalam..

Lagilagilagi >>

Wednesday, November 24, 2010

sinergi...alhamdulillah..buku yg sarat dgn ukhuwah....
sedikit perkongsian..

Dua sahabat, Rasyid Zakwan (Asid) dan Irfan Hakimi (Irfan), belajar di University of Yarmouk, Jordan.

Ukhuwah mereka memberikan kesan kepada masyarakat sekeliling. Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha.

Konflik ini bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah itu. Mereka jatuh cinta kepada Sara Nasuha, dan masing-masing tidak pernah meluahkannya.

Hinggalah satu hari, Irfan menceritakan rasa hatinya kepada Asid. Asid untuk beralah dalam senyap tetapi cintanya juga amat mendalam membuatkan dia sukar untuk kekal tenang. Lalu ukhuwah mereka berdua terganggu.

Sekumpulan pelajar bermasalah – Disaster Five – tidak senang dengan imej bersih Asid dan Irdan. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka.

Kes menjadi rumit apabila muncul watak misteri di sebalik kejadian pecah rumah.

Tambahan pula Irfan terjebak dalam perangkap..perangkap antara konflik pershbtan..
kejutan utk Asid..siapakah bkl memiliki Sara Nasuha..
lanjutannya..bacalah nover ini!!

hmmm..ana bg 100++ utk Sinergi...=)
Lagilagilagi >>

Sunday, November 21, 2010

satu nikmat..

Fuh.panasnya hari ni..
"ha,kamu ni dah kenapa??asal dengan tangan tu,kejap pegang surat khabar,kejap kipas2 tangan.mak suruh kamu goreng ayam tu,bukan jadi pemerhati tak rasmi.Anak-anak."
Ibu mengomel.Mak ni....
Ok...dah faham...rupanya dari tadi ibu memerhati gerak geri aku.Malunya.Nasib baik ibu xtaw apa yg ada dlm kepala aku..hehehe...:D
Aku terus menggoreng ayam tu dgn penuh khusyu'+istiqamah...Siap.Sedapnya..
wah...Ayam goreng!!(gaya2 upin ipin)

"mak...adik nak naik ye,ayam dh msk dah tu.nk siap2 g solat.dh nk maghrib ni"terukir senyuman di wajah.seronok msk sama2 dgn ibu.
"pergilah.baguslah kalau dh siap.kamu tu klu bersiap,mcm puteri raja.lama sgt..xpe2,mak pn dh siap msk jugak ni."
haiz...ada je yg terkena balik..huhu

berjln melangkah menuju bilik.wah...pns..pns..
tiba2 teringat seorg shbt muslimin prnh ckp time jelajah hutan kt matrix dulu,budak surau la katakan:
"xpe klu pns dkt dunia..dkt akhirat nnt lgi pns..."
iktibar..iktibar..betul3!

sampai bilik,gelap.
hmmm...
tiba-tiba...
tanganku digapai oleh seseorang.Lembut.Penuh kasih syg...
tapi...
aku terdengar ada sedu sedan pada bicaranya..

"adik........"
"ha..."
"eh,akak...la..knp ni...???x sihat ker??"
hangat.panas.aku memegang dahinya.rupanya Allah beri aku rs nkmat pns td hy sedikit cuma.tp,di sudut yang lain,ada hmbaNya yg diuji dgn ujian yg lbh dr aku.
"akak,pns ni..dh mkn ubat belum??"
kakak tidak menjawab.cuma,dia mengemaskn lagi genggaman tangannya padaku.


"adik..boleh bimbing akk jdi baik,solehah??"
Ya Allah.rs nk gugur jantung ni dgr.mata pulak rs mcm nk bergenang.Lafaz tahmid berbicara.Subhanallah..
selama ni,aku fikir.hidayah Allah tu berkat dr usaha seseorg yg bijak pengaruhi sasaran dakwahya.tapi...lain pula jadinya.ternyata Allah jualah yg memilih hati mana yg terusik..Dia Maha Mengetahui.

"akak..kita sama2 eh..adik pun bknnya baik sgt."
"semoga nikmat hidayah ini milikmu...."
sedih...tp syukur..

Lagilagilagi >>

Saturday, November 20, 2010

Berukhuwah kerana iman..

Sahih.Iman itu yang penting.Iman adalah kepercayaan di hati,penuh dengan kerahsiaan antara hamba dan Pencipta.Tanpa iman,ulama' mampu menjadi fasiq,tanpa iman,pemimpin mampu menjadi hina pada pandangan rakyat.Dengan iman juga,ahli maksiat mampu menjadi wali(banyak kisah yang mnceritakan sedemikian..ada bukti)Iman.Iman.Iman.Itulah yang mampu aku ucapkan saat ini.Gambaran awal ana dengan pentingnya sebuah keimanan itu.Dalam membina ikatan persahabatan,kekeluargaan,perkahwinan,mahupun hubungan dengan alam,iman itu adalah kayu ukurnya.Seseorang itu tidak akan lantang mengatakan dirinya beriman selagi belum diuji.Subhanallah..
Ada satu kisah yang ingin ana ceritakan khas untuk sahabat2 semua..:-)
Indahnya iman itu dalam mengarah seorang hamba Allah dalam meraih hiayahNya.InsyaAllah..

"sahabat,ana lihat nti macam biasa je dengan masalah nti ni?nti ok ke??"tanya Farah.
"Biasa??aasif sahabat,ana tidak faham.Boleh nti jelaskan??"
Farah menjelaskan,"Yela,ana tengok,si Sufian dan Muiez tu x habis2 nk kacau nti.Kadang2,bnda mcm tu boleh ganggu cinta kita pd Allah,x gitu??hati nti mcm mana??"
YaAllah,saat shbtku menyebut nama 2 org lelaki itu,jantungku rs mcm nk gugur.Fuh..shbt,wanita mana yg x risau bila diuji mcm tu.Demi mjga cinta ku pd Allah.Fitnah!aku xnk jd fitnah utk kaum Adam.
Dengan tenang,aku menjawab:
"insyaAllah..Allah ada bersma ana..ana yakin itu shbt.."terukir senyuman di bibirku.
"Wardati,ana bkn apa,ana cuma risaukn nti..mereka tu mcm x fhm2 dgn ketegasan kita.xtaw apa yg dorg fikirkn.ana kesian tgk nti sbnrnya."
Aku buntu.Kasihan?Kenapa?
"Yela..

bersambung...insyaAllah..
Lagilagilagi >>

Friday, October 22, 2010

maafkan ana...


subhanallah..
alhamdulillah....
innalillah wa innaila hi raji'un...itulah ucapan yg mmpu aku lafazkn saat ini...serius!!aku diuji lagi dgn *****..





yaAllah...kini aku sedar betapa mahalnya cintaMU...ARGHH!!aku perlu mujahadah...aku x perlu gentar mengejar cinta Allah...
mak...ayah...abg2..kakak2...adik rindu semua...=(
mengisi tangisan dlm sujud terakhirku,mmbuatku tenang dlm dakapan cintaNya..aku merindui kalian!!!
"belajar rajin2...banggakn mak dan ayah.."
"lepas tu,cari suami yg soleh pulak.."insyaAllah,doakn makucu...
hy itu jwapan yg mmpu aku ungkapkn...
yaAllah...
AKU PERLUKN ENGKAU!!
cintamu x pernah mgecewakan...
Lagilagilagi >>

Sunday, September 5, 2010

indahnya cinta ini...


bismillah...
puisi yg ku karang sendiri utk NYA..pemilik hati insan..

tika aku jatuh..
bukan duri yg KAU hulurkn..
malahan madu yg KAU curahkn..
lambang manisnya cinta dariMU utkku..
ARGH!!aku x layak...
menerima cinta hakiki dr RABBku..

"sekali ku jatuh,seribu kali ku bangkit.."
ku pegang erat..
janjiMU...
"aku mesti kuat..."
kuat utk melawan nafsu..

YaAllah..
KAU begitu sempurna utk aku kasihi..
ujian yg bertandang lambang cintaMu utkku..
aku syukur..aku redha...
ujian itu adalah tarbiyah langsung dariMU...
alhamdulillah..
mengajak aku kembali mengejar cinta hakiki..

yaAllah...ku hulurkan tanganku untuk KAU raih..
agar bersemi cinta nan satu..
mekar di taman larangan hatiku..
tiada asma lain yang ingin aku lafazkan..
insyaAllah...
takbir namaMU..
hanya kerana...

CINTAMU TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN NALURI HATIKU...
SALAM SAYANG...
*mencuba utk setia...
jgn Kau 'rampas' nikmat cinta ini..
bimbing aku yaAllah...
Lagilagilagi >>

Saturday, September 4, 2010

subhanallah...terasa berat..


meniti malam2 terakhir ramadhan ni bt aku terfikir,"yaAllah...adakah malam lailatul qadar sudah berlalu...."maafkn aku yaAllah...
fikiran ligat memikirkn beratnya ujian ini...
ayat surah al-baqarah:216...benar2 menghiburkan hatiku + berkumandang lagu haikal'jauhnya syurga...(tersenyum...)
bagaimana yaAllah utk aku m'hadapi semua ni...terkadang mendatangkn lelah..tp cinta Kau x prnh mgecewakan aku...berhadapan dgn semua ini dlm tempoh waktu yg lama...(jagalah hatimu...)
ujian Tuhan...

Kepastian by inteam...(alhamdulillah...lemahnya air mata ini mengalir..yaAllah)

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

menembusi jalan keimanan..pertempuran nafsu dan kebaikan...
bila iman berbicara,aku akan kuat...kuatkn aku utk ujian yg bakal mengetuk pintu tarbiyahMU ya Rahman...
monolog Umar al-Mujahid..
"semakin ku usir,semakin ia hadir,
semakin ku lupakan,semakin ia mmbelenggu fikiran,ku sedar kini..HATIKU MILIK-MU..biarpun jauh ku larikan diri,
NAMUN IA TETAP MELINGKAR DI TANGKAI NALURI..."
Lagilagilagi >>

Thursday, September 2, 2010

ujian Allah itu bertandang lagi...


di sini,ana cuma meluahkn apa yg ana rasa...(alhamdulillah,rs tenang sikit...)
la tahzan....
azreen..kuat...la yukallifullohu nafsan illa wus'aha....(2:286)
Dia xkn uji seseorg hmba itu melainkn mgikut kemmpuan hmbaNya itu..
itulah tarbiyah langsung dr Allah..
aku masih mencari kekuatan..
"jika kamu ingin berjaya,maka bersolatlah..."
ber'dating' dgn Allah pd sisa2 mlm...mengadulah pdNya krn Dia sgt merindukn tangisan mu..
yaAllah...lykkah aku????
slps satu ujian selesai,Kau hadirkn 1 lagi ujian yg sama...
redha...
aku yakin,ada hikmahnya...
hikmahnya psti...ikhlas dan bermakna utkku...
katakan pd diri,AKU MESTI KUAT!!
kekuatan dr Allah..
jgn Kau biarkn hati ini disentuh oleh cinta selainMU...
kerana itu sgt2 myakitkan...
kadang2 aku terfikir,knp bgitu mudah mereka melafazkn 'cinta'????adakh itu satu bntuk pengabdian hakiki utk Allah..sedarlah,itu hy omongan kosong...adakah kerana aku???aku yg mjdikan fitnah utk mereka semua???
apa yg aku mmpu lakukan andai itu berlaku...??
aku xnk jdi fitnah buat kalian..T_T
jagalah hati..jangan mudah dirosakkn..
aku cuba utk memelihara diriku...yaAllah,x mmpu rasanya..
bila memohon kpdMu,aku mjdi kuat...
YaAllah...jujurnya aku jg xmmpu bila ujian ini bertandang lagi..
maafkn ana...
*mencuba utk setia pd yg satu...

"dan itu lah hakikat mujahadah..
melawan arus..rasa..yg manis zahirnya tapi pahit ditempuh tapi akhirnya..dpt ketenangan.."
syukran ustaz asyraf ats kata2 ini...
Lagilagilagi >>

Tuesday, August 31, 2010

mencari cinta hakiki...


yaAllah..air mata ni akhirnya keluar juga dgn izinMu...
i need you ya Allah...T_T
hy cinta Kau yg hakiki,abadi,kekal...
ingin ana waqafkn hati ini hy utk MU....
menangislah azreen...krn airmata itu boleh mjd asbab engkau terlepas dr azab api nerakaNYA...
sahih!!
MENCARI CINTA ALLAH...
Lagilagilagi >>

Saturday, August 28, 2010

cinta pertama.....=)

sahih..hati adalah cinta pertama...hati adalah tempat di mana Allah 'kutip' ana dari jalan yg gelap sebelum ni..T_T..ku pnjtkn kesyukuran pd Allah ats nikmat hidayah ini....alhamdulillah...
ah!!azreen yg dulu cukup....................(biarlah Allah tutup keaiban ana)
tapi....ana tahu,Dia mmg sengaja...
perjalanan ana ke KISAS betul2 di'rancang'...hati penuh sakit knp KISAS...??!!!bukan MRSM atau SBP lain...pakai tudung labuh???kata gnti nama ANA,ENTI,ENTA,muslimin..muslimat...???haha...mcm kelakar..itu bukan AKU..
tapi..knp yaAllah...aku baru sedar sekarang????KISAS..KISAS..KISAS..KISAS...
tarbiyah bermula di situ...SAHIH!!ana kenal apa itu 'ikhtilat'...'syumul'...n...'tudung labuh'..hehe...
hidayah Allah itu milik sesiapa...tapi...
prjlnn ke KISAS hy mmpu btahan selama hmpir 3 bulan...(sbb xdpt nk catch up dkt sna..result truk..mengadu dkt mak n ayah..'mak,makucu nk balik...xtahan...')anak bongsu la katakn...
pd mulanya,ana gembira sbb dpt balik sekolah lama..hoooorayyyyy!^_^
tapi..............
hati ni...dh jatuh cinta dgn tarbiyah...ana bukan dari sekolah agama...sp nk ajar ana apa itu tarbiyah...usrah....dan yg paling bez,kurg sikit dosa pandangan mata..(semua org tahu yag KISAS mgamalkn berbicara dgn muslimin d blkg tabir..)alhmdulillah...

HIDAYAH ALLAH...tlh mgubah ana scr total...
mak...ayah...akak2..abg2...
makucu skrg bukan makucu yd dahulu....
ingin ana katakn,ana ingin menjadi menara hidayah utk semua...
sbb indahnya hidup bersama Islam....
....................................


yaAllah...jgn kau 'rmpas' nkmat ini andai aku terleka..aku msh lemah..jahil...masih mndamba cintaMU..kuatkan ana yaAllah...
amin...
*cuba untuk setia...
Lagilagilagi >>

Friday, August 27, 2010

ku mulakan bicara hati ini dgn lafaz bismillah...

yaAllah..
dh nk 2 bulan ana dkt uitm puncak alam ni...hmm..entahla...ana pn xtaw sma ada ana sudah sepenuhnya mgutip mutiara2 keimanan dkt sini...tapi ada cukup2 bersyukur krn ana dikelilingi dgn shbt2 yang soleh dan solehah...Allah dh makbulkan doa ana sblm melangkah ke alam u ni..cukup2 mencabar!!huhu..
lagi mncabar klu ada yg trlibat dgn pergolakan hati a.k.a CINTA MANUSIA..
cinta manusia tu menyakitkan...
alhamdulillah..belum diuji lagi(semoga ianya diuji bila tiba masanya a.k.a dh smpi seru..^_^)
tapi...
walau mcm mana sekalipun,perjuangn msti dtruskn...
SAHABAT...(khas utk shbt fisio part 1)..
ana sgt mencintai kalian...
sahih..jujur...T_T
ana masih dlm usaha utk mengenali hati budi kalian...
dlm pd masa yg sama,melalui pndgn mata dakwah...
yaAllah....ana dpt lihat ada hati2 yg rindukan kpd kebenaran,cuma saat hidayah itu belum menyapanya lagi..
semoga kita dpt kecapi nikmat itu bersama..
UHIBBUKUM FILLAH..
~mencuba utk setia...~
Lagilagilagi >>

zinnirah..kau insan mulia...izinkan aku mgenalimu..

Zinnirah : Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum Musliman dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.



Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah



Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akihirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.



Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.



Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Seetlah diselidiki, nyatalah bahawa hambanyameniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.



Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.



Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.



Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.



"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.



Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah memeprtahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.



Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh lesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.



Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.
Lagilagilagi >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...