My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Tuesday, December 21, 2010

::NOTA CINTA SEORANG HAMBA::Catatan hati 1::

sambungan...

Hangat terasa bahu ku di sentuh.Ada suara mengiringi hangatnya sentuhan itu lantas melenyapkan lamunan ku tadi.Terhenti.Memori lama yang sengaja aku terbitkan saat kelam hati menyelubungi diri. Sentuhannya penuh rasa kasih.Titisan air mata masih lagi bersisa.Aku memalingkan wajah ke arah suara itu sambil bersembunyi mengesat airmataku.

“Eh,Abang Aysraf..”bicaraku lembut.

Lelaki berkopiah putih dan berjubah hitam itu duduk mengambil tempat di sebelahku.Tampan.Ketenangan jiwa jelas terpancar dari wajahnya.Tidak mustahil lah dia menjadi Pengerusi Rakan Musolla di sini.

“Adik ni ok ke?Abang perhatikan adik dari tadi.Termenung dekat luar tingkap je.Cuba adik tengok sekeliling,jemaah lain dah xde.Tinggal adik seorang je duduk dalam surau ni.Homesick eh??”gurau Abang Asyraf.

Ada kebenaran dari kata-katanya.Betul!aku amat rindukan rumah.Namun,aku menolak kenyataan nya lembut.Tanda egoku masih bersisa.

“Isy,xdela abang..Fiq cuma nak cari ketenangan je dengan suasana malam ni.Hehe.”lagak bicaraku.

“Hmm…seronok betul la tazkirah abang tadi berkaitan dengan redha Allah.Banyak ilmu baru yang Fiq dapat dari abang.Isi yang abang bawakan bertepatan dengan ayat Al-Quran dan Hadith Nabi yang abang selitkan.Fiq x sangka,hubungan kita dengan manusia,amat berkait rapat dengan keredhaan dan keberkatan dari Allah,lagi2 ibu dan ayah kita.Dan dari apa yang abang katakan tadi,betul-betul berbekas di hati Fiq.Mabruk ‘alaika akhi.”pujiku kepadanya.

“Segala puji-pujian hanya untuk Allah…Biasa-biasa je dik..”Abang Asyraf merendah diri.Perasaan kagum muncul di hatiku.Padanlah dia seorang pelajar aliran agama di sekolahku,Sekolah Menengah Islam Khulafa’ Arrasyidin.Pelajar Enam Atas Hidayah,bakal menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia beberapa bulan lagi.Sepanjang aku di sini,banyak ilmu berkaitan dengan Islam ku peroleh darinya.Aku beruntung,kerana punya senior sebaik Abang Asyraf yang juga merupakan naqib dalam usrohku.

“Adik nak duduk sini sampai pagi ke?Tunggu qiam?”tanya Abang Asyraf.

“Eh,xdela bang,Fiq nak balik dah ni..Jom balik sama-sama.Boleh la abang sambung tazkirah tadi”jawabku girang.Aku bingkas bangun,dan menghulurkan tanganku pada Abang Asyraf.Dengan lembut,dia membalas huluran tanganku.Kami jalan pulang bersama menuju Blok Hamzah dan meninggalkan Surau Khulafa’ Arrasyidin.Jam di tangan menunjukkan pukul 10.15 malam.Hatiku senang tika Abang Asyraf menyambut mesra pintaku tadi untuk menyambung tazkirahnya.Ilmu itu hadir.Mengisi kekosongan dalam bekas jiwaku.

Pengisiannya tadi berkaitan redha Allah membuat hatiku resah.Apakah rasa ini sebenarnya??Sepatutnya aku perlu menerima nya dengan penuh rasa syukur di hati.Namun,disebabkan itu jugalah,memori lama menjelma kembali.Inginku usir jauh,membuangnya bersama ligatnya ombak menghempas pantai.Namun ia tetap,hadir..Kenapa??Kenapa!Persoalan yang x mampu aku jawab dengan wajah keikhlasan sebagai seorang hamba..Tapi,sejujurnya bermula dari titik ini lah,kisahku bermula di sini…..

1 comment:

+akufobia+ said...

ye.saya memang pengerusi rakan musolla.ha.ha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...