My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Monday, December 20, 2010

Nota cinta seorang hamba??

Ok ke..??hmm..wallahu’alam..^_^

Senyum jer..hehe..

Saat ni,idea penuh di minda,jari menulis,(salah la..menaip..huhu)membuatku berkobar-kobar bak merahnya unggun api menyala tika malam melabuhkan tirainya.

Otak ligat sedang memikirkan seorang watak yang aku fikir aku ingin mewujudkan kisah hidup dan perjalanan sepanjang bergelar seorang hamba.Bukan novel,hanyalah sebuah catatan a.k.a nota hati watak utama.Dan syukur,Alhamdulillah..aku menjumpainya..Kau!!Muhammad Irham Syafiq(ada ke nama ni di alam yang nyata..kalau ada mugkin kebetulan..*berharap)

Dialah watak utama dalam penulisan ku ini.Nota cinta seorang hamba..

Tema??kurang berkisar tentang cinta dan melebihkan erti sebuah perjuangan,nikmat,persahabatan dan yang paling penting keikhlasan dan keimanan..insyaAllah..

Kisah hidup beliau berkisar tentang sebuah kehidupan..perjalanan jauh..terbang tinggi.Bebas.Namun awas,burung-burung liar mampu menjadi ganas.Bawalah bekalan mu secukupnya.Menyusuri awan-awan kehidupan itu,akan wujudlah watak-watak manusia yang aku fikir penuh dengan 1001 rahsia.Ah!bertopengkan nama semata.Namun hatimu,jauh kau tinggalkan.Irham,hanyalah maya..moga diberikan rasa nikmat dalam penulisan ini..wallahu’alam


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...