My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Thursday, December 23, 2010

::NOTA CINTA SEORANG HAMBA::Cacatan 2:



Pertemuan kita kerana Ilahi

Takdir yang menentukan manisnya ukhuwah itu

Kau dan aku menjadi satu

Punya azam bersama menuju cita

Pegang erat tanganku di jalan redhaNya!

Sayangi diriku kerana keimanan itu!

Udara pagi itu nyaman sekali.Redup.Pagi yang indah,nikmat kurniaan dari Allah S.W.T.Maha Suci Allah..Tidak menjadi keberatan bagi sekumpulan pelajar-pelajar aliran Sains berkumpul di dalam dewan Baitul Hikmah.Seakan ada kutub yang berbeza menarik hati mereka untuk memenuhi taman-taman syurga dunia.Tanpa dipaksa.Itulah hasil daripada tarbiyyah membenteng jiwa.Mengisi slot ceramah oleh Ustaz Ismail Zakaria,salah seorang guru Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Sekolah Menengah Islam Khulafa’ Arrasyidin(SEMIKAR).

Barisan pengawas penuh mengisi ruang dihadapan.Dedikasi perlu dijadikan pegangan agar tidak dipandang remeh oleh pelajar lain.Mantap.Aku sibuk memerhatikan gelagat mereka sambil memasukkan kemas tangan ke dalam seluar.Ada yang fokus membaca nota ringkas,mengarahkan para pelajar meluruskan barisan dan ada juga yang hanya berdiri tegak penuh kekhusyukan.Pelbagai ragam.Leka sejenak,tanpa sedar ada suara yang dari tadi memanggilku.Sahabat baru di SEMIKAR.

“Awak,awak..”jeritnya perlahan.

Aku masih dalam khayalan,tanpa menghiraukannya.Beberapa kali dia memanggilku,tanpa nama.Tidak kenal mungkin.

“Awak…awak..”suaranya agak meninggi lantas pengawas yang menjaga barisan mendekati kerana,fikirnya kami membuat bising.Barulah aku tiba di dunia realiti.

“Ha,kamu ni dah kenapa?”soalnya penuh ketegasan sambil mendekatinya.Aku memalingkan tubuh.Hairan.Dia menunjukkan ekspresi telunjuk ke hadapan kepadaku.Jarak aku dan dia agak jauh sedikit membuatkkan aku kurang mengerti.

“Ustaz Ismail dah nak sampai,tolong jangan bising.Luruskan barisan dan…”belum sempat pengawas itu menghabiskan arahannya,dia memalingkan wajahnya kepadaku kerana hairan dengan perbuatan lelaki itu yang belum aku fahami.

Lantas..

“MasyaAllah..awk,apa awak buat dekat barisan muslimat tu?!”nadanya terkejut.Sedikit meninggi dalam bicara,membuatkan muslimat bertudung labuh itu memusingkan tubuhnya ke belakang.Memandangku tepat.Lalu dia menundukkan pandangan.lafaz istighfar sayup kedengaran.Tersentak aku dibuatnya.Aku di barisan muslimat??Alamak,macam mana boleh terlepas dari barisan dengan muslimin ni.Aduh,malunya.Barulah input masuk ke dalam otak dengan arahan lelaki itu atdi.Padah tidak menumpukan perhatian.

Langkah kaki sengaja dicepatkan.Perasaan malu masih berbekas dalam diri.Lebih-lebih lagi saat terdengar ada ketawa kecil dari muslimat di hadapanku tadi.Masih menjaga peribadinya.Ayu pada pandanganku.

Pelajar-pelajar lelaki lain juga turut mengambil tempat dalam hilaian ketawa itu.Namun segera diam kerana Ustaz Ismail sudah berada di atas pentas.Lelaki tadi mula merapatiku dan memimpin tanganku di barisan yang sepatutnya.Aku masih tertunduk malu.

“Hmm..awk pelajar baru eh?Second intake?”soalnya perlahan.Takut akan mengambil perhatian pengawas2 yang bertugas.

Dengan perasaan malu yang masih bersisa,aku menjawab perlahan.

“Haah,pelajar baru.Semalam baru daftar sini”

“Ohh..patutlah..by the way,Ahlan Wasahlan akhi!”

Aku hanya mampu tersenyum.Kelat.Malu.

“Nama saya Nabil Wafiy,awk boleh panggil saya Wafiy..salam perkenalan..”Wafiy menghulurkan tangannya padaku.Aku menyambutnya biasa.

“Irham Syafiq,panggil Fiq jer.”

Genggaman salam perkenalan Wafiy begitu mesra.Seolah kami sudah lama berkenalan.

“Biasalah tu..pelajar baru..tenang ok..Dulu saya pun macam tu jugak.hehe”balas Wafiy menenangkan hati.

Pada waktu yang sama,Pengerusi Majlis memulakan bicara.Dengan rasa hormat,beliau menjemput Ustaz Ismail untuk mengendalikan majlis. “Pengenalan Konsep Tarbiyyah Islamiyyah”,itulah tajuk diberi.Puji-pujian kepada Allah SWT dan selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW menjadi halwa telinga di awal ceramahnya…Bergema jiwa saat cahaya ilmu membasahi jiwaku yang kontang.Ah,aku masih mentah untuk menerima.Ikut je lah,niat aku datang sini nak belajar,x lebih dari itu.

Tersemat erat di fikiran detik aku menjejakkan kaki di sekolah Islam ini yang sememangnya luar biasa bagi diri.Aduh,mampu ke aku..??Nampak semua macam alim semacam je.Perlu ke aku berpura-pura??Layan jelah…Sekolah dulu jauh sekali.

Anjakan paradigma!!Akan ada perubahan dalam persepsi..

Sahabat yang soleh bekalan ku nanti.Ada sinar harapan di wajah Wafiy..aku memandangnya tajam.Bersongkok hitam,wajahnya putih berseri.Khusyu’ dia mendengar ceramah Ustaz Ismail.

AKu masih mencari erti itu!!

Adakah jalan ku ni benar?Apakah episod hidupku di sini sebenarnya??

Nokhtah.aku yakin dengan keputusanku…

Bersambung…InsyaAllah…

1 comment:

areen wardah said...

ada persamaan dr novel umi kalthum...teringin nk baca..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...