My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Tuesday, December 21, 2010

::NOTA CINTA SEORANG HAMBA::Catatan hati 1::



Aku penat dengan dunia yang penuh daya..

Selama ini,aku punya tempat dalam binasanya rasa

Kekosongan hati yang memenuhi lurusnya hati

Kini,pasti..kerana..

Kisahku bermula di sini..~part 1

Sayunya malam ini,seakan berbisik rindu pada tiadanya sang bulan.Gelap.Kelam.Cahaya bulan sirna dengan pekatnya malam.Suasana malam,aku amati dengan teliti.Saat itu,hatiku sayu..mengenang akan nasib diri.Ah!Siapakah aku sebenarnya??Aku sendirian.Bertemankan sunyinya gelap hati yang rindukan keluarga di sana.Mama…Ayah..Abang,Kak Ngah dan Dik.Semua rasa jadi satu.Egoku terlalu tinggi untuk melafazkan bicara rindu pada kalian.Mendongak ke langit Ilahi..Terasa ada titisan hangat yang mengalir..Aku membiarkannya membasahi pipi.Lembut.

“Fiq,fuh..tahniah!!power la ko ni..”jerit Iqbal ke telingaku.

Aku terkedu.Tahniah??Tapi,untuk apa??

“Eh Bal,asal ko ni?Tahniah untuk apa?Ah,x faham la aku..malas nak layan.”mendatarsuaraku.Aku dan Iqbal baru sahaja keluar dari kedai makan.Melepaskan bosan cuti di rumah.Banyak cerita yang kami bualkan,termasuk cerita aku dan dia.Anis.

Riak wajah Iqbal kelat.Mungkin geram dgn respons aku padanya.Namun dia bertegas meyakinkan aku.

“Tahniah sebab buat muka tenang bak setenang air di kali.Encik Muhammad Irham Syafiq,kau dah lupa ke?Boleh pulak kau ni,Hari ni kan keputusan PMR keluar.Aih,pelik aku.Macamna kau boleh lupa tarikh penting ni.Tu lah,asyik layan Anis kau tu je.Yela,orang bercinta kan..semuanya indah..”Iqbal mengejekku.

YaAllah!Macam mana aku boleh x ingat dengan hari ini?Hari ni lah hari yang aku x nak hadapi seumur hidupku.Apa2 jua hari yang merupakan hari ‘Keputusan Peperiksaan Diumumkan’Nak x nak hari itu tiba,iaitu hari ini!

“Pergh,mati aku..tahniah kau itu buat aku sakit hati tahu x”

“Eh,asal pulak.Betul la kan?Muka kau tu tenang habis.Yang aku ni dari tadi dah seram sejuk je”pintas Iqbal.

“Hmm..”jawabku malas.Semuanya telah ditentukan.Apa aku boleh buat,keputusan itu memang dah ada.Sama ada baik atau buruk.

Tiba-tiba telefon bimbitku bordering.Lagu Starlight nyanyian Muse.Tertera di skrin,nama Anis.Berbunga hatiku untuk menjawab panggilannya.Tanpa sedar,ada senyuman manis terbit dari wajahku.Sekilas aku melihat Iqbal sebelum menjawab panggilan dari Anis,wajahnya mencebik hodoh.Mungkin hatinya berkata, ‘Huh,menyampah aku!’

Cemburu lah tu.

“Assalamu’alaikum..”nada sopan Anis memulakan bicara. Aduh,dunia ini aku yang punya!Gadis yang berjaya mencuri hatiku,Anis Syuhada nama diberi.Junior.Budak sekolah agama.Inilah realiti.Produk sekolah Islam x semestinya menghasilkan produk mengikut acuannya.Kefahaman yang wujud di hati perlu untuk diterjemahkan dalam amal.Ah,aku peduli apa.X penting saat itu bagiku.Rasa itu akan hilang bila cinta menjadi taruhan.

“Hmm..wa’alaikumussalam…”jawabku lembut. “Ada apa awak?Rindu dekat Fiq eh?usikku mengada.Kami jarang berjumpa kerana dia bersekolah asrama dan aku hanya sekolah harian biasa.Bila cuti panjang tiba,barulah kami dapat berjumpa empat mata.Saat itu,cinta itu dirasakan indah sekali.Namun kami tidak seperti pasangan lain,Islamik mungkin.Masakan tidak,hampir setiap hari,ada sahaja tazkirah ringkas dari Anis memaniskan hubungan kami.Berputik indah di tangkai hati.

“Fiq ni..”Anis diam di hujung talian.Malu dengan usikan ku.

“Anis cuma nak tanya,awak dah tengok keputusan PMR awak?

Alahai,seorang lagi menjadi remainder untuk aku.

“Belum lagi la sayang.Fiq belum tengok lagi.”

“Tapi Anis dah tahu tau..”Jawapan Anis buat aku terpana.Langkah kakiku terhenti.Iqbal yang dari tadi menjadi pendengar setia perbualanku turut memberhentikan langkahnya.Lantas dia menolak kemas lenganku dengan sikunya.Aku hanya mengerutkan kening tanda protes dengan kelakuan Iqbal,sakit.Anis masih di hujung talian.

“Anis dah tahu keputusan Fiq?Alamak..malunya pada Anis.Keputusan Fiq teruklah.Jawab main2 hari tu.Lagi2 kertas Arab.Hmm..macam mana Anis tahu ni?”jawabku menagih ingin tahu.

“Ohh..Anis yang suruh Ummi Anis tengokkan untuk Fiq.Ummi Anis kan guru dekat sekolah Fiq.Bagus tau..Bagus sgt2..Anis ucapkan tahniah untuk Fiq..Mabruk 'alaika akhi.Fiq x nak tahu Fiq dapat berapa ke?”

“Hmmm…x..x..x.nnaa..”Belum sempat aku menghabiskan bicaraku,Anis sempat memotong.

“Straight A’s!!That’s means,u got 9 A’s Fiq..!Congratez..

Saat itu aku rasa langit seakan ingin menghempapku.Perasaan terkejut menyelubungi.

Dan tiba-tiba..

“Adik…

*akan bersambung…insyaAllah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...