My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Thursday, April 21, 2011

permulaan

Kalau kau tanyakan aku, “adakah Allah di hati mu???”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorg insan yg sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku.......... Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…......”
Lagilagilagi >>

Tuesday, April 19, 2011

aku mataharimu...


andai semua yang kita lakukan kita sandarkan pada Allah..
telah termaktub dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56,Allah telah berfirman:

"Tidak aku ciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepadaKu"


menuntut ilmu..makan...minum...bersukan...bekerja..
dan jugA BERUKHUWAH...
semua nya perlu untuk disandarkan pada Allah..
indah kan??cuba anda rasa....sweeeeet...=)

"kita ini diciptakan hanya untuk Allah...
cinta pada Allah adalah tujuan..destinasi yang pasti..."

malam yang hening ini..
aku cuba untuk merenung..
merenung kembali perjalanan aku sebagai hamba..
aku berhadapan dengan pelbagai persoalan..
ANTARANYA IALAH...
PERSOALAN BERKAITAN PERSAHABATAN...Ukhuwah...
selepas cinta Allah..Rasulullah...ibu dan ayah..keluarga..
golongan yang terakhir yang menjadi pemilik cintaku ialah

AWAK!!!!!
SAHABAT SAYA...

"areen........bantu saya...saya betul-betul lemah.."ku lihat ada titisan jernih mengalir..
aku hadir untukmu sahabat...
aku ingin menjadi mataharimu...

yaAllah..aku rindu..
aku rindu pada mereka...serius...
sahabat di Kisas...:'(
SMKDH...
Matrix Melaka(ain,hafe,ina,kak dijah dll....)
shbt seperjuangan dalam JPP(kak nisa..nisah..kak ema..munira..kak atim..ain..tasha..kak piuz..tasnim...hana..dan juga encik khai)
dan kini...
satu ukhuwah yang baru..
sahabat2 di UITM..

jangan asingkan aku....~

di sini..aku titipkan puisi untuk insan yang bergelar sahabat..
kalian ingin tahu,betapa berharganya kalian untukku??
pandang di atas,apa yang menyinari kita??
MATAHARI!!

"matahari bersinar setiap hari..
memberikan cahaya kepada semua kehidupan..walau ada yang mencacinya kerana teriknya ia..
walau ada yang tidak menyukainya kerana ia menghapus malam..
walau ada yang merungut kerana ia mewujudkan bahang..
ia tetap bersinar dan tidak pernah merajuk...(Hilal Asyraf,2011,Matahari)

kerana aku mataharimu...
hanya untukmu..
aku bahagia dengan cinta ini...


Lagilagilagi >>

::sebuah harapan::

harapan padaMU wujud kembali..

"yaAllah...tiada upaya melainkan Engkau adalah sumber kekuatan..
tiada rasa bahagia andai Engkau jauh ku tinggalkan..
saat hidup penuh duka..
Kau hadir sebagai peneman...
tarbiyah yang wujud bukti cintaMu..
harapan itu wujud saat Engkau tunjukkan jalan..
bersama cahaya bernama keimanan.."
aku dalam dilema...kadang2 putus asa,lelah,dan hampa..pada siapa lagi untuk aku berharap??anda punya jawapan??

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

apa beza aku dengan mereka yang Allah sebutkan dalam ayat al-quran???

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

persoalan demi persoalan menerjah..memerlukan jawapan dengan segera..
persoalan berkaitan ukhuwah..cita-cita..hati..dan juga masa depan..
walaupun ini semua adalah ujian dunia,hikmah yang tersembunyi tersimpan rapi..
aku hanya menanti itu dengan pasti...


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat : 45)

Allah tidak pernah membebankan kita...
aku yakin itu...
hati yang lembut utk disentuh dengan cintaNya,itulah hati yang mudah dipelihara..
cuma..
jawapannya terletak pada keimanan kita..
bagaimana cara kita untuk mengimani keyakinan itu bahawa segala sesuatu adalah qada dan qadar dr Allah..

lupakan jiwa-jiwa yang mengganggu hatimu..
menangislah andai itu buatmu tenang..
biarkn semua ujian itu berlalu...
aku amat menyayangi ukhuwah ini...
mungkin dengan cinta ini,kau dan aku akan bertemu di syurga kelak..
sahabat..


aku amat mencintaimu..
andai kau lemah..
aku di sini bersamamu..
jangan asingkan aku darimu..
kerana ukhuwah atas keimanan ini...






Lagilagilagi >>

senyum..

"senyumlah andai kau mahu mereka tersenyum padamu..."
Lagilagilagi >>

Sunday, April 10, 2011

kau istimewa

CERITANYA BERMULA DI SINI..

dulu...aku pernah berfikir,apa yang Allah ingin tunjuk dalam setiap ujian yang datang..
sakit..marah..terseksa...malu...hina..semua perasaan ni menjadi satu!!
apa yang ingin Dia berikan pada ku...??
bila kita semakin dewasa dalam hidup...
pengalaman itu pasti akan mengajar kita..

kata-kata yang ku petik dari sahabat..

"Allah tidak akan menunjukkan diriNya untuk mendidik kita secara langsung macam cikgu-cikgu dekat sekolah buat azreen...Allah punya cara tersendiri..iaitu melalui ujian yang mengetuk pintu hati...sedar atau tidak,kita harus kembali pada hati kita..ya!hati...itu titik permulaan sebuah pengembaraan!

ohh hati...hati+keimananan....

* * *
AKU TEMUI JAWAPANnya.

Melalui kisah ini...aku punya jawapan untuk sebuah persoalan...bersama kita mengambil iktibar..
*kisah benar dari seorang sahabat..

dulu,dia seorang yang bagiku,tidak pantas untuk seorang Muslim sepertinya..
walaupun akhlaknya bukan yang terbaik,aku yakin dia punya hati yang bersih..bukankah manusia itu sebaik-baik penciptaan??
aku berani bersumpah,dia pasti akan berubah..lihatlah nanti(monolog dalaman)
hanya Allah yang akan memilih hati mana yang layak..

walaupun dia begitu,aku amat mengaguminya...
kerana aku amat menyayanginya..aku cinta dia..
tiba suatu saat bilamana...
Allah menimpakan ujian buatnya..
menentukan sama ada hidup atau mati!
siapalah aku untuk mengubah keputusan Allah
hanya doa yang mampu ku lafazkan..


saat itu..
aku bersyukur..kerana Allah memilihku untuk aku dekat padanya..
satu peluang!!!
untuk
merebut hatinya..

* * *
"adik....doakan abang ye...doakan Iman selamat..."
lafaz dari seorang ayah yang amat menyayangi anaknya..
sejak akhir2 ini,Iman sering menangis..
berkali-kali kami menemui doktor..
badannya tetap lemah...

"insyaAllah abang,adik akan doakan..."bicaraku kecil..
kerap dia datang ke bilikku,membawa Iman bersama..
kami bersama-sama membaca kalam Allah
mendengar indahnya alunan zikrullah..
dia hanya mampu mendengar aku mengalunkan kalimah itu..
membuat dia jadi malu..

selang beberapa hari..
usai aku melakukan solat Maghrib..
pintu bilikku diketuk dari luar

terpacak susuk tubuh abang..
aku terkejut..
lantas dia duduk di hadapanku dengan membawa sesuatu di genggaman..

"adik...boleh ajar abang mengaji??

hampir menitis airmata ku saat itu..inginku peluk abang di hadapanku..
abang...
yaAllah...

"boleh..jom baca sama-sama..abang ikut adik yer.."
aku dapat dengar tangisan kesyukuran dalam hati ku..
alhamdulillah..
janji Allah itu pasti!

sejak itu abang bukan abang yang dulu..
cahaya keimanan jelas terpancar..
terkadang sayup-sayup aku mendengar abang mengaji..
syukur..
tarbiyah Allah telah mengubah abang...

*terima kasih shbt kerana berkongsi cerita ini..

"yaAllah...maafkan aku andai aku jauh dariMu..
maafkan aku andai aku
memilih cinta selainMu..
izinkan aku kembali padaMu..ya Rahman.."

adakah Allah itu kejam dengan ujian yang hadir..
bukan Dia ingin menghina kita tapi Dia ingin mencintai kita
supaya kita kembali padaNya..
belajarlah dari kisah-kisah dahulu...
para sahabat..
alam..
dan juga..
usiklah hatimu untuk selalu mengingatinya saat kamu susah mahupun senang...














Lagilagilagi >>

Sunday, April 3, 2011

H.I.D.A.Y.A.H~

doa untuk kali ini..
” Ya Allah, lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami dan halaulah keresahan dari jiwa kami.”
pernah suatu ketika dahulu,saat aku baru mengenal apa itu Islam yang sebenar..(dan saat ini juga,aku masih mencari...)

soalan berkaitan iman,islam,dan ihsan menyapa setiap arah!!membuatkan aku jadi takut...(x mampu rasanya membayangkan tika baginda rasul di sapa malaikat Jibril untuk menerima seruan wahyu dari Allah...)cukup tragis saat itu bagi diriku...
satu roh baru yang ditiup dalam setiap aliran darah...itulah namanya HIDAYAH ALLAH..milik siapa Hidayah itu andai bukan milik......................

AWAK!!!

"please lah...aku x lyk la nk dpt hidayah Allah..if one day aku dapat,masa tu lah aku nak buat baik..now,we'll wait n see..."
tersenyum....:)

senario yang kedua,waktu itu,aku duduk bersama seorang sahabat...*rindu padanya...

"saya ni jahat...saya ni hina...masih banyak kekurangan...x lyk nak berdiri setanding dengan mereka yang berilmu tinggi dalam agama..doakan saya yer..."

*shooooooot doa untukmu...

flashback sewaktu pengajianku di KISAS....tertumpahnya cahaya keimanan..

"..seronok bila kita dapat hidup dalam indahnya Islam kan??segala yang kita lakukan pasti indah andai kita salurkan semuanya untuk Allah...caranya,dengan kita hidup dalam satu jemaah..usrah...=)...matlamat kita sama..iaitu menjadikan dunia sebagai satu landasan ke akhirat.."

"di sini(Kisas),bi'ah solehah tu tidak perlu di cari adik2ku...kerana, semua di sini punya kefahaman yang jelas..tetapi,seandainya adik2 akak dh keluar nnt,akak harap adik jgn pernah lupa bahawa adik punya tempat untuk merasai suasana keislaman yang sebenar...seperti mana sabda Rasulullah SAW,mafhumnya:

' Islam itu datang dalam keadaan asing, ia akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang asing (ghuraba) ' (Hadis Riwayat Muslim)
jom jadi orang yang asing tuh...:)

SUBHANALLAH..satu peraturan yang telah di tetapkan oleh Allah...

kenapa kita selalu berfikir,'hidayah belum tiba lagi...'
itu masih dalam ketentuan Allah..Dia berhak untuk memilih hati mana yang layak untuk menerima cahayaNYA...

di situ....Dia ingin melihat usaha kita...amat beruntunglah bagi mereka yang tanpa banyak usaha,Allah telah memilih dia untuk merasai indahnya cahaya hidayah itu....alhamdulillah..all praises to Allah...

episod cinta itu akan bermula...jangan lepaskan ia..
balasan nya ialah syurga...kau layak!!

Lagilagilagi >>

pergi

jauh dari semua orang...
meninggalkan semua kenangan pahit..

tiada fitnah yang mengunjung..kini,aku bebas...syukur padaNYA..
salam kemaafan dariku untuk semua..

maaf segala kesalahan..
assalamu'alaikum...




Lagilagilagi >>

::terbang jauh::


masih belum terlewat untuk hati yang hitam kembali putih..
kita masih layak untuk itu..
maka..rebutlah peluang ini andai kau masih punya iman...
salam perpisahan....
(Azreen,2011)
Lagilagilagi >>

pandangan mata tetap menipu!

"kurniaan Allah itu pada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. MATA kita bukanlah pengadil terbaik menilai peribadi seseorang.. MATA kita bukanlah juri terbaik menilai sikap seseorang.. MATA kita bukanlah hakim terbaik menilai pengorbanan seseorang. Allah berhak memilih sesiapa sahaja menjadi makhluk kesayangannya.."(Fahmi,2011,senior SMKTK)

Lagilagilagi >>

Saturday, April 2, 2011

abaikan post ini~


kata-kata yang ku peroleh dari seorang sahabat...

"cinta kpd makhluk Allah adalah fitrah..tapi..bagaimanakah cinta kita kpd makhluk Allah itu saat ini?? adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebih dekat kpd Allah?? atau..adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehingga melupakan Allah?"(Anisah Jaafar,2011)hehe...^_^

pastinya tidak...aku tidak inginkn cinta itu...
sebagai khalifah di bumi Allah ini,kita perlu sedar apa matlamat kita yang pasti..
aku sering didodoikan dengan mereka yang hidup penuh dengan warna warni cinta..


andai perasaan itu wujud,nama Allah pasti menjerit di laungkan agar keimanan itu tegak berdiri melingkar di tangkai hati...itulah cinta Allah..takut ianya tersasar!

"Andai aku inginkn lelaki yang baik menjadi zaujku, pastinya aku juga perlu menjadi wanita yang baik untuknya. Bukankah Allah telah menjanjikan lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik?

Tidak kunafikan fitrah sebagai manusia,aku pasti memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untuk zauj ku nanti....

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang suci dariku....
"demi untuk menjaga hati...."(azreen arof,2011,12.52pm,kuala selangor)

memilih....

*untuk mengingatkan aku dan mereka yang sudi untuk membaca post ini...andai kita tidak sependapat,sila abaikan post ini~
Lagilagilagi >>

Friday, April 1, 2011

biarkan cintamu berkata tidak!

nasihat untuk puteriku....

Wanita yang suci ialah wanita yang dijaga oleh Allah..Tidak sedikitpun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya mahupun hatinya..
Kerana Allah itu ialah keramat cintanya..
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
dimanakah Allah untuk menjaga kita??
berwaspadalah dan janji Allah itu pasti..
wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu jugalah sebaliknya..
tetapi AKU???aku tdk layak untuk itu..


dan biarkan cinta mu berkata tidak!!!

aku cinta mereka...sahabat akhawat yang ku sayangi..
terima kasih atas pesanan ini...

aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan..
dari melihatmu gembira dalam kelalaian...
aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan..
dari melihat tawamu dalam pengkhianatan..
aku bangga andai dikau mati dalam medan kebenaran..
dari hidup dalam kesesatan..
kerana..
muliamu bukan pada pangkat dan harta
tetapi hanya kerana Islam...~

p/s:aku perlu untuk menjaga hati demi meraih cinta Allah yang pasti...shoot doa dari jauh!!
Lagilagilagi >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...