My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Tuesday, April 19, 2011

::sebuah harapan::

harapan padaMU wujud kembali..

"yaAllah...tiada upaya melainkan Engkau adalah sumber kekuatan..
tiada rasa bahagia andai Engkau jauh ku tinggalkan..
saat hidup penuh duka..
Kau hadir sebagai peneman...
tarbiyah yang wujud bukti cintaMu..
harapan itu wujud saat Engkau tunjukkan jalan..
bersama cahaya bernama keimanan.."
aku dalam dilema...kadang2 putus asa,lelah,dan hampa..pada siapa lagi untuk aku berharap??anda punya jawapan??

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

apa beza aku dengan mereka yang Allah sebutkan dalam ayat al-quran???

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

persoalan demi persoalan menerjah..memerlukan jawapan dengan segera..
persoalan berkaitan ukhuwah..cita-cita..hati..dan juga masa depan..
walaupun ini semua adalah ujian dunia,hikmah yang tersembunyi tersimpan rapi..
aku hanya menanti itu dengan pasti...


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat : 45)

Allah tidak pernah membebankan kita...
aku yakin itu...
hati yang lembut utk disentuh dengan cintaNya,itulah hati yang mudah dipelihara..
cuma..
jawapannya terletak pada keimanan kita..
bagaimana cara kita untuk mengimani keyakinan itu bahawa segala sesuatu adalah qada dan qadar dr Allah..

lupakan jiwa-jiwa yang mengganggu hatimu..
menangislah andai itu buatmu tenang..
biarkn semua ujian itu berlalu...
aku amat menyayangi ukhuwah ini...
mungkin dengan cinta ini,kau dan aku akan bertemu di syurga kelak..
sahabat..


aku amat mencintaimu..
andai kau lemah..
aku di sini bersamamu..
jangan asingkan aku darimu..
kerana ukhuwah atas keimanan ini...






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...