My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Sunday, April 10, 2011

kau istimewa

CERITANYA BERMULA DI SINI..

dulu...aku pernah berfikir,apa yang Allah ingin tunjuk dalam setiap ujian yang datang..
sakit..marah..terseksa...malu...hina..semua perasaan ni menjadi satu!!
apa yang ingin Dia berikan pada ku...??
bila kita semakin dewasa dalam hidup...
pengalaman itu pasti akan mengajar kita..

kata-kata yang ku petik dari sahabat..

"Allah tidak akan menunjukkan diriNya untuk mendidik kita secara langsung macam cikgu-cikgu dekat sekolah buat azreen...Allah punya cara tersendiri..iaitu melalui ujian yang mengetuk pintu hati...sedar atau tidak,kita harus kembali pada hati kita..ya!hati...itu titik permulaan sebuah pengembaraan!

ohh hati...hati+keimananan....

* * *
AKU TEMUI JAWAPANnya.

Melalui kisah ini...aku punya jawapan untuk sebuah persoalan...bersama kita mengambil iktibar..
*kisah benar dari seorang sahabat..

dulu,dia seorang yang bagiku,tidak pantas untuk seorang Muslim sepertinya..
walaupun akhlaknya bukan yang terbaik,aku yakin dia punya hati yang bersih..bukankah manusia itu sebaik-baik penciptaan??
aku berani bersumpah,dia pasti akan berubah..lihatlah nanti(monolog dalaman)
hanya Allah yang akan memilih hati mana yang layak..

walaupun dia begitu,aku amat mengaguminya...
kerana aku amat menyayanginya..aku cinta dia..
tiba suatu saat bilamana...
Allah menimpakan ujian buatnya..
menentukan sama ada hidup atau mati!
siapalah aku untuk mengubah keputusan Allah
hanya doa yang mampu ku lafazkan..


saat itu..
aku bersyukur..kerana Allah memilihku untuk aku dekat padanya..
satu peluang!!!
untuk
merebut hatinya..

* * *
"adik....doakan abang ye...doakan Iman selamat..."
lafaz dari seorang ayah yang amat menyayangi anaknya..
sejak akhir2 ini,Iman sering menangis..
berkali-kali kami menemui doktor..
badannya tetap lemah...

"insyaAllah abang,adik akan doakan..."bicaraku kecil..
kerap dia datang ke bilikku,membawa Iman bersama..
kami bersama-sama membaca kalam Allah
mendengar indahnya alunan zikrullah..
dia hanya mampu mendengar aku mengalunkan kalimah itu..
membuat dia jadi malu..

selang beberapa hari..
usai aku melakukan solat Maghrib..
pintu bilikku diketuk dari luar

terpacak susuk tubuh abang..
aku terkejut..
lantas dia duduk di hadapanku dengan membawa sesuatu di genggaman..

"adik...boleh ajar abang mengaji??

hampir menitis airmata ku saat itu..inginku peluk abang di hadapanku..
abang...
yaAllah...

"boleh..jom baca sama-sama..abang ikut adik yer.."
aku dapat dengar tangisan kesyukuran dalam hati ku..
alhamdulillah..
janji Allah itu pasti!

sejak itu abang bukan abang yang dulu..
cahaya keimanan jelas terpancar..
terkadang sayup-sayup aku mendengar abang mengaji..
syukur..
tarbiyah Allah telah mengubah abang...

*terima kasih shbt kerana berkongsi cerita ini..

"yaAllah...maafkan aku andai aku jauh dariMu..
maafkan aku andai aku
memilih cinta selainMu..
izinkan aku kembali padaMu..ya Rahman.."

adakah Allah itu kejam dengan ujian yang hadir..
bukan Dia ingin menghina kita tapi Dia ingin mencintai kita
supaya kita kembali padaNya..
belajarlah dari kisah-kisah dahulu...
para sahabat..
alam..
dan juga..
usiklah hatimu untuk selalu mengingatinya saat kamu susah mahupun senang...














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...