My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Tuesday, December 28, 2010

“Prestasi perlu di ukur,kecerahan juga perlu di ukur..dan…”


“Prestasi perlu di ukur,kecerahan juga perlu di ukur..dan…”

Arahan kepada ‘calon’: “Sila sambung ayat di atas….Tinggalkan jawapan anda selepas membaca tulisan ini..(cuba membayangkan kalau cita-cita menjadi seorang guru terlaksana..tinggal kenangan..fisioterapi jadi pegangan..insyaAllah..^_^)

“PADAMU KU MEMOHON..YA ALLAH..JARI-JARI YANG MENULIS NOTA HATI INI AKAN MENJADI SAKSI UNTUKKU DI AKHIRAT KELAK..AKU BERLINDUNG DARI WAJAH MUNAFIQ YANG BERTOPENGKAN KETAATAN..~”

Tertarik pula dengan iklan Garnier,Fahrin Ahmad..tup2,ada idea nk post psl perkara ni..tapi ini hanyalah lahir dari insan yang masih lagi merangkak mencari ilmu yang sebenar..x layak utk berbicara soal ilmu tasawuf,feqah,sirah dan macam2 lagi..tapi itu bukan halangan untuk kita..(sengaja guna font yang besar,supaya lebih jelas mungkin)

BIMBING AKU SAHABAT..aku masih lemah..

Berjuang dalam pentas dunia ni,memerlukan skrip-skrip yang bagus dan juga berkesan.Penghujung pada sebuah kisah kehidupan..

Dan pastinya skrip itu ialah petunjuk dan panduan dari Allah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah..dan pengarah terbaik jatuh kepada ‘Keimanan’..mengarah kita untuk menundukkan hawa nafsu sendiri.ah,nafsu..bicaramu sungguh mengasyikkan seperti layunya jiwa pemuda diserang virus cinta a.k.a virus merah jambu..

Dimanakah iman itu wujud apabila jiwa berasa gentar dengan peringatan jelas dariNYA??

“Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang di usahakan untuk hari esok(hari Kiamat)”(Al-Hasyr:18)

Pastinya hati tempat cinta bertamu.tempat dimana iman itu mampu untuk kita tawan.Cinta pertama bagi insan..jiwa seorang mukmin pasti gementar..masih ingat lagu Cinta Pertama oleh kumpulan Timur Jauh@Jauh Timur ataupun lebih dikenali dan popular FarEast..=)

“Hadirlah cinta,cinta pertama..

Hadirlah cinta,cinta utama..

Sayangi diri ini cinta,cinta pertama..

Hati ini.cinta..cinta utama..”

8 kali di sebut cinta pada bait-bait lirik di atas..(one of my fevret songs,promoter bertauliah..majulah nasyid untuk ummah!!)Hmm..apa kata kita ubah ‘cinta’ kepada ‘iman’~

Subhanallah…boleh la tuh..Iman yang utama..=)

Tanpa iman,pastinya kita tidak menghiraukan peringatan jelas,terang lagi bersuluh seperti firman Allah SWT di atas..

Analogi sebelum ini ada menyentuh berkaitan ‘JAM TANGAN’..fikirku,arus perubahan hidup akan berpusing,berpusing dan terus berpusing mengikut panduan syariat yang menbataskan..susah nk cari jam yang ikut pusingan berlawanan..

Wujud persoalan dari fikiran..

“saudari,dari tadi U asyik sebut pasal iman..iman..iman..Iman??hmm..I kurang jelas la about iman..can U explain further about iman?”

*rujuk banyak buku tapi masih kurang memahami…ayat para ulama sangat2 gramatis.al-maklum,sy bukan pelajar jurusan agama apatah lagi graduan sekolah agama..maaf andai tersalah bicara.Jujur..sampai satu tahap,saya jumpa analogi ringkas tapi mudah untuk difahami dalam bicaramuslim.com.copy n paste ayat beliau..

"iman tu maksudnya percaya, yakin dan merealisasikannya dalam amalan. Iman ni sebenarnye foundation paling bawah untuk jadik seorang muslim. Orang yang muslim tak semestinya beriman,, tetapi orang yang beriman kepada rukun2 iman adalah muslim.

Analoginya begini, iman itu macam biji benih.

Muslim itu pokoknya, syariat adalah dahan2 nya.

Kalau tiada iman, nescaya tak akan tumbuh pokok itu.

tetapi harus diingati, ada kalanya, biji benih itu terdapar sedikit kecacatan padanya menyebabkan pokoknya pon tak berapa elok, apatah lagi dahan2 nya,,

ini ibarat org yang imannya tak sempurna,,

apa maksud iman yang sempurna?

iman yg sempurna adalah yakin kepada rukun2 iman dengan sebenar benar yakin,, tak ada ragu langsung,, dan kehidupan sehariannya hendaklah berasaskan keyakinan kepada perkara2 ini.. ambil rukun iman yang pertama,, kalau seorang itu mengaku beriman,, tapi dalam masa yang sama ia membuat maksiat di belakang org,, maknanya die menyangka tiada org melihatnya,, sedangkan Allah Maha melihat akan segala sesuatu "Dan tiada sehelai daun pun yg jatuh tanpa Aku ketahui",


Jadi di sini je,, die dah tak beriman kepada Allah,, maknanya dia tak percaya yg Allah nampak die,, sebab kalau die percaya , tak akan dibuatnya maksiat di hadapan penciptanya,, lagi satu apabila dia berani berbuat maksiat,, die juga tidak beriman kepada malaikat yg mencatit amalannya,, dan juga dia tidak beriman kepada hari akhirat,, kerana die dah mengetahui yang api neraka itu amat dahsyat nakarannya,, tetapi die masih berani berbuat maksit,, ini menunjukkan yang die tak kesah (tak yakin) dgn peringatan itu,, which means yg dia tak beriman kepada hari akhirat di mana semua makhluk akan di hitung dan diberi balasan sewajarnya. Ana boleh explain lagi kalau ada yg still tak jelas.. wallahualam"

mudah kan??

itulah salah satu fungsi jarum jam yang pertama..iaitu jarum keimanan..

jadi,dah boleh jawab soalan saya dekat awal2 tadi?apa yang perlu di ukur eh?prestasi?kecerahan??

1 comment:

areen_arof said...

ilham dari Garnier..mcm kelakar pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...