My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Tuesday, December 21, 2010

::NOTA CINTA SEORANG HAMBA::Catatan hati 1::

sambungan...

Hangat terasa bahu ku di sentuh.Ada suara mengiringi hangatnya sentuhan itu lantas melenyapkan lamunan ku tadi.Terhenti.Memori lama yang sengaja aku terbitkan saat kelam hati menyelubungi diri. Sentuhannya penuh rasa kasih.Titisan air mata masih lagi bersisa.Aku memalingkan wajah ke arah suara itu sambil bersembunyi mengesat airmataku.

“Eh,Abang Aysraf..”bicaraku lembut.

Lelaki berkopiah putih dan berjubah hitam itu duduk mengambil tempat di sebelahku.Tampan.Ketenangan jiwa jelas terpancar dari wajahnya.Tidak mustahil lah dia menjadi Pengerusi Rakan Musolla di sini.

“Adik ni ok ke?Abang perhatikan adik dari tadi.Termenung dekat luar tingkap je.Cuba adik tengok sekeliling,jemaah lain dah xde.Tinggal adik seorang je duduk dalam surau ni.Homesick eh??”gurau Abang Asyraf.

Ada kebenaran dari kata-katanya.Betul!aku amat rindukan rumah.Namun,aku menolak kenyataan nya lembut.Tanda egoku masih bersisa.

“Isy,xdela abang..Fiq cuma nak cari ketenangan je dengan suasana malam ni.Hehe.”lagak bicaraku.

“Hmm…seronok betul la tazkirah abang tadi berkaitan dengan redha Allah.Banyak ilmu baru yang Fiq dapat dari abang.Isi yang abang bawakan bertepatan dengan ayat Al-Quran dan Hadith Nabi yang abang selitkan.Fiq x sangka,hubungan kita dengan manusia,amat berkait rapat dengan keredhaan dan keberkatan dari Allah,lagi2 ibu dan ayah kita.Dan dari apa yang abang katakan tadi,betul-betul berbekas di hati Fiq.Mabruk ‘alaika akhi.”pujiku kepadanya.

“Segala puji-pujian hanya untuk Allah…Biasa-biasa je dik..”Abang Asyraf merendah diri.Perasaan kagum muncul di hatiku.Padanlah dia seorang pelajar aliran agama di sekolahku,Sekolah Menengah Islam Khulafa’ Arrasyidin.Pelajar Enam Atas Hidayah,bakal menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia beberapa bulan lagi.Sepanjang aku di sini,banyak ilmu berkaitan dengan Islam ku peroleh darinya.Aku beruntung,kerana punya senior sebaik Abang Asyraf yang juga merupakan naqib dalam usrohku.

“Adik nak duduk sini sampai pagi ke?Tunggu qiam?”tanya Abang Asyraf.

“Eh,xdela bang,Fiq nak balik dah ni..Jom balik sama-sama.Boleh la abang sambung tazkirah tadi”jawabku girang.Aku bingkas bangun,dan menghulurkan tanganku pada Abang Asyraf.Dengan lembut,dia membalas huluran tanganku.Kami jalan pulang bersama menuju Blok Hamzah dan meninggalkan Surau Khulafa’ Arrasyidin.Jam di tangan menunjukkan pukul 10.15 malam.Hatiku senang tika Abang Asyraf menyambut mesra pintaku tadi untuk menyambung tazkirahnya.Ilmu itu hadir.Mengisi kekosongan dalam bekas jiwaku.

Pengisiannya tadi berkaitan redha Allah membuat hatiku resah.Apakah rasa ini sebenarnya??Sepatutnya aku perlu menerima nya dengan penuh rasa syukur di hati.Namun,disebabkan itu jugalah,memori lama menjelma kembali.Inginku usir jauh,membuangnya bersama ligatnya ombak menghempas pantai.Namun ia tetap,hadir..Kenapa??Kenapa!Persoalan yang x mampu aku jawab dengan wajah keikhlasan sebagai seorang hamba..Tapi,sejujurnya bermula dari titik ini lah,kisahku bermula di sini…..

Lagilagilagi >>

::NOTA CINTA SEORANG HAMBA::Catatan hati 1::



Aku penat dengan dunia yang penuh daya..

Selama ini,aku punya tempat dalam binasanya rasa

Kekosongan hati yang memenuhi lurusnya hati

Kini,pasti..kerana..

Kisahku bermula di sini..~part 1

Sayunya malam ini,seakan berbisik rindu pada tiadanya sang bulan.Gelap.Kelam.Cahaya bulan sirna dengan pekatnya malam.Suasana malam,aku amati dengan teliti.Saat itu,hatiku sayu..mengenang akan nasib diri.Ah!Siapakah aku sebenarnya??Aku sendirian.Bertemankan sunyinya gelap hati yang rindukan keluarga di sana.Mama…Ayah..Abang,Kak Ngah dan Dik.Semua rasa jadi satu.Egoku terlalu tinggi untuk melafazkan bicara rindu pada kalian.Mendongak ke langit Ilahi..Terasa ada titisan hangat yang mengalir..Aku membiarkannya membasahi pipi.Lembut.

“Fiq,fuh..tahniah!!power la ko ni..”jerit Iqbal ke telingaku.

Aku terkedu.Tahniah??Tapi,untuk apa??

“Eh Bal,asal ko ni?Tahniah untuk apa?Ah,x faham la aku..malas nak layan.”mendatarsuaraku.Aku dan Iqbal baru sahaja keluar dari kedai makan.Melepaskan bosan cuti di rumah.Banyak cerita yang kami bualkan,termasuk cerita aku dan dia.Anis.

Riak wajah Iqbal kelat.Mungkin geram dgn respons aku padanya.Namun dia bertegas meyakinkan aku.

“Tahniah sebab buat muka tenang bak setenang air di kali.Encik Muhammad Irham Syafiq,kau dah lupa ke?Boleh pulak kau ni,Hari ni kan keputusan PMR keluar.Aih,pelik aku.Macamna kau boleh lupa tarikh penting ni.Tu lah,asyik layan Anis kau tu je.Yela,orang bercinta kan..semuanya indah..”Iqbal mengejekku.

YaAllah!Macam mana aku boleh x ingat dengan hari ini?Hari ni lah hari yang aku x nak hadapi seumur hidupku.Apa2 jua hari yang merupakan hari ‘Keputusan Peperiksaan Diumumkan’Nak x nak hari itu tiba,iaitu hari ini!

“Pergh,mati aku..tahniah kau itu buat aku sakit hati tahu x”

“Eh,asal pulak.Betul la kan?Muka kau tu tenang habis.Yang aku ni dari tadi dah seram sejuk je”pintas Iqbal.

“Hmm..”jawabku malas.Semuanya telah ditentukan.Apa aku boleh buat,keputusan itu memang dah ada.Sama ada baik atau buruk.

Tiba-tiba telefon bimbitku bordering.Lagu Starlight nyanyian Muse.Tertera di skrin,nama Anis.Berbunga hatiku untuk menjawab panggilannya.Tanpa sedar,ada senyuman manis terbit dari wajahku.Sekilas aku melihat Iqbal sebelum menjawab panggilan dari Anis,wajahnya mencebik hodoh.Mungkin hatinya berkata, ‘Huh,menyampah aku!’

Cemburu lah tu.

“Assalamu’alaikum..”nada sopan Anis memulakan bicara. Aduh,dunia ini aku yang punya!Gadis yang berjaya mencuri hatiku,Anis Syuhada nama diberi.Junior.Budak sekolah agama.Inilah realiti.Produk sekolah Islam x semestinya menghasilkan produk mengikut acuannya.Kefahaman yang wujud di hati perlu untuk diterjemahkan dalam amal.Ah,aku peduli apa.X penting saat itu bagiku.Rasa itu akan hilang bila cinta menjadi taruhan.

“Hmm..wa’alaikumussalam…”jawabku lembut. “Ada apa awak?Rindu dekat Fiq eh?usikku mengada.Kami jarang berjumpa kerana dia bersekolah asrama dan aku hanya sekolah harian biasa.Bila cuti panjang tiba,barulah kami dapat berjumpa empat mata.Saat itu,cinta itu dirasakan indah sekali.Namun kami tidak seperti pasangan lain,Islamik mungkin.Masakan tidak,hampir setiap hari,ada sahaja tazkirah ringkas dari Anis memaniskan hubungan kami.Berputik indah di tangkai hati.

“Fiq ni..”Anis diam di hujung talian.Malu dengan usikan ku.

“Anis cuma nak tanya,awak dah tengok keputusan PMR awak?

Alahai,seorang lagi menjadi remainder untuk aku.

“Belum lagi la sayang.Fiq belum tengok lagi.”

“Tapi Anis dah tahu tau..”Jawapan Anis buat aku terpana.Langkah kakiku terhenti.Iqbal yang dari tadi menjadi pendengar setia perbualanku turut memberhentikan langkahnya.Lantas dia menolak kemas lenganku dengan sikunya.Aku hanya mengerutkan kening tanda protes dengan kelakuan Iqbal,sakit.Anis masih di hujung talian.

“Anis dah tahu keputusan Fiq?Alamak..malunya pada Anis.Keputusan Fiq teruklah.Jawab main2 hari tu.Lagi2 kertas Arab.Hmm..macam mana Anis tahu ni?”jawabku menagih ingin tahu.

“Ohh..Anis yang suruh Ummi Anis tengokkan untuk Fiq.Ummi Anis kan guru dekat sekolah Fiq.Bagus tau..Bagus sgt2..Anis ucapkan tahniah untuk Fiq..Mabruk 'alaika akhi.Fiq x nak tahu Fiq dapat berapa ke?”

“Hmmm…x..x..x.nnaa..”Belum sempat aku menghabiskan bicaraku,Anis sempat memotong.

“Straight A’s!!That’s means,u got 9 A’s Fiq..!Congratez..

Saat itu aku rasa langit seakan ingin menghempapku.Perasaan terkejut menyelubungi.

Dan tiba-tiba..

“Adik…

*akan bersambung…insyaAllah..

Lagilagilagi >>

Monday, December 20, 2010

Nota cinta seorang hamba??

Ok ke..??hmm..wallahu’alam..^_^

Senyum jer..hehe..

Saat ni,idea penuh di minda,jari menulis,(salah la..menaip..huhu)membuatku berkobar-kobar bak merahnya unggun api menyala tika malam melabuhkan tirainya.

Otak ligat sedang memikirkan seorang watak yang aku fikir aku ingin mewujudkan kisah hidup dan perjalanan sepanjang bergelar seorang hamba.Bukan novel,hanyalah sebuah catatan a.k.a nota hati watak utama.Dan syukur,Alhamdulillah..aku menjumpainya..Kau!!Muhammad Irham Syafiq(ada ke nama ni di alam yang nyata..kalau ada mugkin kebetulan..*berharap)

Dialah watak utama dalam penulisan ku ini.Nota cinta seorang hamba..

Tema??kurang berkisar tentang cinta dan melebihkan erti sebuah perjuangan,nikmat,persahabatan dan yang paling penting keikhlasan dan keimanan..insyaAllah..

Kisah hidup beliau berkisar tentang sebuah kehidupan..perjalanan jauh..terbang tinggi.Bebas.Namun awas,burung-burung liar mampu menjadi ganas.Bawalah bekalan mu secukupnya.Menyusuri awan-awan kehidupan itu,akan wujudlah watak-watak manusia yang aku fikir penuh dengan 1001 rahsia.Ah!bertopengkan nama semata.Namun hatimu,jauh kau tinggalkan.Irham,hanyalah maya..moga diberikan rasa nikmat dalam penulisan ini..wallahu’alam


Lagilagilagi >>

Sunday, December 19, 2010

menulis??minat atau bakat??

di sini,aku sgt2 selesa dengan menggunakan kata ganti nama 'aku',lagi mesra saat menulis...

Hmmm...menulis??x pernah terfikir dlm fikiranku selama ini..tapi,sejak kebelakangan ini,subhanallah..banyak idea-idea yang muncul di dalam fikiranku sehinggakan andai dihitungkan,aku mampu menulis dalam 2-3 buah buku..ajaib bukan??itulah namanya kuasa Allah..wallahu'alam...aku bukanlah seorang yang bijak atau mahir dalam mengolah bicara kata sehingga orang lain mampu tertarik dengan tulisanku..(hehe,tulisan main2 jer...sbb aku yakin,orang x ziarah blog ni..huhu)

bagiku..minat utk menukis itu ada cuma aku tiada bakat..perlu di asah mungkin..
di dlam minda tika ini,aku sudah punya idea utk menulis satu cerita..mudah-mudahan ia berhasil..insyaAllah..

p/s:tulisan utk mengisi hati..
Lagilagilagi >>

Saturday, December 18, 2010

setiap kali itu,aku..


aku ingin memulakan bicara hati ini dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..(lama x menulis...T_T)

menyusuri hari2 yg indah dalam hidupku,alhamdulillah..aku masih lagi merasa indahnya CINTA..

hampir setiap minggu cuti sem ni dhabiskan dgn bercuti bsama keluarga..seronoknya..hehe


tapi..

hidupku pastinya ada saat2 dukanya..masakan tidak,aku nyaris kehilangan 'SAYAP KANAN' ku...
siapa dia 'SAYAP KANAN'ku???
kalian ingin tahu??
'dia' adalah anugerah Allah yg sgt bernilai..
aku sgt2 mencintainya kerana aku yakin 'dia' memang tercipta utkku..(saat ini,terdetik di hati:"aku ingin kita kekal bhagia bsama.."amin..)
dulu..aku tidak mengenalinya..krn bagiku,'dia' hy 'dia' yg biasa..
tak kenal maka x cinta betul x??
melalui 'perantaraan' doa yg ku pohon dari Allah..semakin aku yakin 'dia' ttp milikku jua..syukur..alhamdulillah..
dan 'SAYAP KANAN'ku itu ialah...
IMAN..
serius!!seandainya cuti ini aku tidak gunakan sebaiknya,mengemudi dgn cekap dn penuh berhikmah,tidak mustahil andai aku pulang ke 'sangkar' lama..sayap kananku patah!!lemah!!dan pastinya payah utk aku bertahan..dan bagaimana aku hendak pulang ke sangkar penuh taqwa??
bukankah taqwa itu bekalan ku nnti??
citaku satu
aku..
ingin menjadi burung yg terbang bebas..
hy bergantung pada pasrahnya ketentuan 'Tuan'ku..
terbang..terbang..dan terus terbang..
sampai satu saat..
bebasnya burung itu,pastinya tiada daya..
selama ini penuh dgn girangya bsama...
namun..
ketentuan 'Tuan'nya pasti inginkan dia terbang pulang..
itulah hidup..
manusia mmg hebat ibarat bebasnya burung terbang di udara..(yela..xde traffic jam..berlanggar dgn kayu,rumput2,batu2..hehe..^_^)
mati itu pasti..dan berharap mati dalam husnul khatimah..amin...
salam syg..
*currently at putrajaya...kenduri abg..=)

Lagilagilagi >>

Tuesday, December 7, 2010

adakah aku ikhlas???


Pentingnya ikhlas dalam beramal kepada Allah…pesanan ataupun boleh dikatakan amaran daripada Rasulullah s.a.w bagi mereka yang taat kepada Allah S.W.T.jagalah hatimu dengan riya..dan sesungguhnya kita berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam..

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Sungguh.orang yang pertama kali merasakan neraka pada hari kiamat…”Yakni,ada 3 golongan yang pertama kali dilemparkan ke neraka,siapakah mereka itu?

Pertama,kata Rasulullah, “Lelaki yang mencari syahid,maka Allah SWT memberikan padanya,dan dihadapkan kepada Allah.Lalu Allah bertanya kepadanya,

“Apa yang engkau lakukan dengan nikmat itu?”

Ia menjawab: “Aku berperang kerana Engkau sehingga aku terbunuh.”

Lalu Allah berkata: “Engkau bohong!kau berperang agar kau disebut sebagai orang yang berani,bukankah sudah disebut?”

Lalu wajahnya ditarik, dan dilemparkan ke Jahannam.Inilah kaum yang pertama kali dilemparkan ke Jahannam.

Kedua, “Lelaki yang menuntut ilmu,mengajarkannya,dan juga membaca Al-Quran,maka Allah SWT memberikan padanya, dan dia dihadapkan kepada Allah.”Kepadanya Allah bertanya,

“Apa yang kau lakukan dengan nikmat itu?”

Lalu ia menjawab: “Ya Tuhanku,aku belajar ilmu kerana Engkau,dan mengajari manusia membaca Al-Quran juga kerana Engkau.”

Allah menyanggah, “Kau bohong!Kau belajar agar disebut alim,bukankah sudaj dikatakan?Dan kau mengajarkan Al-Quran agar disebut qari,bukankah juga sudah dikatakan.”kemudian Allah memerintah,hingga wajahnya ditarik,dan dilemparkan ke Jahannam.

Dan yang ketiga, “Lelaki yang Allah lapangkan,dan Dia memberinya harta kekayaan.Lalu Allah memanggilnya, “Apa yang kau lakukan pada nikmat itu?”

Ia menjawab: “Ya Tuhanku,aku tidak tinggalkan satu jalan pun yang Engkau suka di sana dilakukan infak,kecuali aku berinfak di sana.”

Allah berkata: “Kamu bohong!kamu berinfak agar disebut dermawan,bukankah sudah dikatakan?”

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Mereka bertigalah yang pertama kali akan merasakan neraka Jahannam pada hari kiamat.”

(HR Muslim,At-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Sahabat..dalam mengerjakan amal pada Allah,Ikhlas adalah paksinya…dengan nasihat yang Rasulullah SAW berikan, bukannya untuk kita tidak menuntut ilmu,mencari syahid dengan berjihad di jalan Allah mahupun menderma!Tetapi hanyalah peringatan agar kita tidak riya..

Apa panduan kita supaya kita yakin yang kita ikhlas dalam beramal pada Allah??Para ulama telah mendefinisikan ikhlas itu dalam tiga pengertian:

Pertama:Ikhlas ialah menkhususkan tujuan semua perbuatan ataupun amalan kepada Allah semata-mata,bukan kerana tujuan yang lain.

Kedua:Ikhlas adalah melupakan pandangan manusia,sehingga kita hanya melihat Sang Pencipta sahaja.Orang yang menangis kerana takut kepada Allah,memberikan infak,atau mengerjakan solat di tengah ribuan manusia tetap akan ikhlas.Ia hanya melihat pandangan Allah semata.

Ketiga:Ikhlas ialah dengan tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang,tetapi hanya mengharapkan pandangan Allah semata.Sebagai contoh,kita tidak menginginkan agar orang menyaksikan tudung kita yang labuh sehingga orang memuji kita wara’.Na’uzubillah…

Cukuplah dengan firman Allah:

“Dan cukuplah Allah sebagai saksi…”(Al-Fath:28)

…dan kerana iman itu adalah paksi kita…<3

Wallahu’alam…salam perkongsian..

Lagilagilagi >>

Wednesday, December 1, 2010

ujian..ladang tarbiyah

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah dan bacalah Al Quran.Ini kerana, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya.

Mari kita bersama merenung beberapa potongan dengan ayat-ayat quran yang saya dapat kongsikan...

Kenapa kita diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kenapa kita tak dapat apa yang kita idam-idamkan?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Kenapa ujian kita seberat ini?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Kita Rasa kecewa?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
(Surah Al-Imran ayat 139)

Bagaimana kita harus menghadapinya?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan)

(Surah Al-Imran ayat 200)


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Apa yang kita dapat daripada semua ini?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....
(Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada siapa kita berharap?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal. dicuri dari
(Surah At-Taubah ayat 129)

kita dah tak tahan lagi !

dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
(Surah Yusuf ayat 12)

Subhanallah..tengok betapa kasihNya Dia kepada kita..

Manusia bila ditanya tentang harta kekayaan yang miliki semua datang dari usaha titik peluh sendiri.Hakikatnya semuanya datang dari rahmat dan keredhaan Allah..

Bersyukurlah dengan segala apa yang diberikanNya kepada kita..Wa`allah taala`alam..
Lagilagilagi >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...