My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Thursday, June 2, 2011

aku terima...akhirnya...

SUBHANALLAH…ALHAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR..

CINTA..dan
Manusia..boleh dipisahkan ke??


Bermula dari satu rasa,berbuah satu cinta..
Bak kata pepatah,dari mata turun ke hati…
Andai cinta dapat diterjemahkan dalam satu layar mega,tak terungkap alunan cerita sang kekasih..
Di sini..aku punya kisah cinta tentang diriku..
Semoga Allah redha atas perkongsian ini..
Kerana…


Aku telah DIRISIK…

 Gambar hiasan

Melalui perantaraan…cukup indah sekali…kan2?
Bukan cerita baru mungkin untuk dikongsikan…^^,
Bagiku,ku amat meyakini akan peribadinya..risikan yang dibawa,ku amat mengenalinya..
Sungguh!!aku tidak percaya bahawa saat ini tiba untukku..
Lafaz tahmid,hanya mampu ku ungkapkan..
Aku mengumpul sejuta kekuatan untuk menerimanya..
Istikharah..fullstop!
Satu perubahan yang akan berlaku!!

“Areen,bila kita dah masuk dalam suasana baru nanti,tanggungjawab kita akan bertambah..komitmen dalam study….family…mak dan ayah…perlukan sejuta pengorbanan dari enti.ana yakin,enti boleh..dan selebihnya hanya pertolongan dari Allah.. Allah pasti akan tunjukkan jalan dari istikharah enti…”lafaz keramat dari seorang sahabat.Punca segala kekuatan.

Tersenyum pabila aku ingat kembali….=)
Seolah baru semalam aku melihat sahabat2 ku yang bersedia untuk menempuhi waktu untuk melengkapkan iman mereka…cukup indah…
Kerana SATU CINTA yang mereka temui itu jalan menuju cinta yang sejati…insyaAllah

Darinya…
Aku yakin akan perjalananku kelak..
Membimbing aku untuk terus menjadi mujahidah yang disegani..
Padanya..
Ku berharap sejuta kesetiaan..
Untuk bersama mengejar cinta yang sejati..

Adakah ini yang anda inginkan?
Alhamdulillah,aku merasainya tika ini..
Dan aku yakin,anda akan menggapainya juga!!

Alunan sajak termetrai…

Ya Allah..malunya aku denganMu..
Dangkalnya ilmu..
Ceteknya iman..
Sikitnya amal..
Di usia muda ini..
Aku menerima risikan..
Tidak menyangka sama sekali…
Usaha untuk mensolehahkan diri..
Mendapat perhatian sebegitu rupa..
Aku masih tidak layak untuk itu!!
………….
Malu
Berfikir.jawapan apa yang perlu diberikan??
Andai yang hadir adalah yang terbaik dariMU…
Aku redha.tetapi..tunjukkan aku jalan atas nekadku ini…
Lamaran emas hanya sekali Cuma..
Walau berat untuk melafazkan,”ya,aku terima risikan itu…”
Namun,hati tetap mendesak..
Istikharahku menemui jawapan…
Semoga keberkatan mendahului..dalam malu..
Aku gagahi.
“ya..ana terima RISIKAN PERJUANGAN ini….”


Nur(cahaya)..nama baru ana

Salam perjuangan sahabatku..
Bukan lamaran kekasih untuk diriku..
Tetapi lamaran perjuangan dari Rabbku..
melalui perantaraan dari sahabat2 yang tidak pernah jemu untuk membimbing..
"peribadi kalian buat ana thiqah dekat antunna semua.."
Semoga kita bersama menerima lamaran cinta ini!!


Perjuangan adalah medan pertempuran..
Satu jalan untuk kita mentarbiyah dan ditarbiyah..
Bukan mudah..
Tetapi tidak susah..
Bekalan hanya satu..
Keimanan dan rahmat dari Allah..
Perjuangan dalam menuntut ilmu,persahabatn dan juga CINTA yang sejati…

p/s:ini adalah kisah ana…bagaimana dengan anda?ana yakin,kita punya kisah yang sama namun,hanya watak yang berbeza…sebuah sajak yang ana ambil dari seseorang..idea untuk penulisan ini...
semoga Allah redha..


“jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram(kerana Allah) maka,Allah akan memberikan sesuatu yang diingini itu mengikut jalan yang halal.”-Hadith
And all praises to Allah….~

2 comments:

.:Diyana:. said...

ehem2. perantaraan? nak tau sapee.:D

~Ismiey Nur~ said...

enti rasa sapa??
nama dia start dengan huruf I...
akhir dengan A..
huhuhu..
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...