My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Saturday, May 21, 2011

Nota cinta seorang hamba..Catatan hati 3

sambungan...

*  *  *


Syafiq lari mengejar objek yang telah mencuri perhatiannya.Wafiy juga lari di belakang Syafiq.Tiba-tiba Syafiq berhenti sambil menoleh ke kiri dan ke kanan.
“Argh…!kita lambat.Huh!!”marah Syafiq yang berhenti di hadapan Makmal Sains 1.Dia menumbuk tangannya.Wafiy yang sejak tadi hanya membuntuti Syafiq juga berhenti sambil tercungap-cungap kepenatan.

“Aduh,penatnya kejar enta…eh,kenapa ni sebenarnya??Tiba-tiba je enta lari..”soal Wafiy keliru dengan tindakan Syafiq.
“Tadi masa Abang Asyraf keluar tadi,aku macam nampak ada orang yang dok intai kita dalam kelas.Curiga kot..aku ingat pakcik cleaner yang tengah cuci tingkap.Lama-lama aku perhatikan,nampak macam student biasa.Sebab tu aku buat dek je apa yang kau cakap tadi.Sengal betul la,kita terlepas tadi.Kalau x…habis diorang aku kerjakan dengan silat aku.”getus Syafiq.Dia selaku ahli aktif dalam persatuan silat cekak,baru sahaja menghabiskan kelas tamat dua bulan yang lepas dan layak untuk menjadi pembantu jurulatih.Syafiq cukup mahir dalam gerak persilatannya dan tidak mustahil dia telah dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Seni Silat Cekak di sekolah Islam ini walaupun dia pelajar baru yang masuk second intake.Kemahirannya dilihat cukup hebat oleh penasihat persatuan itu,iaitu Ustaz Muhaimin.

“Aneh…kenapa diorang nak intai kita?”soal Syafiq hairan.Wafiy masih tercungap-cungap.
“Enta dapat cam berapa orang?Ramai ke Fiq??”balas Wafiy.
“Aku rasa macam sorang dua,tapi x pasti la pulak.”bicara Syafiq sambil membetulkan songkok hitamnya yang senget.
“Hmm..xpelah jom kita balik asrama,makan.Eh,lupa pulak,hari ni kan hari Khamis,ana puasa..enta puasa?”Wafiy cuba menanyakan soalan yang dia sendiri tidak pasti.Dia hanya inginkan kepastian kerana waktu rehat yang pertama tadi,dia tidak nampak Syafiq keluar makan ataupun minum air.

“Puasa,insyaAllah..”jelas Syafiq yang endah tidak endah kerana dia masih curiga dengan kejadian tadi.

“Kalau macam tu…kita iftar(buka puasa) sama2 ye…huhu..sukanya!dapat buka puasa dengan enta..dah2 jom kita balik..kita solat Zohor berjama’ah.Nanti kalau nak pergi kelas prep, ana tunggu enta bawah blok Hamzah tau.”girang Wafiy dalam bicaranya.

“Sukanya bila dia ceria….”gurau Syafiq ala-ala meniru iklan televisyen membuatkan Wafiy ketawa.Mereka kelihatan mesra sekali.

“Wah…sedapnya suara enta Fiq..macam suara penyanyi kumpulan Edcoustic lah..serius,serius,serius..”puji Wafiy.

“Hehe..biasalah..aku ni dulu penyanyi solo kumpulan The Fikr tau.Underground punya..ayah aku siap belikan instrument muzik untuk aku untuk jamming dekat rumah dengan geng-geng aku.Sekolah aku dulu anjurkan studentnya ceburi bidang seni suara ni..sekolah biasa,kau faham2 la kan…dekat bandar pulak tu.Aku dengan band aku komersialkan nyanyian kitorang dekat public.Kalau kau search dekat Youtube,mesti ada nampak muka aku ni..”Syafiq menunjukkan jari telunjuknya ke arah mukanya.

“Fuh..x sangka la ana..ana kawan dengan artist tu…hohoho..enta ni perfect la..pakej!!dah la muka kacak,kaya pulak tu…siap ada band sendiri tuh.Kalau macam ana,setakat kumpulan nasyid sekolah je…”Wafiy merendah diri.

“Ala…relax la bro..aku dengan kau memang lain.Kau penyanyi nasyid,aku??lagu-lagu jiwang tahu la aku layan..tapi kita masih dalam bidang yang sama iaitu seni nyanyian..tapi sejak aku kenal dengan kau ni,aku jadi minat nak nyanyi lagu2 nasyid pulak..mana tak nye,hadiah hari jadi aku bulan lepas tu x pasal2 aku dapat cd nasyid.first time tu bro…huhu.kau inspirasi aku la Fiy..mantap..sebelum ni aku mana kenal kumpulan Edcoustic,Devotees,Saujana dan yang latest ni Maher Zain.Aku paling suka lagu dia yang tajuknya Hold My Hand..best gak layan lagu2 nasyid ni rupanya..

Hold my hand..
There are many ways to do it right
Hold my hand..
Turn around and see what we`ve left behind
Hold my hand my friend..
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you…
Syafiq meletakkan tangannya di bahu Wafiy.Mesra.Mereka menyanyikan lagu itu bersama.

“Hehe..sedap betul la suara enta..”puji Wafiy lagi.
“Ana nak tanya boleh?”kini giliran Wafiy mengajukan soalan.
“Kenapa enta rasa,penyanyi2 nasyid ni x se ‘famous’ penyanyi lain?”
“Hmmm..mungkin sebab kurang promosi kot…yela kan..macam kau pernah cakap hari tu,diorang ni nyanyi nasyid sebab nak berdakwah.Bila tengok budak zaman sekarang,diorang mana la tahu dakwah tu apa..bagi mereka,muzik itu satu hiburan.x lebih dari itu…”ulas Syafiq.Dia menyambung lagi, “lagi satu…mungkin jugak sebab masyarakat luar kurang minat jugak.”

Wafiy mengangguk tanda setuju.Dia hanya membiarkan Syafiq terus berbicara.

“Kau rasa?”soal Syafiq.

 “Hmmm..macam apa yang enta cakap tadi,enta ada akaun dalam Youtube kan?Mesti ramai yang ikut lagu-lagu enta sebagai follower..kiranya enta mesti ramai peminat..bila enta sebut pasal dakwah tadi,ana teringat pula pada tazkirah Ustaz Fadhil hari tu,x semestinya beban dakwah ni untuk mereka yang bergelar ustaz atau ustazah sahaja,malah penyanyi kumpulan rock pun boleh nk sampaikan dakwah sebab itu kewajipan sesame Muslim.Fahaman itulah yang kita perlu terapkan dalam jiwa masyarakat.Berkaitan soalan ana tadi,ana sgt2 setuju dengan jawapan enta.Disebabkan kurang minat dan terdedah kepada konsep asal nyanyian yang disampaikan itu,lagu2 nasyid disambut hambar oleh orang luar.Amat berbeza dengan lagu2 tangkap leleh yang hanya berunsurkan cinta…balik2 bila buka radio,asyik lagu cinta yang dimainkan..Cinta kepada Tuhan x pela,tapi lagu yang mengagung2kan cinta sesame manusia…ana cukup risau la…”Syafiq jadi tergamam dengan ulasan Wafiy.Bagai ditusuk pedang di dada,Syafiq akui,dialah seperti yang dimaksudkan Wafiy.Terasa di hati..


Berdakwah?Apa itu berdakwah?Amat asing dalam diri Syafiq.Wafiy terus tersenyum..Dalam minda Syafiq,soal dakwah mendakwah ini,baginya itu kerja para ustaz dan ustazah bukan tugas dia sebagai seorang pelajar.Tugasnya hanya belajar,dan belajar.. Persoalan mengenai dakwah bukan perkara baru yang Syafiq terima dalam input mindanya,soal itu juga pernah dibangkitkan oleh ayah saat dia hendak membelikan instrument muziknya sebagai hadiah kepada Syafiq kerana mendapat 9A dalam PMR.Sebagai ayah,dia cukup tahu yang Syafiq amat meminati muzik.

‘Fiq..dalam Islam,kamu boleh berdakwah dengan menggunakan alatan muzik tau.’suara ayah menjelma dalam minda Syafiq.Kenangan lama terungkap kembali.Namun,ada kebenarannya.Jiwa yang dilayan lagu2 rindu pada sang kekasih..tiada makna.Macam dia dan Anis dahulu.

Anis??Apa khabar agaknya dia di sana…
*  *  *

“Fiq..awak nak pergi jugak ke untuk sambung belajar dekat sekolah Islam tu?”wajah sugul Anis buat Syafiq tidak sampai hati.
“InsyaAllah Anis…Fiq akan pergi minggu depan..doakan Fiq eh.Mungkin dalam sepanjang Fiq dekat sana,Fiq akan jarang contact Anis…jaga diri baik2 tau.”hanya itu yang mampu di ucapkan sebelum pemergiannya ke sekolah barunya itu.Dalam hati Syafiq,andai ada peluang,hajat di hati ingin menyampaikan sesuatu buat Anis.Tidak sampai hati.

“Tapi..itukan sekolah agama..Fiq boleh bawak ke?”soal Anis pula.Macam tidak percaya kebolehan Syafiq menempuh suasana yang baru.Walhal dia cukup tahu bagaimana Syafiq sebenarnya.Seperti lelaki biasa…Penyanyi band terkenal di sekolah dan mempunyai ramai follower di Youtube melalui lagu2nya.

“Mudah-mudahan..semoga dengan ini,Fiq boleh jadi lebih baik daripada Fiq yang sekarang ni.Fiq nak tambah ilmu tentang Islam..Fiq nak faham Islam.Anis sekolah agama,anis lebih faham dari Fiq..Fiq ingin berubah Anis..sebagai langkah pertama untuk perubahan Fiq ni..Fiq rasa….”Syafiq bingkas bangun dari tempat duduknya membelakangi Anis.Suasana pada petang itu redup.Seperti redupnya hati Syafiq tika itu.Syafiq sedang menumpu seribu satu kekuatan.Semoga Allah redha atas ini…

Anis turut bangun.Menunggu bicara Syafiq yang terputus.Ada sesuatu yang ingin disampaikan.Anis jadi tidak keruan.

“Kenapa Syafiq?”
“Fiq rasa…Fiq nak..Fiq nak lepaskan Anis…”akhirnya lafaz keramat itu keluar dari mulut Syafiq.

“Maafkan Fiq Anis..Fiq dah rosakkan hati Anis..iman Anis..jiwa Anis..dengan cinta murah Fiq..”Syafiq masih tenang menyusun bicaranya.Itu bukan mudah.
“Fiq pergi dulu Anis.Tapi sebelum itu,Fiq ada hadiah sebelum Fiq pergi..hadiah ni adalah hadiah dari Allah untuk Anis melalui Fiq..buku Tentang Cinta dari Pahrol Mohd Juoi..buku ni lah yang sedarkan Fiq yang cinta Fiq ni murah untuk gadis sesuci Anis…maafkan Fiq Anis.Restui Fiq untuk perubahan diri ini..wassalam”



Anis kaku.Diam seribu bahasa.Syafiq pergi bersama linangan airmata Anis….Dia tidak sampai hati terus menunggu lama dan melihat airmata Anis.Perubahan dalam diri Syafiq sungguh membuatkan hati Anis sayu.Cinta yang disemai terkubur begitu sahaja..Anis perlu redha.Pemergian Syafiq adalah pasti.Cintanya juga turut pergi..Ditatapnya hadiah itu.Buku Tentang Cinta…apa istimewanya buku ini sehinggakan Syafiq pergi meninggalkannya..Persoalan demi persoalan menerjah.Antara iman dan nafsu..Ingin sahaja dia mengejar langkahan Syafiq yang semakin menjauh,namun Anis hanya mampu menjerit di hati bertemankan tangisan perpisahan…

*  *  *

‘Astaghfirullahal’azim..kenapa aku ingat kan dia?Syafiq,no!!cannot..’hati Syafiq berdegup kencang.

Suara Wafiy pula hadir. “Kalau enta manfaatkan seni suara enta ni..lama-lama enta boleh dikenali sebagai Ustaz Irham Syafiq..hehe. ‘Ustaz muda aktif dalam bidang nyanyian…’muka surat depan surat khabar..”gurau Wafiy.
“Pandai-pandai je kau ni..”balas Syafiq.
“Eh,betul la tu.”tegas Wafiy.Wafiy masih meneruskan kata-katanya.Syafiq hanya mendengar.Mereka berlalu pergi meninggalkan kawasan makmal itu menuju ke surau tanpa mereka sedari,ada sepasang mata yang sibuk memerhati.

“Huh, meluat aku tengok diorang…!!Menyampah.Syafiq,kau perampas!!Kau tunggulah apa yang aku nak buat nanti.Jangan ingat kau anak orang kaya,kau boleh beli semuanya.Kau tunggu…kau tunggu Syafiq,aku tahu rahsia kau dan keluarga kau..”suara yang penuh dendam.Hanya angin yang menjadi pendengar.Seorang diri.Mata yang tajam itu melihat keakraban dua orang sahabat.Ada agenda yang ingin dilakukan…Kurang pasti.

Bersambung…insyaAllah..semoga Allah redha…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...