My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Wednesday, May 18, 2011

Nota cinta seorang hamba..Catatan hati 3

Aku dan kau sama...fullstop!

Sahabat itu seperti mentari..

Membakar diri demi untuk menyinari

Tak gentar untuk terus memberi

Kerana di situ wujud redha Ilahi…

Suasana di dalam kelas itu bising dengan suara-suara pelajar.Ada yang sibuk menelaah buku,termenung,berbual dengan rakan sebelah dan tidak kurang juga ada yang memanfaatkan masa dengan membaca dan menghafaz Al-Quran.Pelbagai ragam yang dapat dilihat dari wajah yang berbeza.Demi mencari sebuah kehidupan yang bermakna,jiwa seorang Muslim itu perlu untuk sentiasa hidup.Hidup dengan amal dan ilmu.Kerana dua elemen ini sangat penting dalam kehidupan.Sepertimana yang disebutkan dalam Surah Al-‘Asr:


“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).

Dalam ayat diatas, Allah telahpun menyatakan kepada kita bahawa setiap manusia itu, tidak mesti tidak akan ditimpa kerugian kecualilah kepada mereka yang beriman dan melakukan amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Oleh itu, sesiapa yang inginkan kejayaan di dunia dan akhirat perlulah menghargai masa.

Irham Syafiq tidak mengambil tempat untuk membuat bising seperti rakan-rakannya yang lain.Walaupun pada hakikatnya,di sekolah lama dahulu,dia lah juara.Dia lebih suka untuk mendiamkan diri sambil mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Nabil Wafiy di sebelahnya.Tenang dan dia kembali termenung.

“Oh mama..maafkan Fiq….”luah hati Syafiq.

Keriuhan suasana itu terganggu apabila seorang wanita bertudung labuh merah jambu dengan berpakaian jubah hitam masuk ke dalam kelas.Para pelajar kelam kabut untuk mencari tempat duduk amsing-masing.

Melihat keadaan itu,cepat-cepat Syafiq menyeka linangan air mata yang mengalir.

“Qiaman…Assalamu’alaikum cikgu..”

Kedengaran ketua kelas meraikan kedatangan beliau.Suara seorang.

“Assalamu’alaikum cikgu….”Suara ramai.

“Wa’alaikumussalam…duduk semua.”jawab Puan Normah lembut.

“Baiklah murid-murid,first of all,cikgu nak minta maaf sebab lewat masuk kelas hari ini sebab semua guru-guru tadi ada mesyuarat berkaitan Minggu Ukhuwah Islamiyyah(MUIS) yang akan dilaksanakan insyaAllah dua minggu lagi.Tapi,sebelum tu,kamu semua sudah sedia maklum berkaitan program ini??Ha,kamu Uzair,sebagai ketua kelas,kamu sudah beritahu kepada rakan2 kelas apa yang saya suruh sampaikan semalam?”soal Puan Normah kepada Uzair,merangkap ketua kelas 4 Taqwa.

“Hmmm…maaf cikgu,ana belum sempat untuk inform kepada sahabat2,sebab ana terlupa…”jawab Uzair serba salah.

“Kalau macam tu xpelah Uzair,cikgu faham…lagipun semalam awak kata awak kurang sihat kan?nanti saya akan suruh Fatimah,penolong kamu untuk datang ke bilik saya.Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat.”lembut bicara Puan Normah,membuatkan semua pelajar berasa senang dengannya.Lagak seorang ibu.

“Baiklah cikgu…syukran”balas Uzair.

“Sekarang ni,cikgu cuma nak terangkan sedikit demi sedikit apa yang perlu kita buat untuk program tu nanti.Program ini adalah hasil cadangan dari senior-senior kamu dan juga barisan pengawas sekolah yang diketuai oleh Abang Asyraf dengan Abang Irfan kamu.Kamu kenal x mereka berdua tu?”Ada yang jawab kenal dan juga tidak.

“Abang-abang kamu ni hebat tau..dia lah mutiara-mutiara di sekolah kita ni..cikgu kagum dengan mereka berdua tu.meraka lah yang mengimarahkan suasana keislaman di sini.Mereka berdua ni sangat rapat,macam belangkas.Mereka ini dikenali dengan rakan-rakan sebaya mereka sebagai singa-singa islam.”Puji Puan Normah.

Kedengaran suara-suara pelajar yang memuji mereka berdua.Kagum.

“Tadi,cikgu telah diberitahu bahawa kelas kita akan mendapat tugas untuk menguruskan aktiviti persembahan pada malam perasmian dan penutup.Cikgu harap kamu semua dapat memberikan kerjasama sepanjang tugasan ini.”

“Nabil Wafiy dan Irham Syafiq,kali ini saya lantik kamu berdua sebagai ketua tugasan ini…boleh??”

“InsyaAllah cikgu…kami cuba.”jawab Wafiy dan Syafiq.

“Baiklah,cikgu beredar dulu.Apa-apa yang perlu dibincangkan berkaitan program kita,ajukan kepada Wafiy dan Syafiq ye.Assalamu’alaikum pelajar semua…”

Puan Normah pergi meninggalkan kelas.Kelihatan masih ada sisa-sisa yang membicarakan tentang kehebatan senior mereka iaitu Abang Asyraf dan Irfan.Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula.Para pelajar keluar kelas untuk menikmati makan tengah hari di asrama masing-masing.Tinggal Wafiy dan Syafiq di dalam kelas yang masih belum beredar.

“Wah…hebat betul la mereka berdua tu..kagum ana.Enta kenal mereka Fiq??soal Wafiy.

“Aku kenal sangat…salah seorang dari mereka tu naqib dalam usrah aku.Abang Asyraf.xkan aku x kenal pulak..mereka jugalah yang banyak bimbing aku dekat sini.Wafiy,boleh aku tanya kau sesuatu??”

“Tanya apa?silalah..tiba-tiba rasa berdebar pulak nak jawab soalan enta ni.Pelajar cemerlang la katakan..Huhu..”seloroh Wafiy.

“Hmmmm…Fiy,kau x rasa pelik dan malu ke kawan dengan aku depan kawan2 kau yang lain macam Uwais,Uzair dan Ikram?Aku ni bukan macam kau dan diorang..aku jahil Fiy,aku jahil…kau alim…x layak aku kawan dengan kau..kan2?even benda paling simple,aku bahasakan diri ‘aku,’ ‘kau’ dan bukan macam kau bahasakan diri dengan aku..aku dan kau macam sehelai kertas putih dan titik-titik hitam di tengah2 kertas tu.kau kertas putih dan aku,titik hitam tu..amat ketara perbezaan itu Fiy…aku rasa asing bila dekati kau.kau x terasa terasing dengan aku?”terang Syafiq dengan tenang sambil menundukkan wajah ke bawah.

Melihat perlakuan Syafiq,lantas Wafiy memegang dagunya dan memalingkan wajahnya ke muka Wafiy.Wafiy tersenyum.Terlihat lesung pipitnya yang manis dari wajahnya yang putih bersih itu.Perbuatan mereka persis sepasang kekasih..Syafiq malu kerana diperlakukan sebegitu. Bila mata mereka bertembung,Wafiy memegang kedua-dua bahu Syafiq dengan paduan yang erat.Mantap.

“Fiq…enta dengar betul-betul ye..luahan dari hati ana..untuk apa ana terasing dengan enta?never..ana betul2 x kisah bersahabat dengan enta..sejak ana jumpa enta buat kali pertama hari tu,ana rasa ana cukup senang dengan enta..ana juga rasa ada sesuatu yang Allah ingin ana lakukan..mungkin enta adalah amanah dari Allah untuk ana Fiq..sebagai sahabat.Ana x kisah siapa enta..ana pun jahil juga Fiq..kita berjuang bersama-sama ye...”pujuk Wafiy sambil meletakkan sebelah tangannya ke dada kiri Syafiq.Menuju ke hati.

“Hati enta adalah lambang cinta pertama kita…terpaut erat dalam tali Allah.Kerana kita bersahabat atas keimanan itu bukan kerana apa-apa..kalau enta kata ana kertas putih itu dan enta adalah titik hitam,bukankah lakaran itu akan bertambah cantik andai kita tambah warna tambahan di atas kertas itu..warna hitam dan putih boleh masuk dengan apa-apa warna kan?dan warna hitam tu akan tenggelam dengan kepelbagaian warna lain..jadi,kalau kita tambah warna ungu ke,oren ke,merah ke,mesti lakaran yang kelam tu akan menjadi sebuah lukisan yang cantik kalau kita pandai ubah corak lukisan tu….dan begitulah juga dengan persahabatan dan juga kehidupan kita,umpama kertas putih itu…kadang2 apabila hati kita yang jatuh dalam kejahilan,titik hitam mula wujud sebagai kifarah dosa kita,namun,warna hitam kejahilan itu pasti akan terpadam dengan kasih taubat seorang hamba…warna2 kehidupan yang dicorak dalam paksi keimanan…pegang erat hati enta,untuk ana..jalan persahabatan ini untuk cinta kerana Allah..ana cuba untuk jadi sahabat enta atas keimanan ini.”sambung Wafiy.Benar.Bersahabat kerana Allah.Rasa cinta dan sayang yang lahir dalam ketaatan dan taqwa kepada Allah pasti akan membuahkan rasa cinta yang sebenar.cukup berbeza dengan cinta antara pasangan kekasih.Bukankah itu lebih indah.

Rasulullah SAW ada bersabda mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT di akhirat kelak,salah satu golongan tersebut ialah:

“Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,bertemu dan berpisah juga hanya kerana Allah..”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tanpa sedar,ada titisan hangat mengalir di lengan Wafiy.Bahu Syafiq bergoyang-goyang menahan esakan tangisan.

“Fiq…enta menangis??maaf..ana ada tersalah cakap ke??ma….”

Belum sempat Wafiy menghabiskan kata-katanya,Syafiq dengan pantas menarik tubuh Wafiy.Mereka berpelukan.

Esakan tangisan Syafiq semakin kedengaran.Wafiy membiarkan tubuhnya di dalam pelukan Syafiq.

‘Alhamdulillah..yaAllah..kau permudahkanlah urusan sahabatku ini’bisik Syafiq di dalam hatinya.

“Fiy..bimbing aku..bimbing aku..aku jahil tentang Islam.Aku jahil Fiy…aku x macam kau.. ”Syafiq meneruskan bicaranya dalam esakan tangisan.Ego lelakinya ditolak ketepi saat dia menangis di hadapan Wafiy.

“Fiq…kita sama-sama memperbaharui diri kita yer..kalau enta ada masalah,jangan simpan seorang..kalau ana tiada,abang Asyraf pun ada.Allah tidak melihat rupa wajah dan harta kekayaan seseorang itu melainkan hanya taqwa sahaja.Yang paling penting ikhlas dan pastinya bila kita ikhlas,redha Allah itu ada bersamamu sahabat…”kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Wafiy membuatkan Syafiq melepaskan pelukan itu.

“Apa yang kau cakap tadi?Redha Allah?”soal Syafiq membuatkan Wafiy tertanya-tanya.Mata mereka bertembung untuk kali yang kedua.

“Sahih..redha Allah…kenapa enta?”jawab Wafiy yang masih terpinga-pinga.

“Aku masuk ke sini,dalam sekolah Islam ni dan berjumpa dengan kau,adakah wujud redha Allah untuk aku??Adakah Allah itu redha dengan tindakan aku??Apa yang aku sudah lakukan pada mama dan ayah??Argh..bodohnya aku!!”Syafiq memukul-mukul kepalanya beberapa kali.

“Aku x pernah fikirkan perasaan mama..aku jahat…redha Allah bukan milik aku!!Kau faham Wafiy..Allah hanya sukakan manusia macam kau,bukan aku.Sebab tu apa yang aku belajar dekat sini,sebesar zarah pun aku x masuk..Zero kau tahu x!!!”suara Syafiq meninggi.

Wafiy hairan kenapa tiba-tiba Syafiq berubah menjadi marah.Bukan sekali dua,malah berkali-kali.Jika sebut sahaja soal berkaitan dengan redha Allah,perlakuan Syafiq berubah. Seperti dirasuk syaitan.Sebagai contoh semasa slot tazkirah yang dikendalikan oleh Abang Asyraf tempoh hari,beliau ada menyebut soal cinta kepada ibu bapa dan kewajipan sebagai anak untuk mencari redha ibu bapa.Selepas tamat sesi tazkirah tersebut,Syafiq pulang lewat dari surau sehinggakan Abang Asyraf menghantarnya sendiri ke bilik.Ada beberapa sahabat yang cakap,Wafiy menangis di belakang surau dan asyik termenung melihat luar tingkap.

Wafiy cuba untuk menenangkan Syafiq.Sebagai sahabat,dia mesti punya cara untuk meleraikan masalah sahabatnya itu.Seolah-olah ada rahsia yang terpendam di jiwa Syafiq andai berbicara tentang keredhaan…mengganngu jiwa lelakinya.

“Fiq..sudah lama ana perhatikan enta.Kalau sebut soal redha Allah,ana lihat enta berubah tiba-tiba.Enta ada masalah ke?Ana boleh tolong jadi pendengar untuk enta kongsikan masalah enta…”pujuk Wafiy.Syafiq hendak menyusun kata-kata.Wafiy bersedia.

“Sebenarnya Fiy,aku…..”Belum sempat Syafiq meluahkan apa yang terbuku di hati,ada suara yang hadir memberi salam.Susuk tubuh yang amat mereka kenali. “Assalamu’alaikum….”lembut suara lelaki tersebut. Bersongkok hitam, berkemeja biru dan bertali leher,Kemas diperhatikan. Mereka berdua berpaling ke arah pintu serentak.

*bersambung…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...