My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Friday, May 20, 2011

Nota cinta seorang hamba..Catatan hati 3

sambungan....
* * *

“Eh,Abang Asyraf…wa’alaikassalam akhi”.jawab Wafiy.
“Amboi..abang tengok,mesra nya kamu berdua ni..macam couple…”gurau Asyraf.
“Hehe….memang ana dengan Fiq ni couple abang…couple Islamic…kami pun nak jugak nak rasa bercouple-couple ni..huhu.tapi bezanya,kami sejenis…couple kami ini couple untuk kejar syurga Allah tau..tengok tangan kami ni,tangan ni lah yang akan kami genggam untuk menuju syurga Allah kelak..”luah Wafiy bersungguh-sungguh sambil memegang tangan Syafiq.Syafiq hanya diam.

“Kenapa abang datang sini?ada apa-apa yang kami boleh bantu?”lama Syafiq menjadi pendengar,kini giliran dia yang bersuara.Wafiy segera meleraikan genggaman tangannya.Asyraf hanya melihat dengan terukir senyuman yang manis.Indahnya ukhuwah ini.

“Sebenarnya,abang nak minta adik2 abang datang usrah malam ni.Kalau Fiq,enta kena datang sebab enta adik usrah ana tapi untuk Fiy,walaupun enta bukan bawah usrah ana,enta kena hadir juga sebab Abang Irfan,naqib kamu nanti ada juga.Kita gabung usrah kita hari ini.Abang Irfan x dpt datang sekali sekarang sebab pengetua nak jumpa dia pasal program MUIS.Abang Irfan kamu tu pengarah program,sibuk sikit dari ana.”jelas Asyraf.

“Lagi satu,ana dapat tahu yang enta berdua yang akan kendalikan persembahan2 malam perasmian dan penutup nanti kan?Baguslah kalau macam tu,idea-idea dari adik2 ni lagi bernas dan kreatif.”puji Asyraf lagi.

Wafiy dan Syafiq tekun mendengar.Wajah senior mereka itu ditatapi dengan penuh khusyu’.Kacak.Lagak singa yang sungguh jinak.Jinak membawa nama Islam di hati,lantas terserlah di wajah.Bukan jinak pada yang salah.Jinak pada kebenaran.Pedang mujahid,idaman bidadari syurga..Tidak mustahil senior mereka itu digilai oleh pelajar-pelajar muslimat di sini.Ada yang sanggup menghantar surat cinta,hadiah dan juga berpakat untuk menjadi zaujah(isteri) Abang Asyraf melalui poligami.Bersungguh-sungguh. Namun,semua yang hadir ditolak oleh Abang Asyraf dengan penuh bermaruah.Tidak akan beliau lemas dalam soal cinta dan perasaan semata-mata untuk nafsu sendiri.Wanita adalah fitnah terbesar buat dirinya.Beliau pernah memetik firman Allah dalam slot tazkirahnya yang berbunyi:

Allah SWT telah berfirman: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita…”(QS. Ali Imran :14)

Prinsip seseorang lelaki itu perlu wujud ketegasan.Baginya, ‘cinta yang hendak dibina perlu ada tujuan,cinta yang berlandaskan keimanan’.Tersemat di hati.Biarlah kelak beliau yang menjemput bidadarinya dengan keimanan yang menjadi laluan ekspedisi cinta itu.Cinta itu akan hadir dengan sendirinya…..Pujuk hati kecil lelakinya,kala ujian itu hadir.

“Amboi,khusyu’nya dengar ana bercakap…”usik Asyraf sambil memegang kedua-dua hidung Wafiy dan Syafiq.Mereka datang ke dunia realiti.Kagum pada keindahan ciptaan Allah di hadapan mereka.Mujahid sejati.Ada hilaian ketawa di celah-celah gurauan itu.
“Ok,kalau macam tu,kita jumpa malam ni ye..selepas solat Isya’ dekat surau.Uhibbuka fillah Wafiy wa Syafiq(aku mencintaimu kerana Allah Wafiy dan Syafiq)…”Asyraf menumbuk perlahan di dada mereka.Menuju ke hati.Senior mereka itu pergi diiringi senyuman manis yang tidak pernah lekang dari wajahnya.Senyuman itu disambut.

“Eh,lupa pulak..”Asyraf kembali kepada mereka berdua.Kembali untuk melafazkan bicara yang sama..Namun kali ini berbeza.Asyraf menepuk ke dada sebanyak dua kali,lalu merapatkan jarinya sambil membuat lambang ‘love’,dan di arahkan kedua tangannya ke arah mereka berdua beserta laungan,
“Kerana Allah!”.Itulah trademark yang membuatkan beliau mudah dikenali ramai,kelihatan amat mesra sekali…

“Min ajlihi,wa ahbabtani akhi(kerana cintaNya juga,aku mencintaimu saudaraku)!!”jerit Wafiy.Syafiq hanya diam.Berfikir.

“Malam ni,kita ada usrah gabungan…Subhanallah,ana sangat suka usrah gabungan ni.yeay!!lagi-lagi usrah ni ada Abang Asyraf dan Irfan.untung kan kita Fiq,dapat satu usrah dengan mereka berdua tu.”jelas Wafiy dengan bersungguh-sungguh.

“Tapi….enta jangan lupa pulak,enta ada hutang masalah dengan ana tau.Tadi enta x sempat nak beritahu.”ugut Wafiy.Syafiq masih mendiamkan diri.Dia melihat sesuatu yang telah mencuri pandangannya.

“Hoi!!siapa tu..??Tunggu!!Jangan  lari!!’jerit Syafiq.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...