My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Tuesday, June 7, 2011

pabila kebencian bertapak

sambungan...


Usai menunaikan solat Isya’ yang diketuai oleh Irfan,semua jemaah mula menyudahkan perkara-perkara sunat yang lain.Ada yang sibuk membaca Al-quran,mengulang hafazan dan ada juga yang menambah bilangan solat sunatnya.Demi untuk menampal kekurangan dan juga kelemahan yang tidak kelihatan saat menghambakan diri pada sang Pencipta.Dan saat itu juga,satu kumpulan kecil jauh di sudut kiri surau sedang memulakan pengisian usrah.Lebih ramai dari yang biasa.Si ketua memulakan bicara.Si pendengar memainkan peranan.Tekun mendengar.Asyraf dan Irfan duduk bersebelahan begitu juga Syafiq dan Wafiy.

“Alhamdulillah..ana bersyukur kerana kita dapat menggabungkan usrah kita pada hari ini.Besar hati ana tengok adik2 ana ni…bakal permata yang bersinar bila ana xde nanti….InsyaAllah,ana bakal keluar dari sekolah Islam ini,tiga bulan lagi..lepas habis STAM.”jelas Asyraf.
Muka-muka yang hadir kelihatan sugul mendengar kata-kata yang keluar dari senior mereka itu.Ikram,Uwais dan juga Uzair.Wajah Wafiy dan Syafiq cuba untuk tenang.
Seakan mengetahui kesedihan di hati mereka,Asyraf menyambung bicara.

“Ana bukan nak pergi jauh..masih dalam perjuangan yang sama,cuma medan perjuangan kita selepas ini berbeza..adik2 ni nanti yang akan jadi penyambung perjuangan kami.Betul x Irfan?”persoalan Asyraf membuat Irfan tersentak dari lamunan.

“Err…Apa??Maaf semua,ana hilang fokus tadi.Enta la Asyraf,buat kami sedih je tiba2..bukan mudah kami nak lepaskan enta dekat sekolah Islam ni.kalau bukan enta yang beriya-iya nak jadikan ana sebagai ketua pelajar kali ini,mungkin ana tolak tawaran tu.sebab ana tahu,enta lebih layak…taring singa enta lagi hebat.”luah Irfan.

“Alah…abang2 berdua ni sama je…kami lagi sedih tau..abang Asyraf dan abang Irfan yang akan tinggalkan kami..kan2?hmm…siapa la agaknya yang akan teruskan suasana keislaman dekat sini.menanti singa yang seterusnya mengaum macam abang2 semua…”soalan dari Uzair itu berbekas di hati Asyraf dan Irfan.

“jawapannya ada dalam diri adik2 semua..kalian lah singa2 yang seterusnya…..singa2                                       yang garang…dan juga singa2 yang tidak mudah dijinakkan dengan layanan dunia yang istimewa..kenapa kita umpamakan diri kita seperti singa?Kita adalah seorang lelaki…kekuatan seorang lelaki itu ada pada kekuatan jiwanya.Menurut Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dalam bukunya Al-Muntholaq(Langkah bermula),beliau ada menyebutkan,umat Islam itu pada mulanya umpama singa yang garang,garang dalam ketegasan membela agama Allah namun,disebabkan oleh anasir2 luar,agenda musuh2 islam dalam menguasai minda umat Islam tika ini,semangat hedonism,maka jadilah singa yang garang itu menjadi jinak…jinak dengan mainan tuan nya yang hanya mempergunakan wajah singa yang garang itu untuk memenuhkan tujuannya yang tersendiri.Apakah singa yang jinak itu akan terus jinak seandainya tiada singa yang garang seperti zaman sahabat dahulu??Itulah yang kita ingin terapkan dalam diri umat islam sekarang…”jawab Asyraf kepada soalan Uzair sebentar tadi.mereka jadi kelu dengan penjelasan dari senior mereka itu.

Irfan pula menyambung, “Benar apa yang dikatakan oleh abang Asyraf tadi.Antum semua adalah rijalullah(lelaki-lelaki Allah) yang hebat..Hebat dalam menjaga hubungan dengan ibu bapa,sahabat2,masyarakat dan yang paling penting hebat dalam menjaga hubungan dengan Allah..”

Ada wajah yang panas saat menyebut berkaitan ibu bapa.Syafiq.Dalam diam cuba menahan hiba.Lantas Wafiy dengan segera memegang lalu membelai mesra tangan Syafiq.Mungkin boleh menenangkannya.Berharap.

“Antum tahu apa tujuan kita gabung usrah hari ini?buat yang pertama-tamanya,ia hanyalah untuk mencari mardhatillah(redha Allah) insyaAllah dan juga ana dan abang Asyraf telah sepakat untuk menyebut soal ukhuwah cinta kita…tapi sebelum tu,ana nak tengok adik2 semua senyum TIGAAAAAA dulu…”arah Irfan kepada adik2 usrahnya.Senyumannya melebar.Nyata berbalas dari wajah2 di hadapannya.

“Alhamdulillah…ok,jom kita mulakan halaqah kita!”balas abang Asyraf .Nak dengar suara abang2 bersajak..???

“Wah…ada persembahan hebat dari abang Asyraf dan Irfan la…”Ikram bersuara sambil bertepuk tangan..
"habislah..pemuda yang paling hot dekat sekolah ini nak tunjuk taringnya...aduh,cairla kalau muslimat dengar ni.."sambung Wafiy pula.

Dengan lafaz Bismillah..Irfan dan Asyraf membacakan sajaknya itu...

“ya Allah..kekalkanlah ukhuwah ini..
Menjadi lambang agungnya cinta yang sejati…
Tiada upaya,melainkan kasih darimu..
Wahai pemilik kasih yang satu..

Rijalullah idaman kami..
Membentuk iman sebagai paksi
Berbekalkan rahmatMu,senjata kami
Ya Allah..izinkan langkah itu

Rasa yang lahir,berputik sebuah keimanan..
Lambang ketaatan tautan rindu pada syurgaMu..
Lapangkan dada,jiwa kami..
Berpaksikan wahyuMu..
Agar kami…berpegang tali syariatMu..
Oh Tuhan…cintailah kami..
Oh Tuhan…redhailah kami..”

Syahdu.Bijak mereka menarik minat adik2 usrah mereka.Sebuah pengisian yang bukan hanya memberi dan menerima serta membaca dan menulis.Tetapi,berhibur yang memberi manfaat sebagai mukadimah sebuah pengisian.Mantap melihat bekas penyanyi nasyid sekolah bergandingan.

Di satu sudut pula..."Argh..menyampah giler aku!!Usrah konon..blah la..Kau ingat kau tu baik sangat ke ha?kuasa kau tu boleh beli aku?Hahaha..Never say never,ok!!"

"Huh!"

bersambung..insyaAllah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...