My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Thursday, June 9, 2011

Hidupkan HATI kita...


Assalamu'alaikum...para pembaca sekalian..
Untuk penulisan ana untuk kali ini,ana sangat teruja untuk berkongsi satu ilmu dengan para sahabat semua dari input yang ana perolehi dari laman web HaluanSiswa...
Mengapa ana ingin kongsikan soal hati??Hal ini kerana,memandangkan musim cuti peralihan semester yang sangat....*huh,penatnya nak tunggu cuti habis...serius3,agak bosan sebenarnya!!mana tak nya,kita akan berdepan dengan 1001 musuh2 kita yang tidak nyata yang akan berusaha untuk merosakkan hati kita..ADUH,SAKITNYA HATI!!
bila buka FB dan tengok status2 kawan2 kita,ada x anda semua tertangkap satu baris ayat..
"ARGH...BOSANNYA!!"
"HMMM...HUH,I'M TOTALLY BORED.."
"NAK BUAT APA EK LEPAS NI?ADA SUGGESTION?BUSYAN2..."
hehehehehe..
jom baca artikel ni...sekadar perkongsian dari ana yang hina dina ini...
Kehidupan kita sebenarnya merupakan satu perjalanan yang amat jauh destinasinya. Sedar atau tidak, destinasi perjalanan kita adalah antara dua, neraka dan syurga. Kedua-dua jalan ini tidak pernah dan tidak akan ada titik pertembungan (intersection point).
Dr Majdi Al-Hilali menyatakan dalam bukunya Menjadi Hamba Rabbani; Tidak ada perjalanan menuju syurga Allah kecuali dengan hati yang hidup. Tanpa hati yang hidup, perjalanan kehidupan kita sebenarnya menuju neraka Allah. Na’udzubillahhiminzalik. Bagaimana hati yang hidup? Hati yang memiliki iman adalah hati yang hidup. Tempat dan lokasi iman dalam diri manusia adalah di hati.

Mari kita lihat hati kita seketika. Selami hati anda dengan penuh penghayatan. Adakah tempat untuk iman di hati ini? Masih hidupkah hati ini? Atau tidak ku kisah tentang hati ini. Biarlah ia mati atau hidup.

Tempat dan lokasi iman dalam diri manusia adalah di hati. Jika di hati penuh dengan jahiliyah atau amal maksiat, hilanglah tempat tinggal iman di hati. Hal ini kerana, iman sekali-kali tidak akan bercampur dengan jahiliyah. Selagi mana amal maksiat tidak dibuang dan hati tidak dibersihkan dari rawasib (karat) jahiliyah, maka iman akan kehilangan tempat tinggal. Perkara yang amat ditakuti ialah ketika mana nyawa ditarik dari tulang rusuk dalam keadan hati yang mati dan tidak dapat pengampunan dari Allah SWT. Na’udzubillahhiminzalik.

Golongan hati yang sakit

Ramai diantara kita, hatinya tidak mati, tetapi hatinya sakit. Pelbagai jenis penyakit dan luka dapat ditemui. Kata Mustafa Masyhur, “Hari demi hari luka-luka baru menjaluri tubuh ummat ini sedang luka-luka semalam belum menampakkan tanda-tanda akan sembuh”.

Rasulullah saw. bersabda, “….Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rosak maka rosak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” } (HR Imam Bukhari)

Perbuatan kita dapat menggambarkan tahapan penyakit hati yang dialami. Maka sebenarnya, kita sendiri lebih mengetahui keadaan hati kita. Malangnya, ramai yang tidak dapat mengenal pasti penyakit-penyakit hati yang semakin hari semakin parah. Ini tanda hati mereka dalam keadaan nazak.

Sedih melihat ummat yang menjadi mangsa masyarakat. Mereka tidak pernah menghendaki hati yang mati, tetapi hati mereka dipaksa untuk mati. Kata Syeikh Ramadhan Al Buti, "Remaja ini adalah mangsa masyarakat". Justeru, selamatkan diri kita dari menjadi mangsa masyarakat.

Rawatannya

Penyakit-penyakit dan luka-luka hati ini tidak dapat dirawat oleh doktor-doktro pakar mahu pun melalui ubatan tradisional. Untuk merawat hati yang sakit tidak semudah menelan berberapa biji panadol. Firman Allah SWT:

{“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”}
(Ar Raad : 11)

Tidak ada jalan pintas dalam proses merawat hati yang sakit. Ia perlu bermula dari diri sendiri. Perlu ada kemahuan dan iltizam yang tinggi untuk berubah. Perubahan yang dimulakan dengan persediaan hati untuk berubah. Jika hati tidak bersedia, maka perubahan yang dilakukan tidak akan kekal lama.

Hanya dengan kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah mampu merawat hati sekali gus mengubah kehidupan kita. Ini telah terbukti dengan sirah para sahabat Rasulullah SAW.

Siapa tidak kenal Umar al-Khattab ra, dari sang singa yang bengis berubah menjadi manusia yang mempuyai hati yang begitu lembut dan sensitif dengan dosa.

Mus’ab bin Umair ra, pemuda rupawan dan bangsawan yang diminati ramai gadis. Minyak wangi yang diguna tidak dimiliki oleh orang lain ketika itu. Beliau sanggup meninggalkan kemewahan demi memiliki syurga Allah. Di saat beliau wafat, kain untuk menutup tubuhnya tidak cukup. Bila ditarik untuk menutup kaki, terdedah bahagian kepalanya. Ditarik kain untuk tutup kepala, terdedah bahagian kakinya.

Bilal bin Rabbah, dari seorang hamba kepada seorang yang paling rapat dengan Rasulullah. Dari seorang khadam yang hina berubah menjadi salah seorang ahli syurga. Subhanallah.

Mereka dididik dengan al-Quran dan sunnah serta dapat sentuhan al-quran dan sunnah di hati mereka. Bagaimana untuk kembali kepada al-quran dan sunnah? Membaca al-quran setiap hari? Jaga solat lima waktu? Tidak tinggal kelima-lima rukun Islam?
Jawapannya tidak, tidak, dan tidak cukup sekadar itu.

Rasulullah tidak diutuskan hanya untuk mengajar rukun Islam dan rukun iman. Tetapi baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

{“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”}
(HR Muslim)
Oleh itu, tidak cukup dengan solat, puasa, baca al-quran, haji, dan zakat. Kita perlu mengambil dan mengamalkan akhlak Rasulullah.

Penutup

Cara untuk kembali kepada al-quran dan sunnah ialah dengan melalui proses tarbiyah Islamiyah (didikan, asuhan Islam) seperti para sahabat Rasulullah yang ditarbiyah oleh baginda. Hasil didikan baginda, lahirlah sekumpulan manusia hebat yang tidak akan lahir selepas mereka. Walhal, Rasulullah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat yang amat rosak. Golongan kuat menindas golongan lemah. Dunia seperti hutan rimba. Wanita menjadi objek pemuas nafsu. Kebathilan bermaharaja. Kemudian Rasulullah bangkit dengan membawa Islam dan mendidik para sahabat selama 13 tahun dengan didikan iman (tarbiyah imaniyah). Hasilnya, sekumpulan manusia hebat yang mampu menggegarkan dunia sehingga menakluk dua per tiga dunia.

Kesimpulanya, untuk merawat hati, menghidupkan hati, untuk melakukan perubahan perlu bermula dan dimulakan dengan diri kita. Segala usaha perlu digerakkan agar tidak ketinggalan seperti kata isteri Abu Muhammad Habib al Farisi membangunkan suaminya pada malam hari, “Bangunlah wahai Habib kerana perjalanan kita masih jauh, bekal kita sedikit dan rombongan orang-orang soleh telah berjalan di depan kita, sedangkan kita masih berdiam”.

Abdul Muta`al b Nawawi
Presiden SiswaHALUAN
p/s:syukran to HaluanSiswa...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...