My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Thursday, June 23, 2011

gerimis itu terlalu pagi..


assalamu'alaikum...
apa khabar antum dan antunna semua??
bagaimana pula dengan khabar imanmu tika ini...
baikkah dia?sihatkah dia di hatimu?
aku melihat ada senyuman manis terukir...
syukur alhamdulillah..
ku harap kita sentiasa di bawah perlindungan kasihNya..

gerimis.
satu permulaan kepada hujan yang membasahi bumi
tiada siapa yang menyangka
gerimis yang tiba
bakal membawa angin yang menerpa.
sama ada
kencang..
ataupun reda
itu hanya pada bicara hukum alam..
tetapi
bagaimana seandainya gerimis di hati
bakal membawa kepada angin taufan jiwa yang lesu??
ah hati!!
mengapa kau begitu dominan dalam diri..
siapa kah engkau?
semangat ku yang lesu,ibadahku yang hambar,ku pandang ringan dosa yang nyata
hubungan dengan Allah tidakku jaga..
adakah kerana kau kusakiti??
maaaa....afkan aku...
kerana menyakitimu....
terduduk malu menanti rindu kembali padaNya

pernah soalan2 di atas menerjah di minda sedar kita?
pastinya pernah.
hal ini kerana fitrah kita adalah baik dan bencikan keburukan.
gerimis pergolakan jiwa yang mengundang dek kerana perbuatan yang terlarang...

"aku lemah..."
"aku penat dengan dunia!!"
"tension ko taw x...!"

parah.
hakikatnya..ia hanyalah berpunca dari kelesuan roh kita.
benar.
tenaga yang menyalurkan roh yang baik dalam diri mencapai aras NEGATIVE!
mungkin gerimis itu terlalu pagi
janganlah engkau merasa bangga dengan keimanan mu tika ini..
mungkin sahaja Allah bakal menguji kita dengan ujian kelemahan jiwa...

dengan hati yang gembira,ingin aku kongsikan bait-bait kata dari penulis yang amat aku kagumi..Brohamzah
beliau cukup puitis dalam menyampaikan isi hati..
semoga bermanfaat dalam menyelami kondisi hati kita...
kita tidak mampu untuk duduk dalam satu halaqah cinta kerana jarak yang memisahkan..dunia tanpa sempadan..
dengan melalui medium ini,diharapkan semoga roh-roh islamiyyah dapat dihidupkan kerana aku tahu...

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

salam perjuangan semua....
inspirasi hanya dari Allah..
Dia menggerakkan jari-jemariku untuk menulis demi satu tujuan yang sama..






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...