My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Friday, May 6, 2011

maaf..ana sedang menjaga hati ana


-Bisikan nuraniku-

"hati...memainkan peranan penting dalam hidup seorang hamba..
dari hati juga,berputik sebuah fitrah yang bernama cinta..
saat hati berbisik cinta,seluruh jiwa jadi indah..
tapi hati yang seperti mana uang perlu untuk membuahkan cinta yang bersinar cahaya??
keimanan??
apakah kau mampu membiarkan nuranimu terus berbisik cinta tanpa landasan..??
Antara Iman atau Nafsu.



"aku suka la tengok perempuan tudung labuh ni...manis je,ayu..rasa diri ni pun nak berjaga-jaga dalam setiap perbuatan"luah Umar saat dia melihat sekumpulan wanita bertudung labuh melepasi bilik kuliah 8.malu,mereka berlalu sambil menundukkan pandangan.

"ish,kau ni Umar...mereka-mereka tu mawar berduri tau..kita ni siapa..x layak kot..boooo..mampu tengok je la geng"ejek Farhan,rakan sekelasnya dalam universiti.

"hmmm...x salah kan untuk aku berharap,haha.siapa tahu,silap hari diorang tu jadi isteri aku..fuh,bertuahnya badan Paan..betul x??Umar masih tidak berpuas hati.

"yela tu..."tawa Farhan memecahkan suasana di kafe itu.Umar sempat menolak bahu Farhan membuatkan dia terjatuh ke hadapan..Tiba-tiba..

"Astaghfirullahal'azim..."kalimah itu dilafazkan berkali-kali oleh seorang wanita.Buku-buku di genggamannya jatuh ke lantai.Tergesa-gesa mencari jalan keluar.Malu.

"Aduh..Umar!!kurang asam betul la ko ni,err..awk,awk xde apa2??maafkan saya sebab terlanggar awk tadi..semuanya salah kawan saaa....yaa...eh,cepat kau bertindak Umar..huh"marah Farhan.

Farhan sibuk membantu mengumpul buku-buku yang jatuh.Menolong apa yang patut.

"Maafkn ana ye ukhti,ana x sengaja tadi..dan ana x perasan enti dkt depan tadi..aasif ukhti.."luah Umar.

"la baksa...syukran sebab tolong ana.syukran"balas wanita berniqab itu lantas bangun dan meninggalkan mereka.mungkin di hati kecil wanita itu,itulah adalah merupakan musibah yang besar baginya walaupun bibir melafazkan tidak mengapa.Argh,malunya ana!!

"Afwan.."mata Umar masih tidak lari dari pandangan.Sungguh membuatkan hati lelakinya jatuh..jatuh pada keindahan ciptaan Allah.

"boooooo la kau Umar..ana ukhti,syukran afwan konon..cakap bahasa arab la pulak..ko tahu ke apa maknanya??jangan main2 cakap je..haha"ejek Farhan.
"Oit En.Muhammad Farhan,saya dulu pelajar sekolah agama tau.5 tahun menuntut dekat sekolah agama,x kan benda simple tu pun xtaw..saja je nak tunjuk macho depan perempuan berpurdah tu tadi.Fuh...aku lagi cair kot tengok dia.."lafaz Umar sambil mengusap-usap dada.

"tengok perempuan macam nak terkam terus!macam ni ke budak sekolah agama...??perli Farhan sambil mengangkat-angkat keningnya.
"alah...aku ni masih manusia biasa la..iman turun naik,bukan macam para sahabat..sekolah agama tu dulu...dah lama...tapi....."kata-kata Umar tergantung.

"tapi apa pulak ni???"soal Farhan.Umar diam.

Tapi...aku cukup rindu pada tarbiyyah yang aku lalui dulu..sahabat-sahabat yang soleh..Irfan dan Asyraf..oh sahabat,dimanakah dirimu??pasti kalian menjadi pedang-pedang mujahid.Sedangkan aku...??

Ia hanya terluah di lubuk hati Umar.

"malas la layan kau ni..suka cakap x habis!dah la,aku nak pergi makan.dan sekarang,kau kena belanja aku makan,denda sebab malukan aku tadi sampai terlanggar 'bidadari' kau.."Farhan memberi arahan sambil menuju ke meja makan.

"Bidadari??Bidadari aku??mengapa nuraniku berbisik begitu??"

"Ok bos!!'

bersambung...insyaAllah.semoga Allah permudahkan..=)





5 comments:

. said...

assalamualaikum...

macam tulisan ustzh fatimah syarha; tautan hati. adakah benar? hehehe....

-Syaza Monash-

~Ismiey Nur~ said...

wa'alaikissalam..actually,ini adalah tulisan ana sendiri..ana x tahu dan x ingat pulak kalau ada yg sama dengan tulisan ust fatimah syarha..=)

. said...

oh.... maaf. harap tidak berkecil hati...
mungkin sebab nama watak yg sama, buat ana pun jadi konfius.

semoga istiqmah ya! :)

~Ismiey Nur~ said...

eh,xpe sya...=)
ana x kisah pun...huhu
nice to meet u masa dekat seminar hari tuh
keep in touch ok??salam ukhuwah...

. said...

insyaAllah.... salam ukhwah juga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...