My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Friday, February 4, 2011

aku pasti akan menanti kehadiranmu..

"cantik gmbr tu kn..nmpk eksklusif.."
candid from Nur Jaffnie..bersama Nazuha,dan Aqilah..namun Allah masih 'simpan' Ika dan Shuhada untuk pertemukn kami..
sahabat2 yang amat aku cintai atas keimanan itu..~
jalan2 makan dekat Kuala Selangor,pizza hut...^_^

"Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai bertambahnya amal kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai tempat istirahat untukku dari segala keburukan." (HR Muslim4897)

Assalamu'alaikum...

saat ini,matahari malu untuk menunjukkan sinar wajahnya..
mendung langit siang..
gerimis rindu sang rembulan pada kelamnya malam
seakan mengerti ada insan yang saling merindui..
oh sahabatku..aku punya hati untuk kau miliki..
genggam erat tangan ini agar kita melangkah menuju himmah yang tinggi..
menjadi sayap kiri perjuangan untuk pemilik cinta ukhrawi..
dan Allah itu mengerti..
aku dan kau adalah kasih dari tautan hati~

kenapa tajuk dkt ats tu,"aku pasti akan menanti kehadiranmu??"
hehe...pernah dgr,penantian itu satu penyeksaan??

serius,serius,serius...terseksa tu pasti ada...^_^
tapi,bagi saya..mcm nak ubah sikit ayat tu..

PENANTIAN SATU TARBIYAH...~

selama hampir 2 tahun,Allah 'had'kan pertemuan kami..terseksa jiwa ini,wahai shbtku..
dan hari ini menjadi saksi bahawa penantian itu satu tarbiyah utk kita..

tanpa sedar,aku punya 2 'kemenangan' saat ini...^_^
1)bersama sahabat2 yang aku rindui..
dan yang paling aku syukuri...kami dapat sujud di rumahNya setelah sekian lama melihatnya dari jauh..

pernah terdetik di hati ku.."mungkin xde rezeki aku nk solat kt masjid tu..mampu tgk dari jauh jer...tapi xpe,nanti bila dah ada ada status yang sah a.k.a punya suami,aku akn bawa dia utk jadi imam ku dlm masjid yg tersergam indah itu...makbulkan doa ini yaAllah...*hanya berbisik di hati saat itu..

tetapi..dan akhirnya...Dia memakbulkan walaupun aku sering kali tewas dalam penantian..

All praises to Allah~love Allah so much..hehe

NICE...i like it..the truth is,we can practising Islam as a Muslim even from a simple words...hmm..sahih,kita memang Muslim..tetapi belum tentu kita Mukmin...betul x?lain pula ceritanya,sesiapa yg Mukmin,4 sure dia tu adalah Muslim...~

ok,ceritanya mcm ni..kadang2 kita rasa "kenapa la Allah tu x makbulkan doa aku..haiz...lemah betul.."malas la nk berdoa lagi...
penantian satu tarbiyah...

hakikatnya,punca segala rungutan,alasan,lemah semangat sebab kita x taw KATA KUNCI segala2nya...apa dia kata kunci tu??jwpnnya mudah..

iaitu HATI!

"Bermula di sinilah, kita akan mengerakan segala kemahuan, keinginan, kehendak dan cita-cita diri untuk melakukan sesuatu. HATI adalah kekuatan kehidupan. Tanpa hati, kita semua adalah MATI!

Kita tanyakan sanubari dan hati kita masing-masing? Bagaimanakah keadaan hati kita semua? Bayangkan diminda kita keadaan hati kita ini."

Malam melihat diri dan sanubari

“ Marilah kita tanya diri dengan jujur, ikhlas dan penuh ketulusan. Ia adalah hati yang kita miliki sementara untuk dijadikan peneman kehidupan. Bayangkan hati inilah yang kita bawa pulang dihadapan Allah SWT kelak. Apakah kita sanggup untuk menghadapinya?,”

Hati – inilah rahsia kekuatan dan kelemahan manusia. Kerana hati, manusia mampu melakukan perkara-perkara serta pekerjaan yang luar biasa tanpa batas. Dan kerana hati jua, manusia jatuh ke lembah kehinaan dan kenestapaan.

Perkongsian saya dalam post kali ini, agar kita memahami akar kepada kebangkitan semangat dan ruh himmah dalam diri kita. Ia harus kembali kepada basic dan asas. Ia adalah soal hati. Hati adalah tempat bertapaknya keimanan yang menjadi tunjang kepada ruh himmah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Pada hari akhirat kelak, anak-anak tidak dapat memberikan apa-apa pertolongan, kecuali mereka yang datang dengan hati yang suci bersih.” [1]

Penutup – Komentar seorang hamba

1)- Teringat pesanan seorang Murabbi saya : “ Antara amalan yang paling baik untuk membersihkan diri ialah bangun awal dipagi hari melakukan solat sunat Tahajud di saat insan lain diulit mimpi indah.”

2)- Hati yang kita hajati ialah hati yang putih, bersih, jernih, sensitif, lembut dan peka. Bermula dari hati sebeginilah, akan terbangunnya keimanan yang akan memacu kebangkitan ruh himmah.

3)- Motivasi tarbawi seorang mukmin ialah Al-Quran, Zikrullah, Solat-solat sunnat dan amalan-amalan sunnah Rasulullah SAW. Jadi, usah tunggu lagi – ayuh kita bangkitkan rasa untuk memperhambakan diri hanyasanya kepada Allah SWT.

(sumber,artikel dari BroHamzah)

dan sesungguhnya aku pasti menanti kehadiranmu...

wahai hati..

tempat di mana Allah 'kutip' dan meniupkan cinta pertama dalam diri ini..insan bernama Norazreen Binti Mohd Arof~




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...