Biar kamu tidak cantik di mata penduduk Bumi,tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit...
- ~Ismiey Nur~
- kuala selangor, selangor, Malaysia
- “Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”
Thursday, February 24, 2011
aku tetap aku..
nuraniku berbisik..

Friday, February 4, 2011
aku pasti akan menanti kehadiranmu..
Kita tanyakan sanubari dan hati kita masing-masing? Bagaimanakah keadaan hati kita semua? Bayangkan diminda kita keadaan hati kita ini."
Malam melihat diri dan sanubari
“ Marilah kita tanya diri dengan jujur, ikhlas dan penuh ketulusan. Ia adalah hati yang kita miliki sementara untuk dijadikan peneman kehidupan. Bayangkan hati inilah yang kita bawa pulang dihadapan Allah SWT kelak. Apakah kita sanggup untuk menghadapinya?,”
Hati – inilah rahsia kekuatan dan kelemahan manusia. Kerana hati, manusia mampu melakukan perkara-perkara serta pekerjaan yang luar biasa tanpa batas. Dan kerana hati jua, manusia jatuh ke lembah kehinaan dan kenestapaan.
Perkongsian saya dalam post kali ini, agar kita memahami akar kepada kebangkitan semangat dan ruh himmah dalam diri kita. Ia harus kembali kepada basic dan asas. Ia adalah soal hati. Hati adalah tempat bertapaknya keimanan yang menjadi tunjang kepada ruh himmah.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Pada hari akhirat kelak, anak-anak tidak dapat memberikan apa-apa pertolongan, kecuali mereka yang datang dengan hati yang suci bersih.” [1]
Penutup – Komentar seorang hamba
1)- Teringat pesanan seorang Murabbi saya : “ Antara amalan yang paling baik untuk membersihkan diri ialah bangun awal dipagi hari melakukan solat sunat Tahajud di saat insan lain diulit mimpi indah.”
2)- Hati yang kita hajati ialah hati yang putih, bersih, jernih, sensitif, lembut dan peka. Bermula dari hati sebeginilah, akan terbangunnya keimanan yang akan memacu kebangkitan ruh himmah.
3)- Motivasi tarbawi seorang mukmin ialah Al-Quran, Zikrullah, Solat-solat sunnat dan amalan-amalan sunnah Rasulullah SAW. Jadi, usah tunggu lagi – ayuh kita bangkitkan rasa untuk memperhambakan diri hanyasanya kepada Allah SWT.
(sumber,artikel dari BroHamzah)
dan sesungguhnya aku pasti menanti kehadiranmu...
wahai hati..
tempat di mana Allah 'kutip' dan meniupkan cinta pertama dalam diri ini..insan bernama Norazreen Binti Mohd Arof~
Wednesday, February 2, 2011
terasing...



- Kunci KEJAYAAN adalah KESUNGGUHAN kita MEMPERBAIKI DIRI dan MEMBERI yg TERBAIK dari apa yg kita miliki..
- MEMBERI itu boleh MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN, terutamanya apabila kita mampu MEMBERI SEBELUM DIPINTA.. [Bak tema saifulislam.com,ERTI HIDUP PADA MEMBERI..=)]
- KEBAHAGIAAN yg paling BESAR adalah apabila kita mampu MENYEMBUNYIKAN KEBAIKAN kita..
- BerSYUKURlah dan berTERIMA KASIHlah dgn TULUS setiap kali mendapat KEBAIKAN..
- DOAKAN & BERUSAHALAH utk membalas kebaikan orang yg telah berbuat baik kpd kita dgn apa yg kita mampu..InsyaAllah, HIDUP AKAN LEBIH BERKAT..^^,
- MAAFKANLAH orang yg berbuat buruk kpd kita. InsyaAllah, HATI kita akan menjadi LEBIH LAPANG..
- LUPAKANLAH KEBURUKANNYA, insyaAllah HIDUP kita akan terasa LEBIH NIKMAT dan BERNILAI..
- HIDUP akan jauh lebih INDAH, AMAN dan HARMONI jika kita SALING MENYAYANGI..
- HATI MANUSIA BERUBAH-UBAH..Saat ini, seseorang mungkin marah pada kita, esok lusa marahnya mungkin reda, malah mungkin juga ia akan lebih sayang kpd kita..Bila dimarahi, JGN TERBAWA2 DGN SAKIT HATI..kerana kita akan rugi sendiri..Lebih baik MAAFKAN..dan JANGAN BERDENDAM..
- Melawan kemarahan dgn kemarahan akan menimbulkan masalah baru..Sebaliknya, KETENANGAN, KEJERNIHAN dan MENGAWAL DIRI KETIKA MARAH insyaAllah akan membuahkan PENYELESAIAN...^^,