My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Wednesday, August 3, 2011

KETIKA CINTA BERTASBIH,CAHAYA IKHLAS ITU ku temui

ikhlas itu rahsia....

Assalamu’alaikum…kepada para pembaca sekalian…:)
Jazakumullah khairan kathiran kepada kalian yang sudi untuk membaca post kali ini..
InsyaAllah,kali ini,saya cuba untuk membincangkan isu KEIKHLASAN di mana ramai yang kurang faham rahsia bernilai di sebalik kesucian sebuah KEIKHLASAN….

Pandang-pandang,jeling-jeling

Kerap kali kita dengar….
SITUASI 1: “Baiklah,hari ini saya wakil dari Syarikat Nur Iman Holdings akan menyumbangkan RM30,000 kepada anak-anak yatim….bla..bla…bla….”
SITUASI 2: “alah...aku malaslah nak jadi baik..nanti orang pikir aku x ikhlas pulak nak berubah…aku takut jadi riak pulak…tunggulah dulu time aku dah ikhlas nanti….tunggu eh..”
Adeh….parah..parah ni…
Mari kita selidiki satu persatu daripada kedua-dua situasi di atas….


Niat,pemacu sebuah keikhlasan
syaitan akan berusaha untuk merosakkan niat kita yang suci...ha...jaga2 cik salmah..:)

Situasi 1:
Situasi yang jelas dapat kita lihat dari keadaan di atas ialah di mana seorang yang berniat untuk bersedekah dengan menghulurkan pertolongan berupa wang ringgit.Alhamdulillah…baik sungguh hatinya…Cuma apa yang berlaku di sini,adakah dia benar2 ikhlas dalam menginfakkan hartanya itu pada jalan Allah?adakah tujuannya hanya untuk dipandang mulia oleh masyarakat?ataupun ingin menjadi teladan kepada orang lain untuk dicontohi?WUJUDKAH IKHLAS DI HATINYA KETIKA ITU?Allahu’alam….Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui…

*insyaAllah,pada kesempatan yang akan datang,saya akan tuliskan berkaitan Hukum Beramal dengan riya’_ulasan dari Ustaz Amru Khalid,Buku Hati Sebening Mata Air..INGATKAN SAYA TAU..:)

Sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya semua amal itu dengan niat.Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu  apa yang diniatkan.”

Hakikat yang perlu untuk kita terima ialah,segala amal kita itu akan terpandu sama ada berupa keikhlasan atupun kerosakan hanya kerana NIAT..dari niat yang baik,insyaAllah ganjaran pahala keikhlasan akan menjadi milik kita…

Mungkin ada yang terdetik di hati…
“aduh..susahnya nak ikhlas camni wak…susahla awak…”
“kira ok pe,saya dah nak tolong,kira ikhlas la tu kot….”

Ya.ikhlas itu merupakan suatu yang sungguh berat…lagi berat dari nak bangun solat subuh…Jtapi,bukan namanya sebuah perjuangan kalau kita tidak berusaha untuk mempelajari ikhlas…langkah pertama bermula dari awal niat kita..

Sahl bin Sa’d pernah di tanya, “Apakah yang paling sulit bagi jiwa?”.Lalu ia menjawab, “Ikhlas.” Mengapa sulit? Kerana ketika ikhlas,jiwa tidak memiliki bagian sedikit pun.

Tambahan lagi, Imam Sufyan Ats-Tsauri pernah berkata. “Tidaklah aku mengubati sesuatu yang lebih berat dari niatku…”Allah…Ayuh kita check balik niat kita..
Andai si penderma tadi berniat seperti ini.. “Ya Allah,sesungguhnya harta yang ku infaqkan ini hanyalah untuk Mu..supaya dengan rezeki yang Kau berikan ini,kanak-kanak yatim ini boleh mendalami ilmu dan menjadi insan yang berguna..”

Seorang salafussoleh mengatakan, “Pelajarilah niat kalian,sebagaimana kalian mempelajari ilmu..”



Dari niat yang betul,maka akan wujudlah ikhlas..ikhlas untuk menderma bukan untuk dilihat..dipuji…tetapi hanya untuk Allah..Lalu kita semua akan menjadi hambaNya yang mukhlisin….

Suatu hari Al-Junaid pernah berkata, “Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hambaNYA.Ia tidak diketahui malaikat,sehingga ia tiada kuasa menuliskannya.Tiada pula diketahui syaitan,sehingga ia tiada kuasa merosakkannya…”

Allah…sungguh mendalam kata2 beliau ini..
Kata-kata beliau ini ada kaitan dalam firman Allah SWT dalam surah Shad:79-83
“Iblis berkata, ‘Ya Tuhanku,beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan’.Allah berfirman, ‘sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya(Hari Kiamat)’.Iblis menjawab, ‘Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hambaMU yang ikhlas di antara mereka.”
(Subhanallah….subhanallah…subhanallah….)

Situasi 2:

Dari apa yang kita dapat dari perbualan tadi..nmpknya sahabat kita tu nak berubah bukan sebab Allah,tapi sebab takut nanti timbul riak…aduh!takut nak berubah sebab takut riak..Ustaz Amru Khalid dalam bukunya Hati Sebening Mata air ada menyebut,

 “Beramal kerana manusia adalah riya’, dan meninggalkan amal soleh kerana manusia juga adalah riya’…”

Jika kita ingin berubah dari tidak menutup aurat kepada menutup aurat atupun dari bercouple kepada nak clash,TERUSKAN!!JANGAN PANDANG BELAKANG…SAAT ANDA KATAKAN PADA DIRI ANDA UNTUK BERUBAH TANPA MEMIKIRKAN PANDANGAN MANUSIA,ITU LAH SAAT DI MANA KEIKHLASAN ITU WUJUD DI HATI ANDA…..

Apa istimewanya ikhlas itu sebenarnya?



Apa panduan kita supaya kita yakin yang kita ikhlas dalam beramal pada Allah??Para ‘ulama telah mendefinisikan ikhlas itu dalam tiga pengertian:

Pertama:Ikhlas ialah menkhususkan tujuan semua perbuatan ataupun amalan kepada Allah semata-mata,bukan kerana tujuan yang lain.

Kedua:Ikhlas adalah melupakan pandangan manusia,sehingga kita hanya melihat Sang Pencipta sahaja.Orang yang menangis kerana takut kepada Allah,memberikan infak,atau mengerjakan solat di tengah ribuan manusia tetap akan ikhlas.Ia hanya melihat pandangan Allah semata.

Ketiga:Ikhlas ialah dengan tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang,tetapi hanya mengharapkan pandangan Allah semata.Sebagai contoh,kita tidak menginginkan agar orang menyaksikan tudung kita yang labuh sehingga orang memuji kita wara’.Na’uzubillah…

Cukuplah dengan firman Allah:
Dan cukuplah Allah sebagai saksi…”(Al-Fath:28)

Sampai di sini dahulu ceritera hati saya..insyaAllah,pada kesempatan yang akan datang,saya akan bawakan dan ulasan sedikit dengan buku favourite saya dari Ustaz Amru Khalid ini…semoga Allah redha…salam ramadhan….:)

semoga kita memperolehi keberkatan dalam beramal.....amin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...