My photo
kuala selangor, selangor, Malaysia
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

Sunday, May 20, 2012

ALLAH ITU PELINDUNG...

assalamu'alaikum..kepada sahabat-sahabat fillah di luar sana..lama kita tidak berhubung kan?dek kerana kekangan masa,lama sungguh x jenguk blog nih...^__^
semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah dan kasih sayang Ilahi..

MANUSIA..kadang2 kita lupa hakikat kepada satu kebenaran..
kebenaran bahawa FITRAH HIDUP KITA SEBAGAI HAMBA IAITU KITA AMAT-AMAT MEMERLUKAN ALLAH SEBAGAI PELINDUNG..

Bertanyalah (wahai Muhammad): “Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?” Jawablah: “Allah”. Bertanyalah lagi: “Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung dan penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?” Bertanyalah lagi: “Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?” Katakanlah: “Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa”. (Surah Ar-Ra’d ayat 16)

HAPPY IBADAH!!!

Lagilagilagi >>

Tuesday, September 6, 2011

aku.ibu....dan usrah....

emak....terima kasih.....:'(

aku punya ramai teman...
yang cantik...yang comel2 mcm baby....yang biasa2...dan yang luar biasa pun ada....:D
teman..kawan...rakan...sahabat...
orang yang sama,tetapi makna yang berbeza...
nak dipendekkan cerita..
..kisahnya bermula di sini...
kisah bagaimana seorang hamba Allah yang tidak kenal  dan MUNGKIN tidak tahu apa itu usrah.....
mungkin jua bukan kisahnya sahaja,tetapi
KISAH KITA....

kisah 1~
"Eh....Harraz,kau nak gi mana ni..??"soal Nurul,selaku teman sebiliknya di matrikulasi.
"Az nak pergi jumpa akak usrah Nurul...ada usrah dekat surau blok ni.Nurul nak ikut??"jawab Harraz seolah memujuk sahabat sebiliknya itu untuk bersamanya dalam satu halaqah ilmu..
"Hmmm...xpelah Az..aku ada tutorial maths yang x siap lagi ni..esok nak hantar...takut x sempat pulak..malam nanti,bila kita start al-mulk sama2,ko kongsilah ilmu dari usrah kau tu yer..huhuhu..sharing kan is caring..."Nurul berlalu pergi ke meja belajarnya sambil mengambil buku tutorial.Nurul seorang yang bijak.Dia selalu membantu Harraz dalam subjek matematik.Dia mengambil ipodnya lalu mendengar muzik kegemarannya.Lagu2 indonesia..

Harraz tersenyum di tepi katil sambil memakai stoking dan sarung lengannya.Simple.Berbaju T-shirt muslimah dan berseluar slack serta memakai tudung labuh warna pink cair.Al-quran di atas almari dicapai.

Pintu bilik dibuka...Harraz pergi meninggalkan Nurul dengan secebis senyuman manis.Nurul membalas senyumannya itu.Senyuman nya itu bukan senyuman kosong,tetapi senyuman cinta yang diiringi dengan doa..

"semoga Allah membuka hatimu sahabatku..amin"
Harraz mencapai kasutnya.."Harraz!!"
Harraz terkejut.Hampir sahaja Al-quran di tangannya jatuh ke lantai.
"Harraz.......cantik kau hari ni..nak gi mana??ada meeting dekat surau ke?haaa....nak jumpa tok syeikh ko la tu....ko jangan Az..aku dah cop dia tau..walaupun dia tu ketua kau.."sergah Qaseh yang baru sahaja keluar dari tandas.

"Qaseh....Az cubit karang baru tahu..Az tahu lah syeikh farhan tu Qaseh punya...Az ni orang tengah je...xde masa la nak jumpa dia...asal jumpa time meeting je ada je yang tarik muka...malas nak layan.."

"eh yeke...bukan ke tok syeikh tu minat kat ko..siap call malam2 bangun tahajjud lagi.haaaa,kantoi..hihihi...sorry la Az.aku suka sakat ko dengan farhan tu....sweeet...."

"malas nak tahu........Az nak gi usrah ni...nak ikut??jomlah qaseh...jomlah....please....
"aku x ready lagi la Az..aku malu...later2 la..bila aku rasa nak gi..aku gi....k...."
Harraz menarik muka..dia buat2 membetulkan tudungnya.merajuk mungkin.

"az....bukan aku xnk...aku x ready lagi....aku memang nak....tapi,aku belum kuat..doakan aku ye..."
"doaku milikmu sahabat.....ehem,nak peluk sikit boleh...."

"ish...xnk la....x malu..aku x biasa la...k....daaaa...."

"Qaseh....!!xnk kawan!!"
"xnk kawan sudah....booooo...."
senyuman nakal jelas terpancar dari wajah Qaseh....

Berbunga hati Harraz...dua orang sahabatnya itu kini menjadi amanahnya..amanah untuk membawa mereka kepada cinta Allah..namun dia tahu...dia bukan sapa2...Allah lah pemilik hati insan...dia tidak berupaya untuk memberi hidayah kepada orang sekelilingnya.....





Lagilagilagi >>

Saturday, August 13, 2011

Dari sujud ke sujud....


sujud terakhir utk doanya itu..~

"bagaimana ku jelaskan cinta...karena itu tak dapat dikhabarkan...."
sesuatu yang indah terlahir dari rasa....
dan rasa itu karunia Ilahi...
"bagaimana ku jelaskan cinta...bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia...
takut dan cemburu pun karunia Ilahi...
"dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta...
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas...
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta...
Subhanallah....cinta kita terus bertasbih...
"bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dikhabarkan..
sesuatu yang indah terlahir dari rasa...
dan rasa itu karunia Ilahi...
"bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku..
semua rasa itu malu rasa bahagia..
takut dan cemburu pun karunia Ilahi...
dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih
Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
dari sujud ke sujud....
*lirik lagu Dari sujud ke sujud..
"semoga aku temui cinta yang sejati dalam setiap doa sujudku..(unknown person)
"insyaAllah...'dia' menanti anda dalam setiap hujung doanya...maka,berdoalah.."(Abdullah Khairul Azzam,Ketika Cinta Bertasbih)
perasaan ku sekarang?
sungguh,rasa nikmat ini sgt bernilai...


Lagilagilagi >>

Wednesday, August 3, 2011

KETIKA CINTA BERTASBIH,CAHAYA IKHLAS ITU ku temui

ikhlas itu rahsia....

Assalamu’alaikum…kepada para pembaca sekalian…:)
Jazakumullah khairan kathiran kepada kalian yang sudi untuk membaca post kali ini..
InsyaAllah,kali ini,saya cuba untuk membincangkan isu KEIKHLASAN di mana ramai yang kurang faham rahsia bernilai di sebalik kesucian sebuah KEIKHLASAN….

Pandang-pandang,jeling-jeling

Kerap kali kita dengar….
SITUASI 1: “Baiklah,hari ini saya wakil dari Syarikat Nur Iman Holdings akan menyumbangkan RM30,000 kepada anak-anak yatim….bla..bla…bla….”
SITUASI 2: “alah...aku malaslah nak jadi baik..nanti orang pikir aku x ikhlas pulak nak berubah…aku takut jadi riak pulak…tunggulah dulu time aku dah ikhlas nanti….tunggu eh..”
Adeh….parah..parah ni…
Mari kita selidiki satu persatu daripada kedua-dua situasi di atas….


Niat,pemacu sebuah keikhlasan
syaitan akan berusaha untuk merosakkan niat kita yang suci...ha...jaga2 cik salmah..:)

Situasi 1:
Situasi yang jelas dapat kita lihat dari keadaan di atas ialah di mana seorang yang berniat untuk bersedekah dengan menghulurkan pertolongan berupa wang ringgit.Alhamdulillah…baik sungguh hatinya…Cuma apa yang berlaku di sini,adakah dia benar2 ikhlas dalam menginfakkan hartanya itu pada jalan Allah?adakah tujuannya hanya untuk dipandang mulia oleh masyarakat?ataupun ingin menjadi teladan kepada orang lain untuk dicontohi?WUJUDKAH IKHLAS DI HATINYA KETIKA ITU?Allahu’alam….Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui…

*insyaAllah,pada kesempatan yang akan datang,saya akan tuliskan berkaitan Hukum Beramal dengan riya’_ulasan dari Ustaz Amru Khalid,Buku Hati Sebening Mata Air..INGATKAN SAYA TAU..:)

Sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya semua amal itu dengan niat.Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu  apa yang diniatkan.”

Hakikat yang perlu untuk kita terima ialah,segala amal kita itu akan terpandu sama ada berupa keikhlasan atupun kerosakan hanya kerana NIAT..dari niat yang baik,insyaAllah ganjaran pahala keikhlasan akan menjadi milik kita…

Mungkin ada yang terdetik di hati…
“aduh..susahnya nak ikhlas camni wak…susahla awak…”
“kira ok pe,saya dah nak tolong,kira ikhlas la tu kot….”

Ya.ikhlas itu merupakan suatu yang sungguh berat…lagi berat dari nak bangun solat subuh…Jtapi,bukan namanya sebuah perjuangan kalau kita tidak berusaha untuk mempelajari ikhlas…langkah pertama bermula dari awal niat kita..

Sahl bin Sa’d pernah di tanya, “Apakah yang paling sulit bagi jiwa?”.Lalu ia menjawab, “Ikhlas.” Mengapa sulit? Kerana ketika ikhlas,jiwa tidak memiliki bagian sedikit pun.

Tambahan lagi, Imam Sufyan Ats-Tsauri pernah berkata. “Tidaklah aku mengubati sesuatu yang lebih berat dari niatku…”Allah…Ayuh kita check balik niat kita..
Andai si penderma tadi berniat seperti ini.. “Ya Allah,sesungguhnya harta yang ku infaqkan ini hanyalah untuk Mu..supaya dengan rezeki yang Kau berikan ini,kanak-kanak yatim ini boleh mendalami ilmu dan menjadi insan yang berguna..”

Seorang salafussoleh mengatakan, “Pelajarilah niat kalian,sebagaimana kalian mempelajari ilmu..”



Dari niat yang betul,maka akan wujudlah ikhlas..ikhlas untuk menderma bukan untuk dilihat..dipuji…tetapi hanya untuk Allah..Lalu kita semua akan menjadi hambaNya yang mukhlisin….

Suatu hari Al-Junaid pernah berkata, “Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hambaNYA.Ia tidak diketahui malaikat,sehingga ia tiada kuasa menuliskannya.Tiada pula diketahui syaitan,sehingga ia tiada kuasa merosakkannya…”

Allah…sungguh mendalam kata2 beliau ini..
Kata-kata beliau ini ada kaitan dalam firman Allah SWT dalam surah Shad:79-83
“Iblis berkata, ‘Ya Tuhanku,beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan’.Allah berfirman, ‘sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya(Hari Kiamat)’.Iblis menjawab, ‘Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hambaMU yang ikhlas di antara mereka.”
(Subhanallah….subhanallah…subhanallah….)

Situasi 2:

Dari apa yang kita dapat dari perbualan tadi..nmpknya sahabat kita tu nak berubah bukan sebab Allah,tapi sebab takut nanti timbul riak…aduh!takut nak berubah sebab takut riak..Ustaz Amru Khalid dalam bukunya Hati Sebening Mata air ada menyebut,

 “Beramal kerana manusia adalah riya’, dan meninggalkan amal soleh kerana manusia juga adalah riya’…”

Jika kita ingin berubah dari tidak menutup aurat kepada menutup aurat atupun dari bercouple kepada nak clash,TERUSKAN!!JANGAN PANDANG BELAKANG…SAAT ANDA KATAKAN PADA DIRI ANDA UNTUK BERUBAH TANPA MEMIKIRKAN PANDANGAN MANUSIA,ITU LAH SAAT DI MANA KEIKHLASAN ITU WUJUD DI HATI ANDA…..

Apa istimewanya ikhlas itu sebenarnya?



Apa panduan kita supaya kita yakin yang kita ikhlas dalam beramal pada Allah??Para ‘ulama telah mendefinisikan ikhlas itu dalam tiga pengertian:

Pertama:Ikhlas ialah menkhususkan tujuan semua perbuatan ataupun amalan kepada Allah semata-mata,bukan kerana tujuan yang lain.

Kedua:Ikhlas adalah melupakan pandangan manusia,sehingga kita hanya melihat Sang Pencipta sahaja.Orang yang menangis kerana takut kepada Allah,memberikan infak,atau mengerjakan solat di tengah ribuan manusia tetap akan ikhlas.Ia hanya melihat pandangan Allah semata.

Ketiga:Ikhlas ialah dengan tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang,tetapi hanya mengharapkan pandangan Allah semata.Sebagai contoh,kita tidak menginginkan agar orang menyaksikan tudung kita yang labuh sehingga orang memuji kita wara’.Na’uzubillah…

Cukuplah dengan firman Allah:
Dan cukuplah Allah sebagai saksi…”(Al-Fath:28)

Sampai di sini dahulu ceritera hati saya..insyaAllah,pada kesempatan yang akan datang,saya akan bawakan dan ulasan sedikit dengan buku favourite saya dari Ustaz Amru Khalid ini…semoga Allah redha…salam ramadhan….:)

semoga kita memperolehi keberkatan dalam beramal.....amin

Lagilagilagi >>

Thursday, June 30, 2011

Anaemia Amnesia.......

masih baru untuk memulakan..namun
atas dorongan dan sokongan seorang sahabat..
kami bergabung untuk sebuah penulisan...

kami adalah pesakit!!
Lagilagilagi >>

ma'assalamah...wa ilal liqo'..


assalamu'alaikum...
mungkin ini adalah post terakhir dari ana..
insyaAllah....
banyak kenangan yang ana peroleh dari ruangan ini..
semoga kita bertemu di lain hari...

perjuanganku tidak terhenti disini...
ana punya jalan yang pasti..
bersama sahabat sejati itu yang hakiki..
di akhir kalam ini,ana berbakti...

tata..
gooood...goood...bye..
wassalam...


Lagilagilagi >>

Thursday, June 23, 2011

gerimis itu terlalu pagi..


assalamu'alaikum...
apa khabar antum dan antunna semua??
bagaimana pula dengan khabar imanmu tika ini...
baikkah dia?sihatkah dia di hatimu?
aku melihat ada senyuman manis terukir...
syukur alhamdulillah..
ku harap kita sentiasa di bawah perlindungan kasihNya..

gerimis.
satu permulaan kepada hujan yang membasahi bumi
tiada siapa yang menyangka
gerimis yang tiba
bakal membawa angin yang menerpa.
sama ada
kencang..
ataupun reda
itu hanya pada bicara hukum alam..
tetapi
bagaimana seandainya gerimis di hati
bakal membawa kepada angin taufan jiwa yang lesu??
ah hati!!
mengapa kau begitu dominan dalam diri..
siapa kah engkau?
semangat ku yang lesu,ibadahku yang hambar,ku pandang ringan dosa yang nyata
hubungan dengan Allah tidakku jaga..
adakah kerana kau kusakiti??
maaaa....afkan aku...
kerana menyakitimu....
terduduk malu menanti rindu kembali padaNya

pernah soalan2 di atas menerjah di minda sedar kita?
pastinya pernah.
hal ini kerana fitrah kita adalah baik dan bencikan keburukan.
gerimis pergolakan jiwa yang mengundang dek kerana perbuatan yang terlarang...

"aku lemah..."
"aku penat dengan dunia!!"
"tension ko taw x...!"

parah.
hakikatnya..ia hanyalah berpunca dari kelesuan roh kita.
benar.
tenaga yang menyalurkan roh yang baik dalam diri mencapai aras NEGATIVE!
mungkin gerimis itu terlalu pagi
janganlah engkau merasa bangga dengan keimanan mu tika ini..
mungkin sahaja Allah bakal menguji kita dengan ujian kelemahan jiwa...

dengan hati yang gembira,ingin aku kongsikan bait-bait kata dari penulis yang amat aku kagumi..Brohamzah
beliau cukup puitis dalam menyampaikan isi hati..
semoga bermanfaat dalam menyelami kondisi hati kita...
kita tidak mampu untuk duduk dalam satu halaqah cinta kerana jarak yang memisahkan..dunia tanpa sempadan..
dengan melalui medium ini,diharapkan semoga roh-roh islamiyyah dapat dihidupkan kerana aku tahu...

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” [Imam Hasan Al-Basri]”

salam perjuangan semua....
inspirasi hanya dari Allah..
Dia menggerakkan jari-jemariku untuk menulis demi satu tujuan yang sama..






Lagilagilagi >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...